walk on wings, tread in air: Trick Art Museum and Snow House @ICT <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Trick Art Museum and Snow House @ICT
2013-09-09



Lepas settle kat Red Carpet, kitorang gi Trick Art Museum pulak.
En Wan kata pakej yang RM160 sekeluarga yang dia beli kat Matta Fair tu sekali dengan harga tiket masuk ke Trick Art Museum. Gila murah kan?

Seblom sampai Trick Art, melintas tempat archery ni.
En Wan kan hari tu kat Lexis PD dah try-try memanah, so macam gian la bila nampak ni.
Eh tapi baguslah pegi semalam, agaknya semuorang busy serang Matta Fair, ICT jadi sunyi sepi je.
Ke ICT memang macam ni?



Cuma kat dalam ni memang ramai orang.
Nak bergamba pun kena la tunggu giliran sebab masing-masing macam kemaruk nak bergamba, termasuklah aku. Mula-mula tu aku tak paham apekebendanya Trick Art ni. Aku dah lama tak buat keje masuk muzium ni. Kang ada yang aku tetido kat dalam ni.

Rupanya best!
Ok, kalau muzium macam ni aku suka :)


Beria kan?
Termasukla si kenit kat tengah tu.
Dia bukan tau apa-apa pun tu tapi sebab abang ngan bapak dia buat, wah dia pun sama naik.


Amacam?
Ada gaya tak?


Beria Redza buat muka cuak nak sambut jeans orang tu.
Siap toleh belakang bagai konon nak cover dari orang nampak la.







Ko tau tak, masa aku snap ni kan, depan gamba ni ada ramai orang tau tengah tunggu giliran.
Aku terperanjat tiba-tiba laki aku mengangkang macam ni.
Terpaksa aku ambik gamba dari jauh, main zoom je ni.
Malu ai tau.


 
Ko just imagine orang semua ramai tetiba laki kau ngan anak-beranak meniarap beria-ia nak bagi nampak yang dorang tengah rock climbing.
Apekah perasaan kau?
Rock climbing pakai selipar.


Bagus angel ni.
Pakai tudung awning lagik.












 Mula-mula aku sorang je bergamba perah susu ni.
Air susu tu masuk dalam baldi (lukisan).
Tetiba Redza masuk "Ma, nanti, Ma! Ija nak baring"
Rupanya dia nak menganga bawah pantat lembu ni.
Ya ampunnn anak aku. 
Sama over-acting cam bapaknya jugak.

Err...tapi kan, yang aku pegang tu bukan testis lembu ke?
Wahkahakhkahkahkahka.



Lepas Trick Art, Redza nak masuk snow house la pulak.
Sebab takde apa pun nak buat hari tu, so kitorang layankan aje.
En Wan kata apa kata kita test Rayyan ok ke tak kalau main snow sebab kalau ikut plannya, En Wan nak ajak pi main ski kat Korea or Tokyo. Dia cakap kalau Rayyan ok kat dalam snow house ni, so ada harapan mak bawak ke sana. Kalau tak, kem salam.

Jawapannya JANGAN HARAP!

Memang dia takleh punya.
Nak suruh pakai boot and jacket pun sampai terkangkang-kangkang aku sorang-sorang. Ni cara-cara kat snow house je. Blom kat actual event lagi.
Rayyan ni tak biasa dipakaikan baju berlengan.
Nak suruh pakai baju lengan pendek pun macam nak pergi berperang, inikan nak suruh pakai long sleeve siap berjaket berhood berboot bagai. Memang tak la.
Aku dah macam singa lapar dah semalam.
Dah takde cover-cover dah suara aku.
Nak pakaikan dia boot je ketiak aku dah berlecak.
Belum lagi time nak sarungkan jacket, orang kiri kanan dah pandang-pandang dah.
Tapi bak kata En Wan maybe sebab dia tak selesa dengan boot yang keras, pastu jaket tu besar bukan size dia.


 
 Aku rasa snow house kat ICT ni lagi besar dari Genting.
Tapi biasa la kan, snow buatan manusia, mana leh celen buatan Tuhan.
Macam iceflake pun ada gak aku tengok.
Tak kisah la, janji dapatlah rasa sejuk-sejuk beku tu.


 
 Aku memang payah sikit la ko nak ajak join main ski ski segala ni.
Belum datang minat terhadap ski and snow.
Kasik chan la Redza and En Wan enjoy.


 
 ...biorlah aku mengendong je Rayyan ni kehulu-hilir.
Yang best tu agaknya Rayyan kesejukkan kat dalam ni sebab memang takde plan pun nak masuk sini so anak aku tu bershort je. Gamaknya sebab sejuk sangat, kepala dia pun dah tak berapa nak ok. Ada satu-satu masa nanti dia panggil aku BIK.

Rilek je "Bik! Bik! Bik!"

Takpelah nak, mak ampunkan. 



 

 Redza macam so excited.
Mintak mahap la ye nak. Selagi adik kau tak reti pakai lengan panjang, ko main je la kat snow house.










Balik ke rumah, En Wan beria-ia keluarkan brochure and flyers yang dia ambik masa kat Matta fair Sabtu lepas. Beria ni nak jek aku supaya pi holiday.

"Jom la Di...jom la. Boring la Di. Takpe, kalau taknak pi Tokyo, kita pi Korea. Kalau taknak, kita pi Beijing pun takpe. Abang nak bawak Redza and Rayyan pi rasa musim sejuk...jom la Di..."

Aku wat dek je sambil makan nasik. Siap tambah 2 pinggan. saje nak drag-kan masa, biar dia boring pujuk aku.
Lepas solat, aku tengok dia tido.
Tido sambil tutup muka ngan bantal yang aku tak tahan tu. Gila teruk punya merajuk dia ni.
Alahaiiiiiiiiiii kang mati pulak laki aku ni tertekup ngan bantal sendiri. Satu hal pulak aku kena soal jawab ngan polis.

Aku kejutkan dia "Oklah..ok laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"
Tapi the "laaaa..." tu panjang la sikit harakat dia aku bagi.

Aku bukan taknak pegiiii.
Tapi aku takut naik katerbanggggggggggg.
Lagipun tahun ni dah pi umrah. Oversea la jugak tu kan.



Aku harap aku tak kejang 7 jam kat atas tu.







Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
posted by aveo757 @ 12:02 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER