2013-08-15

Raya Bangi


Raya kedua balik ke PH.
Best sebab cuaca sejuk je, cloudy sepanjang perjalanan, paling penting tak jem.
Tapi meriba si-16 kilo kat depan.

Plannya tak ke Bangi dulu tapi lepak kat rumah, settle-kan apa-apa yang patut. Nak check if rumah aku berkerak ke tak sebab tinggalkan dah seminggu. Alhamdulillah semua ok.
Malam tu kitorang pekena roti nan with cheese. Heaven gila dapat makan roti nan siap ngan tandoori.
Pastu tu layan tv jap then membuta.
Esok pagi masuk opis check fax and surat-surat.
Best betul perasaan hati tengok ada invitation untuk sebutharga kat UPSI. Elok je dia fax on hari yang aku gerak ke Tganu. Tapi dah terlepas. Tu kira gone. Takpe, takde rezeki. Biorkan je la. Yang penting pagi raya ketiga aku nak pekena sambal goreng and rendang paru Mak Aji.

Tengahari baru sampai Bangi sebab aku pi Sunway Piramid dulu ambik new simcard and terus beli henfon baru. Cerita dia cenggini...

Actually dari minggu kedua puasa lagi aku dah perasan tetiba semua contact aku hilang. Aku ingatkan Rayyan punya hal sebab dia je yang rajin menggodek henfon aku. Tapi sebab aku lagi banyak berurusan dengan customer thru email, jadi aku tak kisah sangat contact hilang. Lagipun kat database memang ada profil semua customer. Tak cuak sangat la.

Tang henfon manjang jem tu dah memang trademark blekbery.
Menjak aku guna Curve lagi dia dah buat hal.
Asik la jem. Pastu bateri manjang panas.
Bold 3 pun sama. Tapi Bold 3 tu terbunuh sebab jatuh dalam besen kat GZ tahun lepas.
Bold 4 ni sebenarnya dari minggu-minggu awal aku beli dia dah buat taik. Selalu jem pastu keypad dia cam sial sikit. Bila aku tekan "N" nanti dia akan keluar 2 kali. Bila aku tekan "."(titik), dia akan keluar huruf N. Boleh?
Pastu di hujung-hujung riwayatnya dia dah buang tebiat.
Semua huruf dia nak keluar dua kali.
Tu petanda nak mampus sangat la tu kan.
Tapi aku ni bangsa tak ambik port sangat, janji email aku takde problem.

Until malam 1 Syawal, tetiba henfon jadi panas, pastu jem.
Bila aku on-off, dia kata simcard error.
Lepas troubleshoot dengan maxis, sahih simcard aku bunuh diri.
Nasib baik dia buat hal time orang cuti raya. Kalau tengah-tengah peak time universiti purchase barang ke hape ke, camne. Dah la internet kat Tganu sangatttttttttttttttttt laju. Hanya blekberi je la harapan aku nak baca email.

Mujur gak esoknya dah nak balik.
So pagi raya ketiga tu, aku ngan En Wan meredah Sunway Piramid replace simcard.
Pastu aku cakap aku nak angkat new phone. Aku rasa BB aku ni anytime je akan mati. Sebelum dia buat aku mati ketensionan, baik aku beli henfon baru siap-siap.

Kat Maxis Centre aku dah pegang-pegang Q10.
Picit lebih kurang, test la konon.
Sales tu pun dah beria explain bagai.
Kalau nak ikutkan keselesaan, aku lagi suka Q10 sebab ia adelah Blekberi.
Aku ni bukannya macam korang rajin explore macam-macam apps.
Aku cuma nakkan kemudahan call and email je.
Lain bukan aku kisah sangat. And blackberi sangat mantop email apps dia. Nak type pun senang. Sambil drive pun sap sap soi menaip.




Tapi sebab dah 3 bijik BB buat hal, so aku beranikan diri ambik S4.
Lagipun aku dah biasa dengan tablet, so takde masalah sangat la kot dengan S4 ni.
Cumanya aku terasa rugi beli S4 ni sebab aku bukan jenis yang kelebet apps.
Yang kat atas tu je la pun yang aku ada now.
Ada apa-apa yang best untuk aku download?

