walk on wings, tread in air: Sihir <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Sihir
2013-10-30

Kelmarin citer pasal Kak Lang.
Semalam, mak mertua aku bukak cerita sihir lak.
Ni gara-gara dia melayan citer apa ntah aku tak tau la. Dia kata petang semalam dia ngan bibik tengok citer Nora Danish kena sihir.

Dia kata kat kampung (Manir) pun penah gak jadi kisah sihir macam ni.
Jadi kat bau-bau bacang gak.
Mak kata orang tu hantar sihir melalui angin.
Jadi dalam 15-20 tahun lepas.
20 tahun lepas dah tahun 1993. Dah moden dah kot. Tak sangka ada lagi orang nak pakai sihir segala kan?

Mak kata lelaki tu (bau-bau bacang) kawen lama dah dekat 10 tahun tapi takde anak.
Jadi, dia nikah lagi satu tanpa pengetahuan isteri pertama.
Dengan bini kedua alhamdulillah dapat anak lelaki sorang.
Nak dijadikan cerita, satu hari tu bini pertama demam, jadi laki ni duduk la rumah bini pertama ni 2 hari. Dia nak balik rumah bini kedua kang apa pulak kata bini pertama. Dah la aku sakit, ko pulak nak tinggalkan rumah. Bini pertama kan tak tau laki dia kawen lain. So this lelaki nak tunggu sampai bini pertama ni sihat sikit. Dulu 90s henfon masih belum satu keperluan lagi. Jadi takde la nak call ke apa ke. Orang kampung time tu mana heran henfon-henfon segala.

So this bini kedua agaknya bengang laki dia tak balik-balik, waktu laki bini tu tengah tido, tetiba datang macam api (or maybe macam cahaya) masuk ikut bumbung rumah and jatuh atas badan isteri pertama. Terus isteri pertama tu kejang, mata terbeliak. Suami dia ni macam tau je itu sihir dari wife kedua, terus dia cakap "Yela..yela...aku balik. Aku balik". Elok je laki dia keluar dari rumah tu, bini pertama sihat.

Ngeri kan bila dengar benda-benda macam ni.
Aku takleh nak brain la. Apa la perasaan orang yang main ngan sihir-sihir ni. Ko tak takut mati ke hape. Macam best kot play God, eh?

Mak cakap benda-benda macam ni ada 2 sebab je.
Samada orang marah kat kita atau orang nak kat pasangan kita.
Mak kata orang kampung dia banyak dah yang terkena sihir sebab suami ada affair dengan perempuan lain. So the sihir tu dihantar oleh skandal si suami ni tadi untuk buatkan isteri tu jadi vege.
Itu satu.
Yang satu lagi kalau ada orang sakit hati kat kita.
Ok yang ni aku boleh relate la kan. Dia sakit hati kat kita, so dia hantar benda bukan-bukan. Ok tu benda biasa dengar.

But kalau kau dah ambik laki orang, apa lagi ko nak?
Ko dah dapat pun laki orang tu. Biar la laki tu nak balik kejap rumah bini pertama. Yang ko sakit ati pesal. Bukan dia ceraikan kau pun. Dia balik kejap je.
Tapi yang lagi pelik, laki yang mak aku cerita tu dah tau bini kedua dia yang hantar sihir kat bini pertama but boleh lagi kau nak sehidup semati ngan bini kedua tu. Ni mesti kes dah kena nasik dagang kangkang.

Mak cakap orang dulu-dulu kat kampung memang senang nak kena sihir ni sebab rumah masih-masing tak berpagar, jadi orang boleh ambik spender and baju dalam kat ampaian untuk buat guna-guna. Kadang-kadang pintu dapur tak bertutup rapat, selamba je orang masuk capai baju dalam yang belum berbasuh. Pastu zaman dulu mana ada sistem lori sampah ni kan. Bangsa yang main campak je sampah kat belakang rumah. Esok lusa baru la bakar, tak pun kambus. Sementara nak tunggu besok tu, dah selamat dah orang korek pad kau.

Mak kata ada orang kampung sana (ngeri pulak aku ngan orang kampung En Wan ni) yang pernah disihir guna pad. Pad dia agaknya tak bungkus elok-elok. Orang pi ambik pad tu and sihir dengan air. Bomoh tu alirkan air paip kat pad yang kotor tu, hasilnya sampai bertahun-tahun perempuan tu haid tak kering-kering. Asik period manjang. Bila tak kering, konfem la laki dia carik bini lain kan.

Kesian kan orang-orang yang suka guna sihir ni.
Aku tak faham apesal ko opt for sihir.
Best ke perasaan menang dengan cara yang kotor?
Nampak sangat jenis ni memang loser.
Jenis yang kalau aku tak guna sihir mampus sampai ke mati aku tak berlaki.
Kalau tak sihir sampai sudah asik dia je berjaya, aku tak.
Seriesly???

Sedih.



posted by aveo757 @ 12:17 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER