2013-08-19

Open House 2013 *tajuk bajet sangat. Tun M pun tak declare Open House 2013 okeh*


Today trip ke Penang kensel.

Pertamanya, sebab partner aku dah tolong submitkan sebutharga.
Settle masalah pertama.

Kedua, esok mesti ada di UPM.

Ketiga, aku penat sebab semalam buat open house.

Padahal bukan aku yang masak pun.
Sebahagian besar aku tempah and beli.
Tapi preparation dah mula sejak Jumaat.
Pi sana sini beli itu ini. Letih.



Pagi semalam, dah busy menyusun meja dalam khemah semua.
Aku settlekan bahagian dalam rumah.
Tapi aku punya part kejap je sebab apa sangat pun nak buat selain dari mengemas and keluarkan pinggang mangkuk. Ada la jugak tolong mak sikit-sikit. Mak buat roti jala and kuah kari. So aku cuma tolong apa eh..tolong rasa kot.
Pastu tolong kukus ketupat palas, siapkan candy, bla bla bla.

Selebihnya aku mengangkang atas kerusi.


 

Alhamdulillah, cuaca elok sangat.
Tak hujan.

Tapi gabra sikit sebab majlis start pukul 12noon, 11.45am makanan aku semua tak sampai lagi.
Dah la aku pakai baju kurung. Campur menggelabah sekali, pakej lengkap untuk buatkan badan aku berlendir.

Seperti yang dijangka, meja buffet tak muat nak letak semua makanan-makanan aku.
Dah berkali-kali buat majlis, meja buffet mesti jadi masalah.
Rasa macam dah cukup besar dah ni.
Bila dah susun makanan asik la tak muat.
Aku kan suka beli benda-benda merepek. Semua benda aku nak beli kalau masuk kedai. Jadinya meja selalu tak muat.



Plannya taknak pasang khemah.
Aku cakap takyah la khemah, bior je la dorang lepak kat porch atau dalam rumah.
Bersila pun bersila la. Apa salahnya.
Tapi En Wan kata this year dia jemput member Hitachi ramai.
Macam tahun sudah-sudah dalam 3-4 orang je.
Tahun ni dia kata jemput cc kat email, so dia tak tau nak bajet berapa yang akan datang.

Tahun ni pun aku memberanikan diri jemput reader.
Kalau nak ikutkan aku tak berani sebab aku takut nanti bila aku tak cam orang, nanti ada yang kecik ati. Tapi pikir-pikir balik, bila la kalanya aku nak kenal reader-reader aku kalau tak majlis-majlis macam ni kan. So tahun ni aku jemput reader. Mungkin ada di antara reader ni yang ada blog, minta maaf kalau aku tak tau. Aku sebenarnya tak tau nak jemput reader mana satu sebab ramai aku cam selalu 'bersembang' ngan aku kat FB tapi sebab aku sedar diri rumah aku bukannya banglo lapan tingkat, insyallah ada rezeki buat birthday Redza esok, aku jemput yang lain pulak.

Minta maaf tak dapat nak jemput ramai.
Tu pun semalam ramai yang bersila berjemaah. Malu ai.
Terpaksa komplen kat En Wan sofa rumah ni tak cukup. Eh.



Mak busy siapkan roti jala.
Siap beli tempat buat roti jala tu dari Tganu.
Punyala tak caya ngan barang-barang Kolumpo. Kari gulai semua dia beli kat Tganu.

Terima kasih banyak-banyak especially readers.
Aku jemput 40 orang, yang datang 36 orang.
Semua datang dengan couple masing-masing, ada yang bawak anak, adik, mak and ahli keluarga lain.
Thank you so much! Aku memang happy sangat bila korang datang. Walaupun aku blur sebab aku jemput tapi aku tak kenal, harap tak kecik ati. Anggap je la aku blur.
Memang itu la tujuan aku jemput, sebab aku nak kenal dengan korang.
Bila dah pernah jumpa, baru best sikit nak berkawan and bersembang.
Menjadikan event semalam, 100+ hanya dari jemputan di kalangan reader. En Wan kata "Awak ni buat fanclub gathering ke hape??" 

Ada sorang tu bawak mak dia sekali. Makcik tu siap peluk-peluk aku dapat jumpa first time (tima kasik makcik). Ya ampunnn, rupanya makcik tu baca blog aku. Rasa nak delete je semua entry yang kurang sopan. Tapi kalau aku delete, ada ke entry aku yang sopan? Wakakaka.


Antara props yang sempat buat.


Alhamdulillah budak ni sangat tak buat perangai.
Sangat berguna tablet tu.
Dia pandai bawak diri sampai aku pun tak tau mana dia pegi. 
Kejap kang ada sebelah aku, kejap kang hilang. 
Tau-tau aku nampak dia dah terbongkang depan tv.

