2013-11-18

Bayou Lagoon Park Resort


Jumaat lepas aku telah menyerang Modest Culture (kedai Prof Muhaya).
Aku cukup tak puas hati sebab geram gila tengok baju-baju dia kat FB tu, so aku nak tengok and rasa sendiri camana product dia.
Tu la sebab kenapa aku kalau boleh nak pegi UPM, UKM, MPOB bla bla bla yang kat area belah sana seminggu sekali je. Sebab kalau aku ke sana je, mesti aku nak menyinggah Ariani la, menyinggah mentekedarah kat Little White Cafe la, Wong Solo la, NUIN la.
So Jumaat lepas, lepas pi UPM, aku singgah rumah Mak Aji and ajak Mak Aji gi Modest Culture.



Senang sangat rupanya nak carik kedai dia, dekat nau ngan rumah makcik aku.
Ada harapan la aku kejap-kejap ke kedai ni.
Mula-mula aku belek jubah.
Jubah dia cantik-cantik.
Design sama je, cuma corak kain dia tu cantik-cantik.
Tapi jubah dia labuh. Maybe aku pendek. Kalau orang tinggi sesuai la kot.

Pastu aku belek baju kurung pulak.
Kebetulan ada corak baru sampai untuk koleksi GET IT FIRST TIME (ntah betul ntah tak la aku sebut ni tapi lebih kurang camni la), so aku pun try la kan. Baju kurung dia (top) jenis labuh so aku takut aku nampak makin bantut, tapi rupanya tak. Cutting dia ala-ala princess cut and kain sedap, tak jarang. Aku pernah tengok lycra kat HCM hari tu so aku tau beza lycra yang Prof guna. Sepadan la dengan harga dia pun. Yang best tudung dia. Koleksi yang aku beli ni sekali dengan tudung. The reason aku kekal dengan tudung awning Ariani sebab tudung dia jenis terletak. Bila aku sarung tudung Prof ni, tudung dia pun jenis cantik melekap kat muka cuma awning dia tak macam awning Ariani.

 
Aku beli satu, pastu aku mintak Mak Aji pilih satu untuk dia.
Kitorang pilih corak yang sama but kaler lain.

 
Gamba ni aku dapat dari FB Modest Culture.
Rupanya dorang akan update FB dengan gamba-gamba customer yang beli kat sana.


Sabtu, aku ke Melaka.
Reason dia sebab kawan aku kawen on Sunday.
Tak best la pegi balik hari kan, kebetulan En Wan nak jumpa ngan member-member dia masa kat Jepun yang tinggal kat Melaka, so kitorang decided stay one nite kat sana.
Mula-mula aku nak duduk Hatten, tapi macam tak seronok pulak nanti untuk budak-budak ni.
En Wan pilih Bayou Lagoon Park Resort.

Mula-mula singgah rumah kawan En Wan dulu lunch kat sana.
Dalam kul 4pm macam tu baru gerak ke Bayou.
Not bad jugak tempat dia.
Aku dok membayangkan apartment dia macam kat Gambang.
Tapi lagi selesa dari Gambang.
Tinggal apartment 3 room je tinggal, so takpelah. Aku ajak Mak Aji and Pak Aji sekali tapi rupanya 3 room apartment tu just nice utnuk kitorang 4 dewasa and 2 kids. Sebab katil queen dia tak besar sangat.



Ni katil queen kat bilik mak aku.
Mak and Rayyan je dah penuh sekatil. Nak lagi si Rayyan punya style tido berpusing kan, memang besar harapan bibik akan menjunam menyembah bumi. So, bibik tido bilik ketiga with Redza.




Ni bilik aku and En Wan. 
View cantik mengadap water park.



Apartment ni ada 3 bilik tido, 2 bilik katil queen, 1 bilik katil twin bed.
Dua bilik air, kichenette, TV yang dapat siaran Astro, aircond yang sejuk dan tak buat hal, and yang penting lampu dia banyak. Aku pening duduk dalam malap-malap. Seb baik dorang design apartment ni dengan penuh lampu. Barulah cerah muka aku.


Disebabkan lunch makan mee, jadi aku paham sangat mesti semua orang lapar. Lagipun makan kat rumah orang cam segan sikit nak melantak kan so semua bajet kekenyangan la masa lunch tadi. Sampai je bilik, aku terus carik menu dulu. Kang kalau lepas mandi manda seure lapar kan, so baik makan siap-siap dulu.

Aku order 2 nasik goreng untuk mak and Lenni.
First time jumpa nasik goreng ada ikan goreng.
Tapi mak cakap ikan tu dia goreng tanpa garam. Maybe sebab tu dia supply sekali kicap masin.


En Wan pekena kuey tiaw.
Aku tak sempat nak tanya sedap ke tak, tapi licin je maknanya sedap la tu.


Aku punya, chicken sandwich.


Redza, macam biasa - fish and chips.