Memandangkan BB masih boleh guna, so aku plan nak ambik data plan supaya aku boleh reply email guna blekberi.
Apa yang boleh menembusi Tganu?

Maxis dah konfem tak lut kat Tganu.
Celcom ok ke?

Menjak dah pakai S4 ni nampaknya tablet aku dikuasai sepenuhnya oleh Rayyan.
Memandangkan iPAD pun dah jahanam, hari tu aku beli sekali ASUS untuk Redza, khas untuk main game je. So far ok la. Application dia sama macam Samsung, cuma takla beribu, RM450 je. Kalau jahanam pun takde la ralat sangat. Tapi kalau betul-betul jahanam aku tak beli dah.



Cecah je kat Bangi, aku terus salam Mak Aji and Pak Aji and straightttttttttttttt masuk dapur. Cedok rendang, cedok sambal goreng, cedok nasik impit. Duduk dendiam kat dapur jangan gerak-gerak. Anak melalak pun biorkan je.
Aku perlukan daya tumpuan yang maksimal untuk menikmati rendang and sambal goreng.
Walaupun kuah lodeh takde sebab Mak Aji dah malas nak buat kuah lodeh raya ketiga, tapi tetap aku balun beria-ia. Ada kuah ke takde kuah ke no hal. Rendang paru mak aji gila pedas! En Wan yang tahan pedas pun kata rendang tu pedas. Seb baik takde siri maraton ke jamban.

Lepas pekena rendang 2 round, tersandarrrr.
Sembang-sembang lebih kurang, pastu lepas Asar siap-siap pi beraya rumah makcik-makcik.
Harus di-settle-kan jalan beraya sementara masih kat Bangi sebab kalau aku dah balik PH jawabnya memang tak beraya la. Sebab En Wan bukannya larat nak berjalan raya weekdays. Weekend pulak nak memenuhi jemputan open house.



Rumah pertama pegi adelah rumah adik bongsu Pak Aji - Busu Embun.
Sekali harung tengok nenek (mak Pak Aji).
Pastu makcik aku pi buat laksa Johor lak tu. Gila best raya-raya dapat makan menu selain dari rendang and nasik impit. Tapi sebab bawak anak-anak yang tak reti duduk diam, maka daya tumpuan aku terganggu. Makan pun laju-laju sebab nak balik. Aku risau je lagi lama aku duduk situ kang mau berkecai akuarium makcik aku ni.



Laksa Johor yang kalau boleh mahu ditapau tapi apekan daya malu nak mintak.


Makcik aku ni banyak gila kuih raya kat rumah dia.
Untuk orang yang rumahnya takde kuih macam aku ni, adelah sedikit kegelabahan bila nampak banyak kuih raya atas meja. Aku tengok kuih kapit ni macam best. Marilah rasa sekeping.
Sekali memang best okeh.
Dalam tu ada cekelat.



Rumah kedua petang tu adelah rumah Ibu - orang yang jaga aku time kecik.
Ok, masuk rumah ibu dengan membawa bala tentera adelah amat merunsingkan batu jemala patik.
Biasa la kan rumah orang tua-tua yang dah takde anak kecik ni, memang bersepah perhiasan atas meja. Balang-balang kuih semua kaca-kaca.
Seriau je aku tengok.
Sambil makan sambil jeling Rayyan sambil jeling balang kuih. Tak tenteram jiwa aku.
Kang kalau nak balik cepat-cepat kecik ati pulak orang tua ni sesekali datang pastu nak balik cepat-cepat. Kalau lama-lama nanti aku risau je pulak atas meja tu tetiba tinggal alas meja je.

Nasib baik Rayyan agak behave sebab aku bawak tablet.
So bila pasangkan Upin Ipin dia senyap sikit.
In a way aku rasa tablet ni sangat membantu.


 
 Fuh, tapi ini panglima Johor memang bukak silat.
Habis atas meja orang semua dia naik.
Ima cakap "Diana, ko tau tak. Dulu kalau aku nampak budak-budak macam ni aku rasa nak tampar-tampar je. Sekali dapat kat anak aku"

Kan??


Ima dan panglima Johor - Mirza Muammar


Jannah a.k.a Jane
Kehulu hilir dengan anak patung dia.
Sampai naik berkepam aku tengok.
Bila tanya "Taknak mandikan ke patung ni?"
Dia jawab "Tak boleh. Nanti dia sejuk"
Baiklah.


Pesen baru bergamba.
Asal halakan kamera kat dia je, dia kangkang.


Seb baik rumah Ibu nak oiii.
Kalau rumah orang lain tobatlahum tahun depan tuan rumah taknak bukak pintu dah.


Dia ni kan, lepas bagi salam terus masuk rumah bontot tak cecah kat kerusi tapi tangan dah capai balang kuih.
Betul-betul buat macam rumah sendiri.



Kuih makmur!!

Bukan kuih makmur yang terbaik pernah aku rasa but at least aku jumpa kuih makmur sebab kebanyakkan rumah takde dah kuih ni.
Kuih makmur nenek aku jugak yang best. 
Ibu ni beruntung, tetiap tahun tak buat kuih raya pun tapi geng-geng umrah dia poskan kuih untuk dia.

Lepas rumah Ibu, gi rumah yang last untuk hari tu - rumah Busu Noi (adik bongsu Mak Aji).
Bagus dorang ni semua duduk dekat-dekat je, senang aku nak beraya.

Malam lepak rumah Mak Aji sampai habis bola. 
Aku tak tido sana sebab aku ingatkan Aiman (anak angkat Pak Aji) tido kat rumah so kalau aku tido sana mana cukup bilik. Ima dah tentu guna bilik aku. Aiman guna bilik Ima. Ibal of cos la bilik dia. Takkan aku anak beranak nak bergumpal dalam bilik Mak Aji lak kan. Lagipun aku lagi suka balik tido rumah aku. Senang, takyah tolong masak. Wakakaka.

Now rumah Mak Aji ada tambahan sorang lagi ahli.
Aiman, anak angkat Pak Aji akan duduk kat sana sebab wife dia (cousin aku) now bekerja kat Qatar.
Jadi cousin aku taknak husband dia lonely so meh la duduk dengan Pak Aji. 
Bagus gak, ramai sikit orang lelaki dalam rumah tu.



Ni gamba family Aiman datang beraya kat rumah Mak Aji.
Tahun ni aku and Ima balik rumah mak mertua, jadi so tahun ni Aiman and Dill balik beraya rumah Mak Aji. Dari hari Sabtu lagi dorang dah sampai. Nasib korang la. Mesti kena kerahan tenaga dek Mak Aji kan? Haa..tu pasalla kitorang balik rumah mak mertua. Muahahahaha.

Mak Aji ngan Pak Aji agak eksyen la tahun ni.
Anak-anak tak balik, no halll. Anak angkat ada balikkkkk.

Family Mak Aji memang dah sinonim dengan kawen campur especially dengan Chinese.
Aunty aku, cousin aku kat Singapore, memang ada yang kawen Chinese.
Ibal tu pun aku tak tau la apa status-nya.
Tahun lepas ada gak dia bawak balik amoi tu, tahun ni takde pulak. Tapi Mak Aji kata bulan puasa hari tu ada gak pi bukak puasa sama la apa la. Penat la aku tunggu budak ni kawen. Kang ada gak esok Redza yang kawen dulu.

Pandang gamba ni kan tetiba aku terbayang if only dua orang kat depan tu adelah aku and Leslie. Eh.


The cousins.

Tahun ni cousin from Singapore pun tak balik serentak.
Balik berperingkat-peringkat.
And semua balik raya day-trip je.
So aku tak dapat jumpa dorang.
Dapat tengok gambo je.
Tapi tima kasih la sebab tetap mengirimkan duit raya note Singapore. Hehe.




En Wan semangat pakai baju Barca siap tapi sokong Malaysia. Krisis identiti.
Pak Aji kan padahal demam tu tau.
Tapi time Malaysia gol suara dia paling kuat menjerit.
Mak Aji rilek je sound "Sihat dah bangggggg??"
Hahahaha.


 


 Gila gigih budak-budak ni.
Aku sibuk beraya, dorang dah sibuk melepak kat stadium.
Takpelah, budak-budak muda.
Yang tua-tua sila duduk atas kerusi malas depan tv je.
Nak bersorak beria-iya pun bukannya larat dah.








Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form