Si Redza lagi la.
Aku lansung tak nampak-nampak dia.
Dah pukul 5.30pm baru aku nampak kelibat Redza.


 
Dia ni senang je kalau nak bagi tak kacau keje kita.
Ko bagi la benda macam ni like kotak, plastik, guni. 
Konfem dia bahagia.
Kau pun akan tenteram buat keje.



Mee rebus yang jadi rebutan
Seriesly aku tak sangka mee rebus ni akan laku.
Disebabkan mee rebus ni la maka aku berlendir kat dapur.
Just imagine, majlis start 12noon - 5pm.
Pukul 2.30pm, mee dah nak habis.

Berkuntau kejap aku kat dapur.
Aku arahkan Ibal lari jap pi Giant beli 6-10 bungkus mee kuning.
Seb baik Sabtu aku pi pasar, aku keluarkan tauhu, potong-potong, and mintak bibik Lenny gorengkan. Keluarkan telo, rebus.

Sedap tak sedapnya mee rebus ni, sampaikan ada jemputan yang tanya kat bibik ada lagi tak mee ni kat dapur. Gitu okehhhhh.
Sanggup dorang tunggu bila aku bagitau mee is on the way.
Memang mee rebus ni world class punya sedap la.
Aku sayang gila ngan Pakcik Asri. Walaupun makanan sampai lambat, makanan dia memang tak pernah mengecewakan.
Konfem, kawen Redza esok pun aku book Pakcik Asri!


 

Kali ni no nasik minyok or nasik dagang.
Kali ni nasik tomato.

Nasik tomato also membuatkan aku gelabah.
Pukul 2pm, tray pertama ayam goreng dah licin.
Ayam goreng berempah ni datang 2 tray. Satu tray aku simpan kat dapur dulu.
Bila dbawak keluar tray kedua, aku dah keluarkan ayam kat freezer. Thaw-kan dulu. Aku mintak bibik tumbuk bawang putih, halia untuk jadikan bahan nak marinate ayam.
Put aside.
Contingency plan.



Walaupun semalam diselubungi dengan kegelabahan, tapi aku bersyukur sangat ramai yang datang.
Sampai kawan aku cakap "Kau buat majlis bertunang Redza ke apa ni?"
Aku pun tak sangka ramai yang datang. Terasa diri macam Anuar Zain kejap.

Alhamdulillah, thank you so much. Thank you so much!

Tapi aku segan sebab tak dapat nak melayan sembang lama-lama dengan semua tetamu especially readers. Harap korang tak serik untuk datang lagi kalau aku jemput next time ya. Nasib baik semua pandai bawak diri. Aku tak kisah yang nak melepak dalam rumah aku lama mana pun, lepaklah. Sukati korang. Janji korang selesa.


Coklat campur-campur
Ni yang paling awal licin walaupun top-up 2 kali.
Ujung-ujung dah pukul 4pm baru aku keluarkan Truffle Kon pulak.


Mula-mula kitorang nak beli puding mangga with nata de coco.
Dah nak sampai kaunter pastu En Wan kata "Tukar beli sumi la. Ni kang bukan anak yang makan tapi mak bapak yang makan lebih".
Keji gila kan.
Ajak orang datang open house pastu tak kasik makan puding. Haha.



Ketupat palas order dari Tganu.
Makan dengan serunding daging.


Creampuffs, pavlova and fruit tarts.
Paling senang nak buat ni.
Jimat masa.
Tekan-tekan kat keybod je.


Trifle Kak Ngah buat.
Kak Ngah buatkan 2 tray. 1 tray aku simpan untuk aku sorang makan.

Macaroni bakar with cheese Ima buat.
Mula-mula aku pesan buat 2 tray pastu tetiba aku tukar jadi 1 tray je sebab aku rasa macaroni bakar ni tak sedap kalau makan dah sejuk. Makan masa panas baru best, menjejeh-jejeh cheese dia.
Alih-alih, ini licin.
Anak jiran aku siap tanya "Aunty, yang ni ada lagi tak?"
Kesian pulak tengok tetamu tak puas makan.
Kalau ada rasa nak order, gi order kat Ima ya (ermawathy.ishak@gmail.com) sementara dia ada kat Bangi sampai hujung bulan ni.


Yang ni aku tak tau mana datang.
Tetiba je aku tengok dah ada atas meja buffet.
Rupanya En Wan pi lari kejap beli.
Laki aku ni tak puas hati kalau takde kuih melayu time open house dia.


Roti jala and kari daging mak mertua buat.


Shahizan a.k.a Bulat.

Tetamu paling awal.
Kebanyakkan majlis aku, dia mesti orang yang membuka tirai majlis.
He's like family oready.
Bangsa yang kalau datang rumah Mak Aji bagi salam pastu terussssssssssssssssssssssssssss masuk sampai ke dapur. 
Belum berpunya, ada syarikat pest control sendiri. 
Sesiapa berkenan, dipersilakan letak hantaran tinggi. 
Takpe, dia mampu. Hahaha.


