2013-10-29

Kak Lang


Kat kampung En Wan, Manir, now tengah kecoh pasal langsuir merayap.
Mak aku balik Tganu baru-baru ni tak pulak bercerita. Sebab dia pun jenis tak percaya sangat hantu-hantu ni semua. Until keluar kat Berita Harian last week. Berita Harian kottt. Mana BH layan citer-citer hantu segala ni kan. Jarang la nak nampak citer macam ni kat BH. Tapi bila dah keluar artikel tu macam surprise la jugak. Saje la pastu kitorang tanya mak, betul ke tengah kecoh kat sana pasal langsuir. Mak tanya kitorang balik, mana tau? Bila kata keluar kat paper barulah dia cerita.

Mak kata dia pun baru je tau balik Tganu baru-baru ni.
Ada sorang orang kampung sana, lelaki, dia ni memang rapat dengan family kitorang.
Kira dia ni set-set belia yang boleh diharap la.
Dulu masa mak duduk sana sorang-sorang, kalau mak nak mintak tolong belikan gas ke, tukar mentol ke, mesti mak call je dia ni. Laju je sampai. Now mak dah duduk ngan kitorang, asal balik ke sana, mesti dia datang carik mak mertua aku ajak bersembang.

So this guy baru-baru ni datang rumah mak bagitau jangan keluar malam kat area Padang Macang. Dah ada orang (sape ntah nama dia tapi orang kampung En Wan gak) baru-baru ni eksiden sampai kena operate masukkan besi dalam rahang dek kerana kereta terbabas nampak langsuir melekat kat cermin belakang. Budak yang eksiden ni bagitau, actually tu kali kedua. Dia ni keje shift, around 2am dia akan lalu situ. Port yang dikenalpasti langsuir ni bertenggek is kat wakaf. En Wan kata memang dia tau kat situ ada satu wakaf. So malam pertama tu laki ni lalu situ dia nampak ada orang duduk kat wakaf. Kul 2 pagi kot. Jadahharam apekah bersidai kat luar pukul 2 pagi kan. Tapi disebabkan Manir tak pernah lagi dengar kes-kes hantu, so this laki tak terfikir lansung pasal hantu. Tapi malam tu dia tak kena kacau. Cuma dia pelik la sape yang duduk kat wakaf tu.

Malam kedua tu masa dia melintas wakaf, dia perasan ada kelibat orang duduk jugak. Dia tergerak nak toleh. Sekali toleh-toleh nampak langsuir siap bertaring bagai kat cermin belakang. Terus terbabas.

Ada sorang lagi orang kampung kena.
Yang ni naik motor.
Elok je dia melintas, langsuir tu terbang bertenggek belakang dia.
Terus terbabas jugak.
Mak kata hari tu mak lalu kawasan tu, motor mamat tu ada lagi terbaring dalam parit.

Mak ngan Kak Long buat-buat rajin la bersembang ngan orang Padang Macang nak tau apa kisah langsuir ni. Ada sorang ustazah tu cakap memang dia pun penah nampak tapi ustazah kan. Takde la menggelupur jumpa hantu. Lainla aku. Ustazah tu kata orang situ dah sedia maklum dulu ada sorang perempuan ni membela. Tapi antara nak percaya ngan tidak je. Lepas dia mati, belaan dia mencari tuan baru. So dorang suspek betul la kot perempuan tu memang membela. Wakaf tu pulak dengan dengan kawasan kubur. Agaknya dia menunggu tuan dia 'bangun' la tu kot. Tu yang manjang je bertenggek kat wakaf.

En Wan rajin gak lalu area situ kalau nak balik ke rumah mak. Especially kalau kitorang pi 7-11 Manir tu, selalunya malas nak patah balik. Dia akan terus ikut jalan Padang Macang untuk balik rumah. Tapi aku memang perasan la everytime lalu area tu macam spooky je. Just nice la dia nak jadikan port dia bertenggek.

But langsuir ni bukan baru-baru ni jadi.
Kiranya dulu before kematian tu berlaku ada orang pernah nampak gak la. Cuma tak berleluasa. Now gamaknya tak bertuan, tu yang kecoh. Tetiba aku terus teringat last year, yang asal senja je aku terbau busuk dalam bilik En Wan. Kesian Redza kena jerkah ngan aku sebab aku ingat dia berak dalam seluar. Everytime lepas azan Maghrib bau tu hilang. Ayoh De (orang kampung sana) pulak penah bagitau mak dia penah nampak 2-3 kali lembaga pakai baju putih rambut panjang, duduk tunduk atas buaian kat porch rumah mak. Entah-entah tu langsuir tu.

Tapi nasib baik gak aku baru tau now.
Raya tahun ni kitorang tido hall je. Malas tido bilik. Berani tak beraninya aku, eventho bibik Kak Ngah penah nampak ada 'orang' tengah duduk kat sofa living hall atas, aku tetap berani kul 3.30am naik atas sorang-sorang. Gi toilet la, baca buku la. Tapi masa tu memikirkan bulan puasa, so kurang la sikit ketakutan tu. Dalam pada buat-buat berani tu, time masuk bilik air mata aku tetap melilau pandang setiap lubang-lubang angin kat dinding. Rumah batu zaman 70an kan suka pakai batu-batu yang ada lubang angin tu kan. Lubang angin tak besar tak sah. Ko boleh passing botol coke yang besar tu lalu kat lubang tu. Bila lubang angin tu besar dah memang macam-macam la pemandangan aku nampak kat luar tu kan. Dah la tepi tu hutan. Kang tak pasal aku nampak langsuir bertenggek kat pokok, "Mandi ke kak ....."

Ni dah keluar cerita langsuir memang sorry la nak tengok aku mandi sorang. Takde deee.

Memang jawabnya aku heret En Wan jemaah dengan aku.
Kencing pun angkut sekali masuk. Aku tak kira. Kalau nampak hantu biar nampak sama-sama. Pengsan sama-sama.

Sambil sembang pasal hantu sambil la si Redza tunjuk aku gamba muka aku kena edit-edit. Tapi bukan gamba ni la, dia pakai gamba lain. Tapi bila dia ajar application mana nak donlod, aku try la adjust muka aku pulak. Hah kauuuuu.


Kusss semangat.
Tengok petang-petang tak takut la okeh.
Ce bukak balik blog ni malam kang.
Aku sendiri takut tengok muka aku. Mariani kalau tengok muka aku ni memang dia takleh carik makan la.
Tapi application ni keji sangat la. Arwah nenek aku pun tak kedut macam ni tau.


Peh nenekkkk.
Eyeshadow tak menahan!

Tapi yang ni gila takut kan?
Aku seram tengok nenek-nenek tua muka kedut seribu pastu ada hati nak kasik renungan sambil senyum meleret.
Ko ingat ko Che Ta ke?
Memang aku lalu tepi takkan bagi salam la. Aku blah terus.

Kalau lagi 40 tahun sok ko nampak aku pakai eyeshadow glitter plis lempang okeh.