2013-10-28

Mengabang





Sape penah makan sotong ni?
Ni namanya sotong menggabang/mengabang. Tak sure camana sebutan dia tapi pusing-pusing gitu la bunyiknya.
Sotong ni aku kenal menjak aku bertunang dengan En Wan.
Masa En Wan bawak aku balik Tganu lepas bertunang, mak mertua aku jamu aku ngan sotong ni. Sejak dari tu, aku dah tersangkut. Sotong ni lagi best dari sotong putih yang biasa jual kat pasar tu. Sotong ni tak kecut. Camana rupa dia before goreng, camtu la rupa dia lepas goreng. Tak kecut lansung. Dah la sedap gila. Tapi sotong ni jarang-jarang dapat. Ni baru-baru ni mak aku balik Tganu dapat bawak balik 3 kilo je. Paling banyak aku borong pun 5 kilo. Kalau la ada sesape pulak nak supply sotong mengabang ni, dipersilakan. Akan aku upload kat blog and war-war kat FB sepanjang masa.

Oh yes, aku tak sempat nak bagitau stok udang dah ada.
Entrah-entah dah habis pun by now.
Last week tokey udang datang hantar stok udang kertas and udang galah kat rumah. Baru semalam aku rasmikan udang kertas. Bibik aku ni takut nak masak udang besar-besar kalau aku takde kat rumah. Gamaknya kalau stok udang sampai time aku pi umrah hari tu, mau keras kejung udang aku 2 minggu dalam freezer tak bersentuh.

Puas gila makan udang kertas semalam. Mak aku masak kerutup lak tu.
Kebetulan Kak Long aku anak beranak datang sebab anak sedara En Wan yang dokter tu grad semalam. Makan ramai-ramai kan dia punya kesedapan tu macam ada extra sikit. Memang belasah kaw-kaw.


Aku datang lambat time konvo ni sebab penat gila.
Hari ni letih pun tak hilang lagi.
Ingatkan nak bantai tido sampai tengahari, tapi macam tak sampai hati lak bila customer punya whatsapp asik masuk je. Maka bangkitlah dikauuu.



Lepas konvo, pi pekena JM Beriani before balik PH.
Time makan ni aku dah nak tido sangat-sangatnya.
Pinggan depan mata dah nampak 2-3 je.

Sampai rumah salin baju kaftan, bappppppp. Pengsan.
Tapi tak lama.
Si Rayyan boleh pi berak dalam bilik aku.
Dah la aku pasang aircond. Ko berak sambil main iPAD macam takde rasa apa je.
Memang bersengak bau taik satu bilik.
Dek kerana kebusukan yang melampau, aku sampai boleh terjaga dari tido. Gila tak penangan berak Rayyan?

Aku toleh sebelah, bapak dia rilek je terlentang cam takde apa je.
Muka tenang je tido siap comforter tarik sampai ke dada.

Yang best tu bila Rayyan nampak aku dah terjaga dia pegi dekat tepi katil sebelah aku, halakan bontot dia ke aku suruh aku check "Ma, biyak ke?"

Hoih.
Sendiri punya pantat sendiri tak sure berak ke tak.
Apa jenis kah ini?



Ini saje lah buah tangan hasil rembatan.
Tu pun merembat kat duty free shop.
Duty free shop LCCT lak tu.
Aku rasa pasni aku kumpul miniature je la. Jimat.

Yang mana buat payment Ephyra waktu aku takde last week, aku akan pos semua esok, insyallah ya.
Today tak dapat la. Banyak benda aku nak settlekan kat opis. So kalau sape nak buat payment silakan today so that esok aku leh instruct for packing. Bulan 10-11 ni memang researcher sibuk nak habiskan grant so menggelepar sikit la aku nak siapkan keje. Tapi takpe, aku memang suka buat keje sampai tak menang tangan ni. Pastu nangis penat.

Shawl new design insyallah aku akan upload end of this week.

 
 Email 1


Untuk budak-budak takde sukatan tertentu. Tetap 1 sachet dalam 200ml air.
Guna air sejuk.
Takyah hari-hari pun takpe.

Macam Rayyan aku bagi ikut teringat.
Dulu aku bagi hari-hari sebab dia ada bijik-bijik air kat tapak kaki. Kesian, gatal-gatal. Puas pi makan ubat la, sapu krim, kalau hydrocort 1% tu dah bertiub-tiub aku sapu. Alhamdullillah, lepas ambik Ephyra slowly hilang and now memang takde lansung. Bila dia dah ok, aku selang-selangkan pengambilan. Now ni rasanya dia lagi banyak ambik Ephyra dari aku. Lawan tokei. Aku pun kadang-kadang terlajak 2-3 hari tak minum. Lupa.


Email 2

 

Ada yang tanya camana nak order Ephyra sebab link form aku tu tak jumpa dah.
Ha'ah, memang hari tu aku deletekan form tu sempena promo RM500 tu.
Pastu now aku sendiri tak jumpa mana form tu. Blur gila.
Takpe, kalau nak order email kat sini dulu : health[at]xzizbiotech[dot]com

Kendian ada masa free, aku letak balik form ya.