2013-09-09

Red Carpet @ICT


Jumaat and Sabtu (semalam) ada orang lancarkan Hari Sentap.
Menyombong tak tentu arah ngan aku.
Tak bercakap-cakap.
Senyap je.

Puncanya sebab aku taknak pi Matta Fair.

Manjalah sangattttttttt.
Taknak pi Matta Fair pun nak sentap.
Puas aku carik jalan nak bagi dia bercakap.
Sepatah aku tanya sepatah dia jawab. Tu pun kalau perlu jawab. Kalau dia rasa boleh anggguk and geleng je memang takkan dengar la suara dia hari tu.

Mula-mula tu aku malas nak layan.
Kau senyap, aku pun senyap.
Lagi senang.
Takde orang kacau aku malam-malam.
Boleh aku membuta dengan aman.

Tapi kat rumah aku ni ada bibik.
Kang bibik aku detect pulak ada silent war kat dalam rumah ni.
Semalam malam, dia dah ok sikit tapi tak berapa nak mesra lagi.
Tu pun sebab aku masak nasik ayam feveret dia. Baru la dia nak bercakap 5-6 patah sikit.
Malam tu aku ajak pi Subang Parade nak beli eyeliner and buku kat MPH.
Dalam pada sentap-menyentap tu elok je hulur kat aku magazine Anjung Seri ngan Motor Trader "Bayarkan sekali..."

Eh boleh cakap rupanya.
Aku ingatkan dah bisu.



On the way nak ke MPH, budak ni tegur aku. 
Honey, kalau tak salah nama dia.
Masa dia tegur aku "Kak Di...saya reader", aku blur sebab aku macam dengar dia cakap "..tadi saya cerita..."
Makin parah kepekakkan aku ni.

Pagi ni, En Wan dah ok.
Dia ajak aku breakfast pastu terus gi ICT. Dia kata nak bawak pi Red Carpet.
Wahh...bahek hati nampak.
Macam baik ada makna je ni.
Tapi aku layan kan je.


Bawak panglima.
Masa ni aku cakap dalam hati "Kalau shawl aku ni masih senonoh time balik dari ICT nanti, maknanya panglima ni lulus untuk dibawak pi naik katerbang"


 Huihhh. Nak menyampaikan ke depan pintu masuk Red Carpet ni je macam nak rebeh tudung aku.
Rayyan ni pantang nampak kawasan luas, memang berlari je keje dia.
Mak bapak semua dah tua, nak mengejar memang dah tak larat.
Aku dengan beg tangan, beg susu, bapak dia dengan kamera segala.
Belum masuk lagi Red Carpet tapi cuba tengok shawl aku. Dah bersimpul mati!


Mak kemain dengan kasut pengawas bagai (walaupun kasut pengawas namanya tetap kasut), tapi anak-anak gila selebet pakai selipar Jepun je. 
Tu pun seb baik dapat paksa Rayyan salin baju, kalau tak memang korang akan nampak dia pakai singlet kuning seluar ijau. 
Menyakai.


 

Best gila sebab tak ramai orang.
Memang kitorang je ada kat depan kaunter ni time ni.
Masa kat atas pun cuma ada 2 family je.
Tiket dewasa RM75/person.
Kanak-kanak tak tau berapa.
Tapi kitorang ambik pakej beli kat Matta Fair, dapat only RM160 untuk sekeluarga.
Jimat kan?
Tapi Matta Fair dah habis. So korang tak dapat. Hahahha.

Rupanya En Wan gi Matta Fair Sabtu lepas.
Gi sorang-sorang tak cakap ngan aku.
Patut la malam tu dia dah ok sikit, rupanya dia dah merembat tiket Red carpet ni pastu dia book satu trip holiday. Tapi dia tak berani nak bagitau aku.
Oh, rupanya dia pun takut kat aku.
Aku ingatkan aku je yang takut ngan dia.


 Tak tau ni menatang apa.
Adekah X-Men?


