Villa Nabila..
Kesian aku sebab tak tau menahu pun pasal cerita ni. Bila ada orang mintak aku ulas pasal ni aku ingatkan movie baru. Tapi kesian lagi korang sebab kena tipu kan? Hahahaha. Seb baik aku tak berapa nak sempat melayan FB minggu ni, kalau tak ngan aku-aku sekali kena kencing free.
Memandangkan by the time aku tau pasal Villa Nabila ni pun kes ni dah settle, so tak mau ulas-ulas dah. Cuma yang aku syak mesti masa budak tu belum dijumpai, kat FB keluar macam-macam version kan? Biasa la kan FB. Reader yang mintak aku ulas ni sebenarnya dia hantar email 2 hari lepas, aku baru baca. Dalam email tu dia kata perlu ke kita ikut cakap hantu yang suruh budak-budak 7 orang tu masuk balik dalam rumah supaya kawan-kawan dia yang lagi 23 orang tu 'dibebaskan'. Aku taknak explain pasal kena ikut cakap hantu tu ke tak. Aku lebih berminat nak tau pasal "hantu" mana yang bagi cadangan budak budak tu kena masuk balik dalam Villa tu? Hamlau punya hantu. Hantu ni la yang harus dikangkang and kencingkan ramai-ramai. Sedap anak tekak kau buat cerita. Mesti yang memandai bagi cadangan tu suku-sakat hantu gak. Pastu now mesti malukan?
Kalau pun ya hantu tu bagi cadangan suruh budak-budak tu masuk balik dalam rumah tu, perlu ke kita turutkan? Sejak bila pulak kita kena ikut cakap hantu ni.
Dulu masa aku final year matrik, ada kes rasuk kat rumah yang aku duduk. The hantu tu nak 7 orang couple yang selalu merendek dalam kawasan kolej. Kalau Pak Imam yang request aku percaya lagi. Ni hantu request. Nak buat apa? Nak nikahkan beramai-ramai? Pastu mula la couple-couple yang ada dalam kolej gabra. Gabra takut nama naik. Kejadahnyaaaa?? Nak je aku siku sorang-sorang. Ngan Tuhan tak takut, ngan hantu takut. *cewahhhh. Padahal aku pun bercouple jugak time tu. hahahaha*
Ye la kan. Maksud aku, bila hantu tu request nak 7 orang couple dan-dan masing-masing nak gelupur. Dah kenapa kau? Masa tu hampir semua couple stop bertenet seminggu dua. Tenet bawah lampu depan abang jual burger pun taknak. Takut hantu spot katanya. Tapi bagus gak hantu ni mintak bukan-bukan. At least kurang la aktiviti merendek malam-malam.
Warden kitorang kat sana pun ada bagitau jangan layankan permintaan hantu-hantu ni. Aku rasa warden tu pun rasa tak meriah je malam-malam takde couple bertenet. Dia pun boring takde keje. Kalau tak, tetiap malam keje dia menghambat kitorang balik. Tapi bak kata warden ni, bukan dia menggalakkan kitorang bersidai malam-malam tapi kalau niat kita tu adelah sebab takutkan hantu tu dah salah. Hantu and jin ni takleh dibawa berbincang sangat. Sekali kita turut nanti lama-lama dia naik syok pastu mintak lagi yang bukan-bukan.
Ternyata Villa Nabila tu rupanya tak berhantu kan? At least dalam kes budak yang hilang tu dia kata dah 3 kali masuk pun tak penah jumpa hantu. Aku tengok villa tu buruk sangat, hantu pun takde selera nak duduk. Mat paipon mungkin nak. Tapi area villa tu macam dekat dengan hotel M-suite yang aku duduk dulu kan? Yang Ibal nampak kelibat budak meloncat-loncat atas katil dia tu. Ok yang tu scary.
Macam kes rasuk kat kolej aku dulu (tak sure aku penah blog about this or not), antara yang masih fresh dalam kepala otak aku adelah waktu van kolej bawak budak tu ke hospital. Sebab pengetua kolej kata budak ni bukan kena rasuk tapi stress exam week. Tak sampai setengah jam van tu patah balik sebab driver van nampak dari side mirror ada benda terbang atas bumbung van. Gituuuu. Berani kau? Ok yang tu memang aku takut sebab ia adelah pengakuan orang-orang yang ada dalam can tu. Orang tu semua yang hampir dengan aku and bukan cerita atas angin. Pulak tu aku sendiri nampak depan mata how budak yang kena rasuk tu berpusing-pusing kaki tak jejak lantai. Pusing macam style hantu cina tu.
Tapi bila aku baca balik cerita-cerita pasal kes Villa Nabila ni aku lagi takut dengan "hantu-hantu" yang menokok-nambah cerita. Yang kata budak tu tak jumpa jalan keluar sebab ada ambik barang kat tangga villa, ni mana datang ceritanya? Yang kata time ustaz azan ada dengar suara mintak tolong bagai tu mana lak datang sumbernya?
..... akhirnya FB ni mencapai matlamatnya kan?
Sent from Samsung Mobile