walk on wings, tread in air: Birthday Redza dan "kemeriahannya" <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Birthday Redza dan "kemeriahannya"
2013-09-05

3 September, birthday Redza.
Selalunya buat makan-makan sikit, tapi sebab macam baru je 2 minggu lepas aku buat open house, pulak tu nenek baru je meninggal, so rasanya tahun ni takyah la kot. Maybe buat time birthday Rayyan je nanti. Kasik aku bernapas sikit ya.

Tapi malam 3 Sep tu keluar la jugak, cukupkan syarat.
Sebab macam syahdu la pulak bila bibik bagitau aku "Madam, Redza balik skolah tadi bagitau saya 'Bik, hari ni besday Redza tapi macam takde apa-apa pun kan? Takde kek, takde open house'..."

OPEN HOUSE??

Wa besar pangkat kau sampai aku nak kena buat OPEN HOUSE sempena besday kau kan.
Ni la dia kalau dah dibiasakan.

Malam tu kitorang makan kat Johnny's Summit.
Malas nak pi jauh-jauh.
Aku ajak pi TGI kat IOI sebab aku yang nak makan tapi En Wan malas la pulak nak ke sana.
Ok lah, Johnny's pun Johnny's la.
Lagipun aku tak pernah lagi pekena steamboat.
Sebab aku rasa macam tak sedap je makan satu lauk satu kuah.



Eh rupanya sedap gak sesekali pekena steamboat. Provided sup dia pun sedap la.
Alhamdulillah kat Johnny's sup dia sedap.
Ada menu ala-carte yang lain tapi kau dah la tak penah makan steamboat kan, sesekali try ni takkan nak order nasik goreng jugak kot. So malam tu En Wan tak bagi aku order selain dari steamboat. Dia nak bagi aku betul-betul feel makan steamboat.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii setau aku la.
Walaupun aku tak penah makan bendalah ni, tapi selalu kalau kat tv citer-citer cina, orang yang makan steamboat ni makan takleh rush-rush. Makan bertenang-tenang, santai-santai.
Sambil makan sambil borak-borak, sambil makan sambil discuss bisnes segala.
Yang aku ni bawak Panglima.
Cam mana la nak makan bersantai. Dia tak termasuk dalam periuk setamboat ni pun dah cukup bagus.

Depan pintu masuk Johnny's lagi dia dah bukak silat pengantin.

Bila dia nampak atas meja ni ada macam-macam perkakas, lagi la macam ulut bulu. Tak reti duduk diam. Menggeletis doplohpat jam. Orang pegang senduk dia peang senduk. Orang cedok kuah dia sama naik nak mencendok. Siap la dia nak tuang air oren dalam periuk tu. Jangan terperanjat la kalau tetiba aku bertempik kat dalam restoran tu.


Ada bukti Rayyan memang berkuntau dalam Johnny's.
Aku rasa budak ni pun takut tengok. Hahaha.



Ntah bila masa si Lenny ni ambik balik baju and tudung yang aku dah bungkus nak buang.
Tau-tau malam tu bila turun ke bawah nampak dia pakai baju ni, macam kenallll je.
"Madam, aku ambik baju Madam ya?"
Ambik laaaaaaa.

Baju tu aku beli kat Padang Besar, pakai 2 kali pastu tak dibenarkan pakai.
En Wan tak suka baju ni.
Dia kata aku suka now pakai baju gelobos pastu kaler too bright macam Jawa.
Jawa jugakkkkkkkkkkkkkk yang dia attack.
Padahal Jawa ni jugak la yang dia gentel siang malam.
Pang sedas barutau.



Kitorang pilih set 4 orang makan, RM59.90.
Lauk kemain banyak sampai 3 kali masak, 2 kali tambah sup.
Sup dia sedappppppppppp.
Aku rasa pasni nak makan dengan En Wan and golongan-golongan dewasa je, Rayyan tinggalkan kat rumah. Aku nak feel makan betul-betul.

Malam tu, bersampuk haruk aku nak melayan dia.
Seb baik dia duduk jauh dari periuk ni.
Kalau duduk dekat aku konfiden masa ko cedok sup ni ko jumpa straw ngan sudu. Silap-silap buku menu pun ada dalam ni sekali.

Bingit!!
Macam aku sorang je ada anak dalam restoran tu okeh.



Takde de nak nampak aku makan serentak dengan orang lain kalau bawak panglima ni.
Selalunya aku makan paling last.
Aku akan suruh orang lain makan dulu kenyang-kenyang.
Pastu dah kenyang sila bawak Rayyan ni main jauh-jauh, aku pun nak makan.
Malam tu aku terpak 'lock' dia atas riba.
Macam mana la tudung baju aku semua tak renyuk.

...tapi masih mampu memberikan senyuman.
Eh kata camho kan.
Pantang jumpa kamera la jawabnya.


Tak payah la diperkenalkan lagi..



Kalau tengok macam "Boleh kenyang ke makan banyak ni?"

Gila tak kenyang???
Macam nak tetas spender aku kenyang punya pasal.
Padahal aku makan 2 mangkuk sup je.
Nasi half pun tak luak sebab tak suai je makan nasik makan chopstik, kosser aku.

Patut la orang Jepun, Korea, suka steamboat.
Steamboat ni kenyang sebenarnya. Ko asik menghirup sup and ratah lauk, mau tak kenyang?
Nasik tu kalau tak bagi pun takpe sebenarnya.



Rilek je bibik aku selamba tapir tuang nasik atas piring kuih yang patutnya tempat letak kulit udang.
Pastu pi sink basuh tangan.
Cool gila.
Apa dia kisah orang pandang pun janji aku kenyang dia kata.
Sukati ko la.



See?? See???
Kitorang terpaksa guna hanya 2 senduk sebab lagi 2 dia conquer.
Siap bergendang lagi dengan senduk tu.
Berbulu je aku.

Tu yang aku seronok bila pi open house reader-reader, semua tanya "Mana Rayyan?"
Nak sangattttt Rayyan mencemar duli?
Sesal kang.



Dek kerana semua benda nak dimasukkan dalam periuk, sampai salad pun En Wan tuang sekali.
Aku cakap "Eh, tu kan salad. Nak masak buat apa?"

"Takde la, abang nak lembuttkan dia je"

Puiii.
Cover line tak agak-agak.


Nak bagi dia senyap senang.
Kau bagi sepiring nasik macam ni, diam lah dia.
Tau la dia menggunakan kekreativitiannya untuk menmanfaatkan sepenuhnya utensils yang ada. 

So, ada sesape willing nak babysit Rayyan?




Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
posted by aveo757 @ 4:05 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER