2013-10-31

Mimpi

Aku kerap mimpi bersembang dengan sorang lelaki.
Everytime aku mimpi, aku hanya boleh dengar suara dia je. Muka dia macam tak jelas. So aku selalu imagine yang lelaki tu adelah En Wan.

Tapi karakter dia lain.
Lelaki yang aku mimpi ni sangat soft suara dia. Cara dia cakap ngan aku pun berlembut je.

Malam tadi, aku mimpi jumpa sorang lelaki. Walaupun aku tak penah nampak muka lelaki tu, tapi bila aku bercakap dengan dia aku macam tau itu lelaki yang sama yang selalu aku sembang. Yang scary tu kan dalam mimpi tu seolah-olah aku ni baru kawen dengan dia tapi aku blom kenal dia lagi. Sebab aku sempat tanya "You lagi tua ke dari I?".

Dia senyum and replied "Of cos I lagi tua. You kan memang nak husband yang lagi tua dari u"

Siap tunjuk IC and aku terperasan tarikh dia 6 November.

Pastu terus tersedar sebab jam aku bunyi kul 5.45am.
Macam blur je aku bangun pagi ni sebab aku try ingat muka dia tapi tak berapa clear.
Takut la pulak mimpi macam ni.
Ye la sebab bukan first time, everytime aku mimpi dia, mesti suara yang sama.
Cuma kali ni je dah nampak muka.
Jadi laki aku lak tu. Gila.

Try gugel tafsir mimpi Ibnu Sirin :

"Jika dia melihat pemuda yang tidak dikenal dan sangat marah melihatnya, maka dia akan berjumpa dengan musuh yang sangat dibenci orang. Jika dia senang melihatnya, maka dia akan bertemu musuh yang disukainya"

Ok.
Ni first time aku dengar 'musuh yang disukai'.
In my case, aku suka dengan pemuda yang aku jumpa dalam mimpi.
Ok kepada si musuh, sila la ke depan berjumpa aku.
Kalau takut jumpa, PM pun bolehhhhh.
Guwa tak makan orang punya.

Tapi yang aku perasan, setiap kali aku mimpi this lelaki mesti selepas aku bangun tengah malam.
Tetiba teringat Pak Aji yang kerap mimpi ada benda nak dekat dengan dia tapi tak dapat.
Bila dia jumpa ustaz, ustaz tu kata ada sesetengah jin yang bukan dihantar oleh manusia, tapi dia sendiri nak dekat dengan kita sebab nak uji kita.
Oh plis man, jangan la aku diuji dengan jin.
Aku ni ngan kucing pun takut apetah lagi jin.
Baik aku jumpa musuh beb dari aku jumpa jin yang pelik-pelik ni.

Ni kategori mimpi yang best and scary at the same time.
Best sebab finally aku nampak muka lelaki tu. Sweet okeh muka dia. Hahahah.
Tapi kan, aku pernah mimpi bersembang dengan dia, diwaktu tu dia dengar bacaan Al-Fatihah aku.

Series pelik mimpi ni.

Ada lagi 2 mimpi yang aku ingat sampai skarang.
But tak melibatkan lelaki ni la. Ni kes lain lak.

Yang pertama, before aku bertudung dulu, aku kerap mimpi disimbah dengan tsunami and air yang deras. The way aku berdepan dengan tsunami tu sangatlah real. Nasib aku tak terkencing atas katil je. But memang bila terjaga tu seolah-olah aku memang disimbah sebab aku berpeluh-peluh! Gila kau tak takut? Tsunami kot.

Makin dekat aku nak bertudung, makin kerap aku dibagi mimpi kena simbah dengan tsunami ni.
Ada satu mimpi tu aku ingat lagi aku nampak clear tsunami tu dari bangunan yang tinggi. Aku dah istighfar and aku ingat dalam mimpi tu aku siap mengaji sebab terlalu takut nampak air tu menuju ke aku. Tapi everytime aku disimbah, aku akan dapat berpaut kat mana-mana tempat. Tiang ke, tebing ke....Tapi the hentaman tsunami tu memang real la beb. Ngeri.

Until kemuncak dia, aku mimpi aku tercampak ke dalam sungai yang sangat deras.
Dalam sungai tu aku dah ready nak mati, tetiba ada tangan capai baju aku dari belakang and tarik aku campak ke tebing. Bila aku toleh aku nampak sorang lelaki tinggi, tegap, pakai jubah putih, serban and rambut dia panjang sampai bahu. Aku tak ingat muka dia. Tapi the situasi tu aku boleh rasa sampai sekarang. 

Yang kedua ni, aku mimpi aku ambik wudu' kat dataran tawaf.
Waktu ni aku belum pi umrah lagi.
Tapi aku tak ambik port sangat la mimpi ni until aku ke sana.

Di sana, aku tak pernah berwudu' kat dataran tawaf. Aku akan pastikan aku berwudu' dari hotel and aku akan jaga wudu' tu sampai habis saie. Even kat Tanaaim pun aku tak ambik wudu'. Aku dah wudu' siap-siap kat hotel. Until malam akhir aku buat umrah yang time En Wan nak sangat cium Hajar Aswad tu. Kan aku pun berhimpit-himpit sama. Jadi lepas tu aku nak berwudu' semula. Aku ambik wudu' kat dataran tawaf. Masa berwudu' tu aku rasa macam dejavu. The moment aku ambik bekas cawan untuk basuh kaki, masa tu baru aku teringat memang macam ni la aku mimpi dulu. Aku ingat lagi how aku mimpi ambik bekas cawan tu.
Agaknya aku dah "dibawak" ke sana sebelum aku benar-benar ke sana. Balik dari umrah, malam pertama aku tido kat rumah, aku mimpi aku berwudu' di tempat yang sama. Yang kali ni aku tak tau la samada aku rindu nak ke sana atau petanda aku akan ke sana lagi. Mudah-mudahan Tuhan permudahkan.