Masa ni orang lom sampai lagi jadi masih mampu duduk sembang siap bergamba bagai.
Dah la lupa besday aku. *tetiba*


Kawan-kawan skolah.
Eddie and Azrul.
 Apesal muka si Azrul ni aku nampak macam ada iras-iras si tungau? Uishh, ngeri aku.

Mak aku tanya "Sape Diana yang lelaki duduk ramai-ramai kat depan (hall) tadi?"

En Wan "Kawan-kawan Diana tu, Mok. Diana kawan-kawan dia semua laki"


 
 Hanim, kawan sekolah.
Last jumpa tahun 1995.
Sila kira berapa tahun aku tak jumpa dia.
Seriesly bergenang airmata aku masa peluk dia. 
Mengimbau kenangan sama-sama buat spot check and sama-sama kena denda ngan cikgu Md Nor sebab kes calit kiwi kasut kat muka time program Pengawas.

 
 Member UNIMAS - Rozie and ex-boifren aku yang kini menjadi suaminya. Lalalala..



UNIMAS  :

Zuki (baju merah) yang tak pernah berjumpa sejak grad. Masa En Wan panggil aku kat dapur "Di, Zuki datang". Aku berlari jerit nama dia. Lupa kejap ada laki. Haha.
Dia salah sorang yang melarikan aku dengan moto masa si tungau meroyan.
Best naik moto dengan dia sebab dia sangat cool.
Dan dia juga sangat terer cakap omputih yang menyebabkan selalu jadi bahan untuk buat skrip or translate English literature. Aku rasa dia la cikgu paling cool kat Sekolah Sains Tuanku Jaafar now.

Zie (tudung biru). Aku tau dia ada je kat TPM tapi everytime aku pi sana aku tak berpeluang jumpa dia.

Aishah (tudung purple). Ni memang selalu je jumpa sebab duduk kat PH gak. Anak dia pun sebaya Redza.


Masa ni dah off-peak.
Rasanya dah kul 4pm kot tapi masih ada yang baru sampai.



Geng-geng Hitachi En Wan.
Tahun ni En Wan tak jemput geng-geng budak Jepun.
Dia kata nak sembang ngan ofismate je this year.


Reader dah mula sampai.


With reader, Wanny. Datang dengan husband. 
Kategori newly wed.
Reader aku semua putih-putih.
Aku je yang pfttt.


With reader, Intan Malik.
Dia ni garang.
Suara ni marahkan anak dia macam suara aku.
Memetir. Hahaha.
Cantik je aku tengok dia pakai baju kaler green apple.
Aku kalau pakai kaler ni sure lebam.


 

 

  With reader, Sue (kiri), and also blogger kalau tak salah. Sorry kalau silap.
With adik dia rasanya yang belah kanan tu.
(omigod, short term memory loss jugak aku ni. Baru semalam jumpa hari ni dah lupa. PANGGG sedas). Keluarga ni putih-putih ok, especially yang kanan tu melepak!

Geng-geng Hitachi En Wan.
Seriesly masa ni muka aku dah bersememeh.


Another reader dan juga blogger, Syana (tak sure of masih aktif or not) but rasanya dia dah lebih banyak bercerita tentang Imaan (hero dia ni) kat FB. Please sesape yang ada jual baby carrier, she's one of your potential customer. Ketagihan terhadap baby carrier. Tak tipu punya.

Everytime aku bumped into her FB status, mesti aku teringat balik zaman-zaman awal aku berblogging. Dia ni cukup rajin komen kat alomost every entry. And aku suka tengok gamba-gamba bento yang dia prepare masa dia kat Jepun. Bila tengok tu rasa macam nak buat bento gak. Tapi takpayah la kan, kau tu bukannya pandai masak pun. Ngagaga.


Reader, Gee.
Dia pun kalau tak salah aku ada blog juga.
Rasanya lama dah dia dok 'bersembang' ngan aku kat FB baru semalam jumpa depan-depan.
Muka Gee ni macam muka celebriti. Aku tak sure sape, artis kot.
Tapi macam penah nampak.

Yang baju ungu kat belakang tu, Mala.
Silakan tag akak ya Mala, semalam akak tak ambik gamba kita dengan phone akak. Phone ko je.



Reader ni, adelah tokei Sanggul de' Peterana.
Sape nak kawen, sila jumpa dia. Search la nama Peterana  tu kat FB, ada.
Ni pun gamba yang aku ambik dari gamba yang dia tag aku.
Masa ni aku tak sure dah mana pegi henfon aku.

