2013-11-14
Lurus
Today UPSR keluar.
Aku tau yang berdebar-debar adelah parents. Anak rilek tak rasa apa pun.
Masa time aku ambik UPSR, aku masih tak tau fungsi UPSR and apa yang UPSR boleh buat.
Memang belum sampai akal lansung time tu. Aku tak pernah terfikir kalau excellent, boleh dapat masuk boarding school.
Yang aku tau UPSR tu periksa last sekolah rendah sebab lepas ni kita tak duduk sekolah rendah dah. Pastu UPSR kena dapat 5A, kalau dapat 4A1B maknanya tak pandai.
Kalau dalam ramai-ramai yang dapat 5A tu kita boleh dapat masuk skolah asrama maknanya kita adelah 5A yang dapat 100 markah semua subjek.
Pastu kawan aku cakap, kalau huruf A pada result BM Karangan tu ada bintang macam ni - A*, maknanya kita punya esei tu yang the best dalam daerah.
Gitu kauuuu.
Budak yang cakap ni mesti set-set yang gila dapat bintang kat buku skolah.
Set-set yang bila cikgu habis semak buku je gelupur bukak nak check dapat bintang ke tak. Puiii.
Tapi, aku percaya apa dia cakap!
Cuma kenangan UPSR ni sangat best bukan sebab result tu, tapi sebab on the way balik aku telah ditegur oleh crush. Walaupun dia tegur pun agaknya sebab dah takde orang lain nak diajak bersembang, tapi tak kisah lah. Rasa macam itulah hadiah paling bermakna sekali. Hahahha.
Oh, gatalnya aku.
Apa ko ingat muka selenga spek tebal kulit keladak takde hati dan perasaan ke? Ada okehhhh. Cuma aku tak berpeluang nak menggedik je.
Masa gi ambik result UPSR pun aku tak berdebar sangat, cuma rasa excited nak tengok keputusan. Aku gi sorang je bawak beskal.
Tapi kan, time aku ambik result UPSR dulu, baik UPSR, baik SRP, baik SPM, takde pulak aku nampak mak bapak sama sibuk datang. Muka-muka kitorang je dalam skolah. Makbapak kita dulu lebih rileks kot. Aku rasa dorang pun tau UPSR tu takde apa sangat. Makbapak sekarang emosi. Anak konvo tadika pun dah mengongoi-ngongoi nangis. Terharu katanya. Jadah???????
Aku la tu, bukan orang lain. Hahahaha.
Aku ni pulak bangsa yang banyak benda aku tak tau sebab aku taknak ambik tau.
Aku cuma akan ambik tau benda yang aku perlu tau. Benda yang aku rasa tak penting aku malas ambik port. Jadikan terbawak-bawak sampai skarang, aku mudah percayakan orang. Apa orang bagitau, orang cakap, aku macam "ohhhhh ye ke?"
Dulu result untuk sekolah agama keluar sebelum sekolan tutup.
Time tu kawan sekelas aku excited tunjuk surat tawaran Sekolah Agama Labu. Ada yang tunjuk dapat SMAP Kajang. Aku takde.
Pastu minggu depannya aku dapat surat Sekolah Agama Maahad Hamidiah Kajang.
Bila aku bagitau aku dapat Maahad, kawan-kawan aku yang dapat Labu and SMAP ni cakap "Kau punya 5A tu mungkin A yang markah 86-89, sebab tu dapat surat lambat. Dia bagi surat ikut turutan A yang paling bagus. Kalau yang lagi lagi pandai, tak dapat skolah agama terus. Dia dapat skolah Tun Fatimah"
Bongok kan?
Tapi aku percaya cakap dorang!
Dengan muka toye, aku dengarkan je warrior-warrior ni bercakap.
Dengan rendah dirinya, pastu aku tak bagitau sesape dah aku dapat Maahad.
Rasa macam 5A aku tak pandai macam orang lain.
Masa surat tawaran TKC sampai, ada budak tanya aku "Pelik la, camana ko boleh dapat TKC?"
Pastu ada sorang lagi tolong jawabkan "Ko dapat masuk sebab second intake. Ada budak quit la tu. Kalau takde budak quit ko tak dapat tu"
Seolah-olah macam aku dapat masuk sebab nasib la.
Kalau budak tu tak quit memang aku skolah biasa je sampai sudah.
Tapi masa tu aku blom pandai tembak orang.
Kalau sekarang dia cakap aku dah tembak balik, "Nasib baik budak tu quit kan, kalau tak terpaksa aku skolah ngan budak-budak tak pandai"
Wahngahngahngahngah.
Tapi akhirnya aku quit jugak dari TKC sebab aku suddenly realized aku perlu berada di skolah biasa-biasa untuk memberi semangat kepada mereka dan menjadi contoh supaya mereka blaja dengan lebih rajin. Mereka lebih memerlukan aku. *PANGGGGGG SEDAS*
Kebangangan terserlah masa dapat tawaran TKC bila aku takut nak pegi disebabkan ada perkataan COLLEGE. Aku dah terbayang skolah tu mesti macam Kolej 56 (cerita Ahmad Fauzee dulu-dulu. Pi gugel).
Aku terbayang skolah tu skolah orang kaya-kaya.
Pastu kena pakai vest blazer bagai.
Pastu kena cakap omputih all the time.
...is the very vangang.
Even sampai skarang perangai aku memang macam tu lagi.
Sebab banyak benda aku malas ambik tau.
So bila aku perlu tau, baru aku carik maklumat.
Contoh macam FB kan.
Selama ni kalau ada orang mintak PM harga shawl ke apa ke, aku akan PM dia.
Nanti ada remarks tulis yang mesej aku akan masuk kat recipent punya OTHER INBOX.
Aku tak ambik peduli.
Aku anggap FB budak tu jenis yang upgrade punya kot, ada 2 jenis inbox.
FB aku blom upgrade, so just ada 1 je inbox.
Begitu lah tahap blurnya aku.
Until semalam baru aku tau semua pun ada OTHER INBOX.
Dan bila aku check 100+ message. Amik kau.
Yang tanya shawl, yang tanya peplum, yang tanya cookies, yang tanya Ephyra, yang tanya camne nak jadi follwer, yang mintak add...dan tak kurang juga jejaka-jejaka pak itam yang mengaku dirinya tak dapat tido selagi tak mendapat balasan PM aku. Nak jek jek aku la tu. Sorry bai. Mesej dari tahun 2009. Mungkin pak itam tu skarang dah mati sebab tak cukup tido.