 
 Kat Madamme Tussaud Hong Kong takde Mr Bean, sini ada.
Kebanyakkan yang aku ambik kali ni yang aku tak jumpa kat Hong Kong.
Not bad jugak la Red Carpet ni, banyak patung-patung baru selain dari kat HK.
Kat London aku tak tau, lom pernah sampai lagi.
....and rasanya takkan sampai kot.
13 hours flight.....no way.


 
 Obama nampak fake sikit.
Tak macam Obama kat HK.
Dah macam muka God Must Be Crazy je aku tengok.

Before sampai sini, ada satu area tu dia mintak kita bergambar, depan panel putih.
Aku memang dah bajet ni mesti akan ada gamba somebody ni bila print gamba.
Rupanya dia nak letak gamba kitorang anak-beranak tu sebelah gamba Obama tengah sign document.
Tapi nampak nau super-imposed and like jadah apa aku anak-beranak berdiri sebelah Obama sambil riang-ria tatkala Obama tengah muka serius sign dokumen?
Tak masuk lansung.
 

 Yang ni lagi aku konfius.
Muka Kate Middleton sangat menjadi. Aku suka.
Tapi tang William tu errr........eh ke Henry tu?
Eh..??

 
 Allahuakbar....aku terperanjat ada patung Yasser Arafat kat sini.
Rasa excited sangat-sangat!
Rendah je dia kan?
And pinggang aku lagi besar dari pinggang dia.


Tinggi jugak Tunku ni rupanya.


 Kalau lah aku yang duduk sebelah Mandela ni, mesti sampai tahun depan korang bahankan aku kan?
 

 Orang buta IT sedang menerumah Bill Gates.
 Hmm..agak-agak ape soalannya ya?


 Errr....ai tak reti la nak kira formula you bagi tu...
Jangan la fail kan ai okeyyy.
Purleaseeeeeeeeeeee..

 

Jackie Chan kat sini pun nampak pelik je.
Dah macam bergamba dengan Roslan Shah je aku anak-beranak. Siap peace-peace bagai. Dengan kaki kepit. Hoih! Otai Kung Fu kot dia ni. Please lah.
Macam bergamba dengan bell boy pun ada gak ni.

Oh yes, ni aku nak bagitau.
Kalau korang pi sini akan ada satu mamat fotografer Paki yang gila irritating tahap nak bagi pelupuh je kat muka dia. Maybe dia excited kot dapat jadik fotografer kat sini. Kat semua patung dia suruh kitorang stop bergamba. Ntah patung saper-sape ntah bukan aku kenal pun tapi dia paksa. Berbulu je aku. Ada satu part tu kat patung artis Korea. Aku mana la kenal artis Korea so masa dia suruh aku berdiri kat sebelah artis tu aku cakap la "Who's this?"
Dia kata Korean actress.
So aku cakap la "It's ok. Nevermind, I'm not insterested"
Dia suruh jugak aku diri kat sebelah. Aku dah la memang berbulu je dengan dia dari awal tadi. 
Dengan tak tentu arah nak mengejar Rayyan lagi.
Memang dapatla kau sebijik "I said not interested!!"

Pastu masa aku jalan kedepan, En Wan kata, ada sorang mamat Chinese yang jaga area artis-artis Asia say sorry kat En Wan sebab dia kata dia pun nampak fotographer tu ikut je kitorang mana pegi and memaksa kita bergamba. So dia suggest kita hantar komen supaya dorang boleh improve.
So kalau sesape yang belum pergi, try la tengok kalau fotographer tu buat perangai yang sama, pandai-pandai korang la ya.


  Ok, ni lagi otai.


 Ni memang macam real je kan?


 Yang kanan aku tak kenal.
Yang kiri tu Andy Lau.
Tapi Andy Lau kat Madamme Tussaud HK lagi hensem nak mampus.
Siap dorang buatkan special macam kulit manusia betul-betul.
Orang HK sayang sangat dengan Andy lau agaknya.
Andy Lau kat Red Carpet ni aku tengok kalau dipakaikan spek dah macam muka Asyraf Muslim.

 
 Aku tak penah minat citer James Bond.
James Bond yang aku kenal cuma Pierce Brosnan.
Yang lain tak ambik tau.
 

