Weekend lepas aku ke JB.
Semua kumpul kat sana for tahlil arwah nenek 40 hari.
Kalau aku gi berdua ngan En Wan memang aku lepak rumah Ima je. Tapi sebab bawak satu batalion, so kena lepak hotel jugak. Ima beria-ia suruh aku duduk Traders sebab dekat ngan Hello Kitty. En Wan kata no wayyyyyy. Sebab Isnin (this week) Redza start exam so kena balik awal, takde masa nak berjalan-jalan. Konon la...
Sian anak aku kena torture, gi JB pun nak kena bawak buku latihan segala sampai kul 12 malam kena hadap bapak dia menjawab soalan-soalan latihan. Seb baik Pak Aji dulu tak macam ni. Kalau tak mesti aku makin bengap. Tak reti aku blaja pun kena paksa-paksa.
Kali ni gi JB lepak Grand Paragon. Sebab book pun dah last minit, so tak banyak family suite yang avaiable, Grand Paragon je tinggal. Hotel ni cantik tapi macam ala-ala hotel kat Kowloon je. Tak macam hotel-hotel yang aku penah stay. Tapi tak kisah la, sabit nak tido satu malam je kan. Lagipun aku check dah nak kul 2pm, by Asar dah kena ada kat rumah aunty aku for tahlil. Pastu esok dah nak balik.
Kebanyakkan hotel kat JB ni mesti buat pakej ke Legoland sekali. Dulu masa aku stay Thistle, aku ambik pakej Legoland kat sana. Grand Paragon pun ada buat gak, tapi kali ni aku tak pegi dah. Tunggu esok hotel Lego siap baru masuk balik kot.
Hall dia boleh tahan.
Tapi hotel ni malap la.
Sebijik dua je lampu. Bilik air lagi la, sebijik je lampu. Dah bukak lampu pun blom tentu orang nampak muka aku. Patutnya malap-malap ni ko simpan untuk bilik biasa dah le. Bilik family macam ni, ko kasik la terang-benderang sikit.
Bilik aku besar gila.
Kalau tolak sofa tu semua ke dinding, boleh bentang 4 toto kat lantai. Nak main galah panjang pun boleh. Dia kasik 2 queen bed, so Redza conquer satu katil. Aku ngan En Wan sekatil. Mula-mula aku bajet aku ngan Rayyan sekatil, En Wan ngan Redza sekatil. Pandai Rayyan bagi chan kat makpak dia.
Bilik mak and bibik, share berdua.
Disebabkan duduk kat tengah-tengah town, jalan masuk ke hotel pun berjujuk kereta, aku cakap kat En Wan kita makan kat hotel je la. Aku malas nak keluar. Kang dibuatnya tersekat dalam jem tak pasal je termiss tahlil. Macam biasa la room service menu kat hotel-hotel semua standard kalau bab makanan melayu - mee mamak, nasik lemak, nasik goreng, kuetiaw. Kat Seri Malaysia jugak yang best, ada menu pisang goreng!
Aku rasa mana-mana perempuan/isteri/ibu mesti macam ni.
Terpaksa pilih makanan yang tak berapa berkenan di tekak tapi sebab suami and anak-anak siang-siang dah cop dulu makanan yang dorang nak makan, so the mother/wife dengan paksa rela order makanan lain supaya nanti suami/anak boleh rasa jugak makanan dia.
En Wan memang konfem nasik la. Mana-mana dia pegi nasik mesti mau ada.
Mak and bibik memang payah nak makan benda lain selain nasik.
Redza pulak payah nak makan nasik so macam biasa - fish and chips.
Aku lapar gila tau. Tapi sebab aku tau laki aku mesti nak rasa jugak mee, so aku order la jugak mee mamak walaupun sebenarnya aku nak makan nasik.
Macam selalunya...nasik dia habis.
Mee aku pun dia belasah.
Tapi nasik dia sikit dia tak pelawa. Tau-tau tinggal timun je dalam pinggan.
Takpelah, aku bajet kat rumah aunty aku nanti mesti ada nasik punya. So akan aku tala cukup-cukup kat sana nanti.
Aku sampai sana, dah start baca Yassin.
Takde orang lain pun, klorga je dah penuh serumah.
Tu diaaaaaaaaaaaaaaa.
Aku tak tau apa tajuk nasik tu. Tak sempat aku tengok kat frame apa nama nasik, yang aku tau nak cedok laju-laju.
Siap ada nan!
Udang masak apa, lupa.
Beef
Mutton cross the road
Tandoori chicken
Semua family je, takde orang lain.
Jadi, tak perlu protokol.
Kuih kacau.
First time dengar nama kuih ni.
Ni super duper gila bahabs punya sedap.
Aku yang tak makan coklat pun boleh abis sekeping.
1st generation.
Tapi tak semua adik beradik Mak Aji ada sini, cuma ada 10 beradik je. Lagi 3 takde.
2nd genaration.
Kalau betul-betul punya 2nd generation tak muat masuk semua dalam kamera.
Ni semua belen-belen je. Yang Singaporean ramai tak datang.
Lepas Maghrib aku balik hotel sebab En Wan sibuk nak 'study-kan' Redza.
Tapi sebab kat tahlil tu aku makan nasik 3-4 suap je dek kerana menjaga panglima, jadi aku telah melapar awal. Kebetulan, masa aku up status kat FB pasal stay kat Grand Paragon ni, ada reader bagitau Japanese food dia sedap, jadi apa kata kita try test.
Bila ajak En Wan memang laju je la dia angguk.
Siap bagi suggestion "Abang tengok ada promotion Kobe Beef" (Wagyu).
Aku mana penah dengar nama-nama Kobe Beef segala ni kan.
En Wan kata Kobe beef ni beef paling sedap di dunia. Katanya laaaaaaa. Ntah ye ntah tak.
Dia kata lembu ni dijaga, di-high-maintenance-kan sampai beef daging dia rasa berbeza dari daging-daging lembu yang biasa.
Baiklah.
Kita rasa.
Tak sedap kalu, siap!
Masa waiter tu cakap 100g Kobe beef = RM120.
And 100g dia macam ni la, ada la kot dalam 8 helai.
Rasa macam nak makan dengan piring-piring sekali sebab mahal nau.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii memang sedap!
Even the lemak pun rasa macam daging.
Aku kan peghak kan tak penah makan benda ni, aku makan ngapp terus dalam mulut, sumbat nasik segala.
Aku tengok En Wan makan ada style dia.
En Wan ambik sehelai, dip dalam sauce and masuk dalam mulut, kunyah slowly sambil pejam-pejam mata nak feel the kesedapan.
En Wan cakap macam tu la cara merasa makanan-makanan Jepun.
Bukan main nagp ngap ngap ngap. Kena feel.
Feel kejadahnya aku dah kebuloq ni.
Nak pegang chopstick pun tak larat, ketar kelaparan. Kosser aku nak feel bagai. Lambat . Aku punya style feel tu kalau kau dah sendawa sampai bunyik berdeghakkkkkkkkkkkkkk macam badak, ok tu maknanya memang feel habis lah makanan tu.
Ika karaage.
Aku order ni sekali untuk makan ngan nasik.
En Wan punya
Lepas makan aku pun dah macam lembu Kobe jugak.
Terus naik atas katil, terkangkang.
Sedar-sedar kul 3pagi En Wan ada kat sebelah.
Seriesly, aku rasa tahun ni aku kurang rest. Pantang jumpa katil memang takde maaf bagimu. Konfem lelap. So kalau nak ajak aku berdiskusi ke, bergeli-geli ke, silakan sebelum aku membuta. Once aku dah pejam mata, sape kacau aku tumbuk *hnss....hnsss....hnsss...*
Adik ipar aku cakap Grand Paragon ni makanan dia sedap-sedap. Buffet Ramadhan yang terbaik antaranya kat Grand Paragon. Aku rasa betul la kot sebab malam yang aku melepak makan beef tu, kat cafe dia kemain ramai lagi orang, macam ada seminar. Padahal orang luar datang makan. Kaya-kaya orang JB. Supper kat hotel.
Breakfast buffet dia aku bagi gred A.
