Actually sehari sebelum nenek meninggal, adelah harijadi Mak Aji.
Ibal kata dia dah beli perfume tapi perfume dia sampai the next day. Aku pulak hari tu ada keje kat KL, pastu dari KL masuk opis jap and then rush ke UPM pulak. Jadi, aku tak berani nak janji apa-apa. Plan asalnya, malam tu baru nak ke Bangi dengan En Wan semua. Dah si Ibal ni punya hadiah pulak lambat sampai, maka semua buat adhoc plan. Kalau boleh taknak la sampai ke malam baru celebrate. Kang nak tunggu En Wan balik keje, mau sampai Bangi kul 9 malam. Mak bapak aku pun dah nak tido agaknya. Nasib baik hari tu semua customer aku tak delay.
Semua memang ada je kat bilik masing-masing. Jadi, dapat la aku melepak kat Bangi kejap.
Aku arahkan Ibal pi tapau Nasi Mandy kat Arab House (ntah betul ntah tak nama ni), kat Seksyen 7 Bangi. Aku tak pernah try lagi Arab House ni, tapi Ibal penah bawak Mak Aji and Pak Aji makan sana. Memandangkan Ibal kata better beli nasi mandy je (plan asalnya aku nak bawak pi Little White Cafe) sebab dorang semua suka, lagipun Ima akan ada sikit masalah nak mengangkut tentera-tentera dia pi makan, jadi tapau je la sudah.
Sedap.
Ibal beli 5 kotak kecik.
Tapi 1 kotak kecik tu boleh makan 2 orang.
So kalau rasa perut korang comel, takyah ngengada nak beli kotak besar. Tak salah aku yang kotak besar tu harga dalam RM24.
Gambar di atas adelah pinggan aku.
Nasi tu dah dibagi dua.
So boleh imagine how banyak is nasik kotak kecik.
Tapi the kambing gila mahveles laaaaaaaaaaaaaa.
Ni aku snap kambing dari pinggan Ibal.
Aku tak tau pulak dia ada offer kambing bakar macam ni.
Aku dok imagine kambing gulai ke apa so aku takde la order.
Sekali kambing bako. Maka terpaksa la aku mengecak.
Menyesal Ibal makan sebelah aku.
Aku tukang beli kek.
Balik dari KL tu before masuk opis, aku singgah SR kat Giant.
Boleh la pulak kek takde!!!
Whole kek yang ada cuma banana choc, choc indulgence and cheese choc.
Nampak nau kek tak sedap sebab tu je yang tinggal. Tu pun entah-entah minggu lepas punya kek. Nagahaha.
Lagipun, kan ke aku tukang beli kek. Haruslah ikut selera aku. Aku mana makan kek cekelat.
Kek lain semua dah tiga 5-6 kerat je. Tak dapat whole.
Lalu aku pun beli laaaaaaa.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TADAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!
Ada sesape penah buat camni tak?
Kalau tak penah, jangan malu-malu nak buat camni.
Dah tu, kek semua dah habis.
Aku beli la 4 slice red velvet ni suruh dia cantumkan. Janji boleh tulis atas kek.
Siap dapat kotak besar lagi.
Ima biasa la kan, asal orang beli kek je dia yang excited gila.
Aku sampai-sampai je "Kau beli kek apa? Nak tengok. Nak tengok"
Aku jawab "Aku kalau beli penah ke yang tak special?"
Sekali bukak kotak.
Hah, kau.
Senyap.
Ok ape macam ni.
Aku beli besar-besar pun bukan habis.
Memenuhkan esbok je.
Sebijik ke, sekerat ke, namanya tetap kek. *ayat menyedapkan hati sendiri*
Sian Mak Aji, tahun ni potong kek sekerat.
Takpe, wedding anniversary nanti aku tempahkan kek sebiji sekerat lagi untuk replacekan sekerat yang hilang ni.
Actually kan, aku tak pernah really merasa red velvet kek.
Aku pernah tempah red velvet cuppies untuk besday Redza last year tapi aku makan secubit je.
Masa besday Mak Aji last week, aku dapat rasa one slice.
Rupanya memang sedap red velvet ni kan.
Patut la kemaruk orang beli.
Gila ketinggalan ketapi sungguh aku ni. Orang lain dah sibuk gossip pasal kek lain, aku baru nak start rasa red velvet. Asik makan asap je keje aku ni.
Nak bagi perfume, alahai balik-balik perfume.
Nak bagi alat mekap, Mak Aji dah tak pakai mekap dah.
Nak bagi henbeg, aku rasa henbeg yang aku beli 2 tahun lepas pun belum sampai 12 jam dia guna.
Mak Aji ni jenis suka simpan.
Jenis sayang nak guna. Apa-apa sikit simpan.
Rasanya ciri-ciri sayang barang suka simpan ni tak jatuh kat aku.
Ima pun tak.
Ibal ada kot. Suka simpan sampah.
So aku beli rice cooker je.
Macam-macam punat pulak aku tengok ada kat periuk ni sampai aku pun tak reti nak tekan mana satu. Tekanlah kot mana pun, janji nasik masak.
Ok, sementara aku ingat ni, nak bagitau yang Ima dah balik JB semula.
So kalau sesape nak order macaroni, Mak Aji akan ambik alih.
Yang duduk JB boleh order je la kat Ima.
Tapi rasanya hujung bulan ni Ima balik semula ke Bangi kot. Dia balik Johor pun sebab Jemahat ni dia anak-beranak nak ke KK. Tiket dah beli lama dah. Pergi je lah.