 Aku rasa Posh ni lagi keding dari ni kan?


 Orang lelaki kalau tak kenal dia ni memang saje je la.


 ...and orang pompuan WAJIB kenal ni!
Tapi kan, seriesly Leonardo ni besar macam ni?
Tinggi tu memang kita maklum la omputih memang kebanyakkannya tinggi.
But build dia ni seriesly besar ni???
Ohh lemas ai bang. *tetiba*


Aku tau korang kenal PSY.
Yang tu tak payah diperkenalkan lagi la. Satu dunia tau kot.
Tapi aku just nak perkenalkan la yang belah kanan tu laki aku *tutup muka*


Oh, rupanya satu tak cukup kau.
Nak bergamba kali kedua pulak.
*rebah*


 
Tak menjadik...tak menjadik..
Macam jongos je aku tengok.


 
Ni pun tak berapa sangat.
Tapi boleh la nak buat bergamba.


 Aku tak penah perasan pulak John Travolta penah ada rambut macam ni.


Abang Depp ni memang sinonim betul dengan watak Jack Sparrow.
Kat HK pun orang letak patung dia rupa Jack, kat sini pun sama.
Ingatkan kot la dia nak bagi patung style lain ke..


Breakfast at Tiffany's!!!
Masa aku tengok movie ni, aku rasa kalau ramai pompuaj jadi lesbian disebabkan Audery Hepburn ni memang patut sangat la. Comel gila!!


 
 Yang kanan tu aku lupa nama dia apa.
Kiri tu, Mr Gay.


Nak sangat tengok Messi main hari tu tapi tak dapat kan.
Ambik ni bergambar puas-puas.


 Tak minat.
Tak kenal.


 Kat HK pun ada patung ni.
Tapi yang kat sini lagi cantik rasanya.

 
 Anak cool je.
Bapak over.


 
 Kenapakah Dato' LCW dah macam aneroxia nih???
Sape la tukang buat.
Sabotaj ke hape.


Ni aku duduk atas peha dia sebenarnya, tapi takat tonggekkan sikit bontot.
Tak berani nak landing betul-betul kang patah satu hal aku nak ganti.


 
 Aku blom mati lagi dia dah berani buat macam ni okeh.
By the way, ini pompuan yang memiliki pinggang terkecik di dunia. Ukur lilit 15 inci onlyyyy.
Masa budak yang jaga patung tu bagitau ukuran pinggang pompuan ni, terus otomatik aku sedut perut. Segan ai.

 
 Oh yeahh babyyy.
Woman with the largest breast!
Tak mahen la sumbat silikon. Ni ori okehhh.
Dia ni kalau mati sok mesti jadi hantu tetek.

 
 Lelaki dengan mulut terlebar sampai boleh sumbat tin coke sebijik, and perempuan with lidah paling panjang di dunia. Eiii, takut aku. Dah macam apa je terjelir rupa gitu.
Aku wonder macamana eh dia leh keluarkan lidah dia panjang-panjang macam tu?


 Sape kata hidung Zizan besau??
Ni tengok.
Nak celen?


 
The tallest and the smallest man.
Konfius Rayyan tengok awat panjang sangat orang ni??


Berapa bijik telurkah yang ada di dalam gambar ini?


Ni props je sebab ......


...kat depan tu ada Rambo abang body dan Rambo abang rangka.
Alahai En Wan...aku rasa berat badan laki aku ni sama je ngan berat senapang tu.
Aku takleh bayangkan kalau laki aku jadi Rambo.
Orang nak bergasak dengan dia pun tak sampai hati.


Dah macam muka Edry KRU pulak mamat Arnold Schwzxvv&$ersvgdfer ni.



 Kitorang tak beli apa-apa souvenir pun dari Red Carpet, cukuplah gamba je kot.
Sok-sok ada rezeki datang lagi.
Souvenir photos kat sini RM35/pc.
Tapi, honestly, tak cantik sangat dorang ambik.
Ambik je la sendiri.

Ok, gamba-gamba kat tempat lain dalam entry kendian ya.





Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form