Lepas makan, semua turun ke waterpark. Aku je tinggal. Sebab aku nak nak baca buku.
Ni je la waktu yang aku ada pun nak baca buku dengan tenang.
Kalau kat rumah tu memang takde la kan, aku toleh nampak komputer je mula la aku nak buat keje.
Pastu ngan Rayyan lagi yang suka nau meleseh-leseh kat aku.
Malam ngan bapak dia lagi kan.
So, masa cuti macam ni memang best aku nak menghabiskan reading aku.
Tapi reading terpause-pause sebab suara si Ery Putra.



Kat lobby ada tulis hari tu dorang buat show, Ery Putra datang.
Aku ni ingatkan apa la yang si Ery ni nak buat pun.
Takkan nak berlakon sorang-sorang kot.
Rupanya dia menyanyi kauuuuuu.
Suara dia sedap!
Aku tak tau dia ni boleh menyanyi.
Dia nyanyi lagu Alif Satar yang Lelaki tu macam lagi best je dari si Alif.
Gamba ni En Wan yang snapkan.
Tapi tengah- tengah nyanyi sekali hujan okeh. Sian dia. Hahahha. Tapi semua tau suara dia sedap, takde kena-mengena dengan suara panggil hujan.

Dah hujan tu, maka kensellah juga plan nak makan ikan bakar kat Umbai.
Padahal dah dekat dah.
Aku no hal, tak leh kuar, aku order je makanan kat bawah. Settle.
Kebetulan Rayyan tido awal malam tu, and mak and Lenny kekenyangan makan nasik goreng petang tadi so semua taknak makan. En Wan pun mulalah plan dia nak ajak aku merewang kat town.


Aku beli shawl ni hari yang sama aku pi Modest Culture, tapi shawl ni aku beli kat Ariani.
Shawl plain je tapi sampai RM109. Tapi bukan shawl panjang biasa, shawl dia macam berbentuk sikit. Kalau orang yang tak pandai lilit shawl, boleh pi beli shawl ni kat Ariani. Ni design baru dorang. Shawl ni memang dorang dah designkan siap-siap senang nak bentuk. Ko takyah nak susah tarik shawl bagi labuh tutup dada sebab shawl dia memang dah di-designed automatic akan cover dada. Plain shawl sampai RM109 sehelai gitu. Beli takat 3 warna boleh la. Kalau nak beli sampai 13 kaler, jawabnya kencettt.


Kalau tak hujan memang aku dah naik beca ni.
Rasa cam cantik nau.
Ada satu beca tu kan, siap dia sediakan bantal Hello Kitty bagai.
Cover kepala semua bentuk butterfly. Comel sangatttt.
Tapi sebab hujan, so takde keje la pulak aku nak bersiar-siar ngan beca kan.
Lagipun cam troma je ngan beca sejak kena paw kat HCM tu hari. Puiiii.


En Wan ajak pi Hard Rock Melaka.
Aku hampir-hampir terlupa Melaka dah ada Hard Rock. Memang konfem sangat la En Wan nak merembat T Shirt.


So malam tu kitorang dinner kat Hard Rock.





Aku penah lunch sekali kat HR KL, tu pun dah lama dulu.
And second, kat HR Melaka ni.
Kat mana lagi ko nak pekena food kat HR kalau tak kat negara sendiri kan. Kat tempat lain tu cam tak yakin je aku.


Redza dah boleh diharap tolong ambikkan gambar



Redza punya, cheese burger.
Aku tengok burger ni pun aku tau Redza takkan habis.
Redza tu burger Ramli pun share ngan bapak dia.
Ni bapak gila besar punya burger dengan fried yang besar jari En Wan, memang macam yang aku syak la, separuh pun tak jalan. Padahal ni kids meal tau.


Ni aku punya. Mac and cheese with chicken and garlic bread.
Mahvellesssssss!!!!
Bajet diri kurus katanya. Sebab tu tanpa rasa bersalah membalun cheese. 
Ada aku kesahhhhhhhhhh.


En Wan dengan steaknya.
Dia kata teringin nak memanaskan badan sejuk-sejuk ni.
Motif??


Pipi dah kembung tapi melantak cheese.




 En Wan macam biasa la masuk mana-mana HR pun kena bawak keluar selai T Shirt.
Tapi malam tu aku rembat sekali untuk Redza and Rayyan sebab macam cantik-cantik pulak baju for kids. Baju HR aku yang last adelah HR Gold Coast. Pastu takde dah aku selera nak beli.
*padahal dah takde size*


Sampai hotel semula dah nak kul 12, tapi sempat gak la bergamba.
Biasa la kan...aku.

Alhamdulillah, takde benda yang pelik-pelik kitorang dengar masa bermalam kat sana.
Tido pun nyenyak siap mengigau bagai.
Aku yang ngigau tau! Aku mimpi kena kejar apa ntah, aku jerit dalam mimpi sampai terjerit betul-betul. Yang best tu, En Wan siap tersedar tapi dia konfius aku jerit ke dia yang jerit sebab selama hidup dengan aku, aku tak penah ngigau. Sekali first time dengar bini ngigau kan. Nak menyesal pun dah terlambat sangat ya bang. Redho je la. Kalau rasa-rasa susah nak redho, apakata pasrah je.


Dia ada banyak building, tapi check in memang kat Amari Villa je.
Tapi dont worry sebab building dorang semua connected.



Pagi Sunday, nak pi breakfast.
Ingatkan nak room service je rupanya tak boleh sebab dorang provide buffet only.
En Wan teringin nak makan kat luar so kitorang ronda je la. 
Shawl merah tu pun yang aku rembat design baru Ariani. Walaupun a bit pricy, tapi jahitan dia halus and dia gunja mulberry silk. Lagi satu aku rembat kaler oren. Tak tau nak pakai bila. Takpelah, janji rembat dulu. Pakai tak pakai lain cerita, time nak pakai nanti dah ada.



Tak jauh mana pun, breakfast kat gerai tepi jalan opposite Bayou je.
Macam best je makan kat warung-warung macam ni kan. Kat PH ni tak jumpa dah warung gini. Selalunya warung gini banyak kat Tganu je. Kebetulan En Wan nampak akak ni tengah tebar roti canai, lagi laaaaa dia nak makan sebab dia kata roti canai orang melayu jugak yang sedap. Sebab kalau kat mamak, roti dia tak kena tepuk. Kalau melayu buat roti canai mesti dia tepuk roti tu.



Lenny punya lontong.


Aku punya nasik lemak tolo.
Not bad gak warung ni, banyak pilihan.
Ada laksa penang, mihun sup, mi goreng, lontong, nasik goreng, nasik lomak...


 




Tempat ni tempat yang enjoy untuk budak-budak.
Sesuai la nak bawak budak-budak bercuti kat sini.
Lagipun Melaka ni mudah nak carik tempat makan. So takde masalah.
Lagipun Melaka ni banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk tempat nak pegi selain dari berendam dalam kolam. Orang luar pun boleh datang park ni, tak salah aku bayaran dia cuma RM10 je. Lebih kurang cam Desa Waterpak je ni, takyah expect lebih-lebih sangat la kan kalau takat harga RM tu. Bagi aku, dah ok sangat dah tempat ni untuk budak-budak. Bilik pun tak mahal, macam apartment 3 bilik aku tu tak sampai RM400 pun. Hall dia besar, kalau nak bawak masuk sampai 20 orang pun boleh. Pandai-pandai la angkut toto dari rumah ya.



Budak SERIOUSLY HANDSOME ni penakut, tapi sibuk nak main air.
Takat cepus cepus cepus tepuk air je keje dia.
Rambut pun tak basah.






Sesi melatih keseimbangan badan.
Kalau aku memang tak sempat berdiri la.
Belum pijak lagi dah terbalik.






Nak ajak aku naik benda ni memang takkan la ya.
Sila berangan saje.
Seb baik anak bujang dah boleh diajak bermain sama.
Main la ko ngan anak ko.
Aku macam biasa, tukang ambik gambo je.




Man to man talk...




Sesi men-torture Rayyan


Kat belah atas sikit, ada area kolam untuk dewasa.
Oh yes, lupa nak bagitau. Kat waterpark tu kolam dia semua tak tinggi, so memang budak-budak boleh main. Yang kolam kat gambar atas ni ada height. So kalau untuk dewasa tu sesuai mandi sini la cuma tak seronok sebab semata-mata kolam je.





Dah puas berendam, main loncat-loncat pulak.


Dah puas meloncat, terjun balik.



Dah puas main dalam kolam, kita main kat longkang pulak. Yeayyyy!




Dah kecut kulit-kulit jari semua baru naik bilik bersiap untuk check out and gi kenduri kawan aku kat Masjid Tanah. Memang sebenarnya motif bercuti ni sebab nak pi kenduri kawen tu. Aku beli baju kat Modest Culture tu pun sebenarnya sebab nak pakai pi wedding kawan aku. Macamkan aku tetamu kehormat je kan siap nak beli baju khas segala. Aku sorokkan baju tu berdoa biar En Wan tak nampak until la the day aku pakai. Masa pack baju dari rumah pun aku pack baju aku awal-awal so that baju aku belah bawah sekali. Hehehe.


Kemain kan bibik aku.
Bersantai bagai kat lobby..
Sukati la janji bahgia.


Tadaaaaaaaaa!
Ada macam Prof Muhaya tak dari jauh? Hahahahaha.
Siap pakai jam kat luar baju okeh punya la taknak selak-selak sleeve. Jakun kan aku?
See the tudung, cantik je terletak awning dia.
Yang best sekali bila En Wan suka aku pakai baju ni.
Yezzerrrrrrrrrr. Petanda green lite boleh beli lagi.



Kawan aku adelah yang pengantin lelaki.
Perangai selamba dia tu membawak dari zaman uni sampaila ke pelamin.
Penat aku posing, dia leh selamba menyenget-nyenget macam tu.



  Dari Masjid Tanah lalu jalan lama sebab En Wan nak lalu jalan kampung biar mak tak boring.
Seb baik lalu jalan kampung weh, jumpa jugak aku dengan coconut shake.
Tapi orang kata Klebang punya lagi sedap. Yang aku beli ni Port Dickson punya.