Hari Khamis lepas, aku gi kubur arwah nenek.
Ingatkan before nak ke kubur tu nak singgah rumah Andak aku dulu sebab aunty-aunty aku yang from Singapore masih ada lagi, boleh jumpa-jumpa and tengok apa-apa yang patut for tahlil malam tu. Sekali dorang takde kat rumah. Rupanya Andak aku gi bawak aunty-aunty aku ni gi Sogo beli baju. Punyalah kalut and otak jem bila dapat tau nenek meninggal, aunty-aunty aku main sumbat je beg dengan baju. Sampai 2 beg sorang ni. Rupanya kan dorang sumbatkan spender ngan bra je. Patut la masa kat kubur aunty aku cakap "Aku bawak sampai 2 beg. Aku tak tau la apa baju aku bawak. Aku main sumbat je"
Baju lah sangattttttttttt.
Baju dalam.
Pun baju jugak.
Memandangkan dorang semua takde, so aku ngan En Wan benti makan jap kat Kampung Thai, depan Ampang Puteri.
Sederet dengan Kampung Thai ni ada Ayam Penyet Restoran.
Tapi dari Ayam Ria.
Tak salah aku Ayam Penyet Ayam Ria (again, aku tak tau betul ke tak aku sebut ni), takde certified Halal kan? Ke rumours je?
Tapi sebab was-was la makanya kitorang masuk Kampung Thai ni.
Tembikai and sirap limau ais.
Tomyam Campur
Pedas tapi sedap.
Boneless fried chicken with kerabu mangga
Ni macam versi lemongrass chicken Black Canyon cumanya yang ni lebih crispy.
Tapi aku tetap suka Black Canyon punya.
Dua tu je la menu kitorang pun sebab macam kureng sikit makan Thai food tengahari-tengahari buta.
Tekak kitorang ni kalau layan Thai food, malam-malam je. Bila makan siang cam tak berapa nak feel sangat. Tapi tetap licin.
Lagipunnnnnnnnnn....kalau mengangkut panglima ni, mana la boleh aku nak makan dengan bertenang-tenang feeling suapan demi suapan kan. Aku dapat makan 5 suap nasik pun dah syukur rahmat. Dia ni memang cukup suka kalau bawak pi restoran sebab macam banyak benda yang dia boleh bereksperimentasi. Hari tu, sampai 2 kali la aku mintak sudu ganti ngan waiter. Habis semua sudu bergelimpangan kat lantai dia kejekan. Aku mendidih-didih je tengokkan kelaku dia. Aku bajet kalau sudu ketiga ni jatuh jugak, memang dengan dia-dia sekali aku gelimpangkan kat lantai. Aku rasa pasni aku kena park satu set sudu garfu senduk sudip dalam henbeg. Kalau ada space, aku nak masukkan hanger sekali. Senang aku nak melibas.
Ini lah puncanya kenapa sampai skarang aku tak pernah berangan pun nak bawak dia travel naik flight. Aku takut nanti aku jadi rakyat Malaysia pertama kena halau keluar dari kapalterbang. En Wan banyak kali sentap dengan aku sebab aku asik reject je plan dia nak pi holiday. Dulu, aku takut naik flight. Now, tambah satu lagi. Aku takut kena halau keluar. Panglima ni bukan makan saman sangat. Selalunya kalau dia memekak-memekak dalam bilik aku, aku akan tunjuk kat pintu "Out!".
Now, kalau aku tengah drive taknak bukak Upin Ipin, dia pulak sound aku "Aht!" (out).
Cewahhh.
Aku tak belikan susu kau baru tau.
Ni Matta Fair start Jumaat ni kan, En Wan dah sibuk dah kira kos segala tok nenek.
Aku tengok dia dah siapkan list bajet nak pi antara Vietnam, Korea or Tokyo.
Aku wat dekkkkkkkkkkkkk je.
Vietnam yang dekat pun aku berkira-kira nak pegi, inikan nak ke Tokyo Korea bagai.
Tetiba aku rasa takut je nak hari Jumaat. Aku macam terasa-rasa aku terpaksa tak masuk opis sebab kena ikut dia pi Matta Fair.
En Wan memang la tak rasa susah sebab Rayyan taknak kat dia.
Rayyan ni celik mata je carik aku. Nak basuh berak pun tunggu aku. Nak tido kalau bukan aku yang korek pantat dia tak sah. Ni kang, kalau dia bersilat atas flight, akuuuuuuuuuuuuuuuu jugak.
Redza dulu kemain diam je atas flight.
Kalau aku jegilkan bijik mata, konfem senyap.
Si Rayyan ni toksah la kau nak jegil-jegilkan bijik mata.
Kau korek bijik mata kau keluar letak atas meja pun dia wat bodo je.
Asal aku sound nanti dia tunjuk pistol (guna jari). Kejap-kejap tunjuk pistol.
Seb baik pakai jari.
Kalau pistol betul, agaknya aku ni dah patblas kali mati.
Ko tengok la anak aku punya selebet.
Anak orang lain kalau berjalan baju siap tuck in, berstokin berkasut bertopi bagai.
Anak aku ni selipar jepun jugak dia sapu.
Oh yes, ni aktiviti lepas makan, before gi kubur, lalu depan satu butik ni.
Terbekenan pulak dengan satu baju kat patung.
Rembat la selai. Reward untuk diri sendrii katanya.
Skinny Jeans : Click here and fill up the form
Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form