Blom sampai Grade A+ macam Pan Pacific KL lagi. Tapi still A la jugak kan.
Siap ada lepat pisang bagai. Suka mak mertua aku ada banyak kuih-kuih melayu.
Walaupun orang kata tablet melekakan, tapi adakalanya it helps. Memberi ketenangan kepada kitorang nak makan. Seriesly, kalau tab ni tak function, memang huru-hara. Mesti dah lama aku tercekik garpu.
Ni aku snap dari bilik je.
Best Family Suite ni, selak langsir terus nampak kolam. Aku stay level 12, kolam level 11. Macamana la tak menggelupur si Redza nak terjun kolam. Yang si bapak sibuk suruh anak buat latihan matematik. Mental torture betul Budak tu sambil mengira sambil menjeling kat kolam. 7x8 pun dia jawab 78. Boleh?
On the way nak sampai je PH, aku lapar. Lapar aje aku ni. Aku rasa sejak makan Kobe Beef tu, perut aku pun dah macam lembu, ada 4 compartment. En Wan ajak gi Saba Restaurant Cyberjaya pulak. This is the restaurant yang kitorang plan nak pegi masa aunty-aunty aku from Singapore datang, tapi we ended up makan kat Setiawangsa branch.
Gila full house siap melimpah ke kaki lima!
Padahal Ahad tu.
Kawasan ni pulak bukannya tepi jalan utama pun, nak kena mausk ke dalam sikit. But still penuh. Masa kitorang sampai tu kul 3pm, penuh. Kena tulis nama dulu, tapi atas kitorang cuma ada 2 waiting list je. So aku and mak gi solat dulu. Gilir-gilir jaga panglima. Adik waiter tu cakap surau kat bawah. Aku ngan mak pun turun la ke bawah, alih-alih sampai basement car park. Aikkk??? Solat kat basement ke hape ni?
Rupanya surau dia memang kat basement.
Di celah-celah tempat parking, ada surau. Tapi sedihnya aku tengfok surau dia.
Berlonggok-longgok telekung. Dah pakai tak tau lipat. Kot ye malas melipat, gantung la elok-elok. Masing-masing kat rumah lepas solat main peruk telekung tepi ceruk dinding kot. Sian mak mertua aku, terpaksa la jugak pakai yang peruk-peruk tu. Dia malas nak ambik kat kereta. Seb baik aku simpan telekung dalam henbeg, kalau tak, aku rasa aku sarung stokin je, then solat. Geli pulak aku nak pakai kalau dah bergulung-gulung telekung atas lantai rupa gitu. Boleh imagine bau dia camne.
Lepas solat, naik atas tengok.....wahhhhhh, beradap sopannya panglima niii.
Duduk dendiam je dia.
Again, tablet penyelamat dunia. Tapi aku tak tau la lama mana tablet ni akan selamat. Tu pun dah 3 kali tukar cover. iPAD aku dah lama jahanam dia kejekan. Tu yang kadang-kadang aku risau je kalau tetiba tab habis bateri. Mesti henfon aku jadi mangsa.
"Adik punya iPAD (tablet) mana?"
"Coj" (charge)
Kau mampu sleng British macam tu?
Ni mak and Lenny punya.
Share berdua, tu pun tak abis, tapau balik rumah, sampai besok pagi sambung makan.
Daging dia terlampau lembut, tak perlukan polident untuk mengunyah.
Redza macam biasa, fish and chips manjang.
Ni aku ngan En Wan punya.
Actually ikan ni datang dengan roti dia, macam rupa pita + tortilla sikit. Roti sampai 3 keping dia bagi. Memang style makan ngan roti kot.
Tapi, kitorang makan dengan nasik.
Dah habis makan, sendawa 2 kali, baruuuuuuuuuuuu lamb soup aku sampai.
Aku order 2 mangkuk. Tamak. Taknak share-share dengan En Wan.
Mula-mula En Wan kata membazir order sampai 2, order 1 cukup kongsi-kongsi.
Ye sangatttttttttttt.
Bila lagi semangkuk sampai "Eh sedap gila sup dia".
Terus hirup sampai abis tak angkat-angkat kepala