Huh, sebelum aku terlupa, aku nak tanya siapa dia lelaki yang pakai baju melayu kuning semalam?
Actually aku tak perasan lansung, tapi malam semalam En Wan ada tanya aku siapa mamat pakai baju melayu warna kuning datang siang tu. Aku lansung tak tau. Tapi En Wan sembang la dengan dia, mamat tu kata dia kawan kat FB, suka kacau-kacau aku kat FB. Aku tau ni mesti dikalangan yang aku jemput tapi aku sendiri tak jumpa semalam. Sorry sangat-sangat. 

Those yang datang and ambik gamba dengan aku, kalau boleh, tag gamba ya? Sebab ada yang tak pakai henfon aku.

Yang tak tahan tu semalam sempat la selesai satu carton Ephyra.
Yang datang beraya siap beli Ephyra lagi.
Pastu takde duit kecik nak pulangkan terpaksa bukak sampul raya orang bagi kat Redza nak pulangkan belen. Hehe.



Aunty-aunty aku.
Semalam Mak Aji tak sihat, tak dapat datang.
Seb baik aunty-aunty aku ni datang memeriahkan majlis.
Tapi aku tau, kalau majlis aku hanya aunty-aunty aku ni je yang datang, majlis tetap meriah. Konfem.
Bergegar rumah aku dorang gelak.


Sian mak aku keletihan sebab sedara-mara En Wan boleh tahan ramai yang datang.


Aku tak tau la nape adik En Wan (Maria) ni kalau datang suka nau lepak kat luar.
Aku rasa semalam macam berbahang panas, semua orang nak masuk dalam rumah. Tapi dia anak-beranak elok je berkelah kat luar.



En Wan telah membuat surprise semalam bila dia bawak masuk kek and bunga dalam rumah.
Ohemjiiiiiiiiiiiiii, aku malu gila okehhhh.
Sebab tak pernah-pernah dia buat surprise depan manusia yang ramai.
Masa tu reader and member kebanyakkan tengah melepak kat dalam.
Tak tau la muka aku merah ke lebam ke.
Tapi blusing sesangat. Auwww.

Kek senget sebab tukang ambik kek (Ibal) merempit.

Sebak la jugak kejap (kejap je) bila bukak kotak kek rupanya dia belikan balik kek yang aku tak sempat makan kat Tganu tu hari - Stoberi Delight.
Kepada yang dok tanya "Kak Di, cepatla buat entry besday".."En Wan bagi apa?"..
Ini lah jawapannya.

En Wan sebenarnya tak bagi apa pun masa besday aku.
Bukan benda yang pelik pun sebab laki aku memang jenis tak suka hadiahkan barang sangat. Dia lagi suka spend kat benda yang sama-sama boleh guna like barang rumah, or pi travel sama-sama.
Cuma selalunya dia bawak pi dinner.
Tapi tahun ni besday aku dia betul-betul buat dek.
Aku pun malas la nak sentap-menyentap. Sebab aku pun busy last week.
Cuma aku ada pesan kat dia nak kek one slice.
Dia asik la kata "Nanti la...nanti la..."
Rupanya dia dah buat plan nak mem-blusing-kan aku.
On our open house day!
Depan ramai tetamu!
Dem.


Tapi kan...sampai ke sudah aku tak dapat makan.
Tau-tau licin.
Hahaha.
Takpe, malam kang pi beli satu slice cukup.


Snow White memotong kek
*tang mana la yang white-nya kau ni*


Snow White dan Si Tua bergambar bersama.


White rose and Ferrero


Panglima Mirza.


Woi, mentang-mentang bapak dia takde, sape la yang pedajal anak sedara aku niiii.
Sian Ima, sebahagian besar waktu dia ada kat dalam bilik semalam.
Dia quarantine anak dia sebab anak dia berkuntau.


Lagi kesian aku tengok si Jane ni.
Ibal kata ni nenek dia (Mak Aji) punya keje.
Habis dikeratnya rambut anak sedara aku. Cis.
Senang nak urus katanya.




With the cousins belah Mak Aji


Yang belakang, taken.
Yang depan, available.


Yang kanan available.
Yang kiri very very very unavailable *wahh, bajet hot*

Baju lebih kurang sama kan?
Oh yes, ni la baju yang aku beli kat Batik Hungga KT tu.


Percubaan untuk menampakkan diri seperti anak dara.
Aku tak pendek sangat ya, budak-budak gila pakai kasut tinggi nak mampus pastu keras tebal baling anjing pitam.
Kasut yang aku pakai tu jugak yang paling best.
Ntah sape-sape punya selipar, main sauk je.


Thank you banyak-banyak pada semua yang hadir, frens and relatives.
Maaf kalau ada yang terkurang, makanan and layanan.
Jangan serik datang lagi kalau aku jemput ya.

Oh yes, promo Ephyra yang 2 and 3 kotak masih available. Jangan risau.
Aku blom close promo lagi.







Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form