2013-08-21

Sape kata citer raya dah habis?


Citer raya aku lom habis lagi ni.
Asik la tak sempat nak blog.
Ni pun seb baik hari ni cirit. Lepak kat rumah. Kalau tak, mau raya haji esok baru aku sambung citer raya puasa tahun ni.

 
Tak sure apa yang menyebabkan aku keciritan hari ni.
dari pukul 345am sampai now kejap-kejap masuk toilet.
Masih boleh bertahan lagi ni, belum melecet lagi.
Agak-agak dah merekah kulit bontot kang baru aku telan pil chi kit teik aun.

Adekah cirit disebabkan oleh tomyam gila bahabs pedas di atas atau....



....American brownies ni.
Dua-dua aku makan semalam.
Satu time lunch, satu time minum petang.
Tak mungkin sebab dinner sebab semalma aku dinner ngan En Wan.
Kalau aku cirit, En Wan lagi teruk cirit dia.
Perut dia lagi sensitif sikit. Perut aku cap crocodile, jarang dapat sakit perut.
So aku syak samada makanan kat Black Canyon or kek cekelat tu.


Raya keempat (Ahad lepas), aku beraya ke Ampang pulak.
Nenek aku (mak Mak Aji) dah duduk sana dengan Andak aku.
So pagi tu kitorang ke sana. Best jugak beraya kat KL ni, lengang je. Sunyi sepi kawasan perumahan aku. Semua sibuk beraya kat kampung lagi. Aku je sefamili terpisat-pisat kat rumah. Ingatkan balik awal boleh la bersenang-lenang layan filem-filem raya kat rumah. Nan ado.
Dah makin tak kuasa nak melayan tv nampaknya aku ni.
Sindrom penuaan kot.


 
Pagi tu sebelum ke Ampang, singgah kat mamak dulu.
Best. Tak ramai orang. Tak hiruk-pikuk.
Takyah tunggu lama, kejap je order aku dah sampai.

Terasa bahagia dapat makan roti canai.
Sebulan kot tak merasa.
Rasanya itulah 'kuih raya' paling best.
Kena pulak ngan teh tarik. Pehhh.


 
 Bibik Lenny macam biasa, asal masuk mamak ni mesti pekena lontong.
Tak puas makan lontong pagi raya agaknya.

 
Nak meriba Rayyan takleh pakai baju yang senang renyuk.
Jadi, sambar je la jubah yang aku pakai time event Ephyra dulu.


Kat rumah Andak @Ampang.
Beria-ia aku bersembang siap pejam-pejam mata.
Ima anak-beranak bergerak dari Bangi.
Perhatikan meja makan Andak aku.
Meja tu Uncle aku buat sendiri.
Klasik gila sebab dia ikut potongan kayu, berkekuk-lekuk.


Tak cukup kat meja makan, beralih kat coffee table pulak. Dasarrr.
Eh kata raya kan.
Kang kalau tak makan tuan rumah kecik ati pulak.
Tak baik ye kecikkan hati tuan rumah.


 
 Masa aku kat sana, aunty aku from Singapore (kakak Mak Aji, 2 dari kiri) sampai.
Nenek aku ni dah tak sihat sangat.
Before puasa tu hari, dah admitted kat Ampang Putri.
Takde sakit apa pun cuma sebab dah tua kan, so banyak la organ and sistem badan yang dah slow.
Hari tu masa aku datang pun dia tengah tido, aku pun dia dah tak kenal. Sedih je.

Yang belah kiri Kak Ija, tudung hitam is Andak aku, yang besar sikit tu akak apa aku lupa tapi menantu aunty aku yang from Singapore tu and kanan sekali Kak Nabila.


 Kiri Uncle aku (tuan rumah), pastu abang Mak Aji from Singapore, pastu Abang George (husband Kak Ija) and tak salah aku husband aunty Singapore ni nama dia Michael. Both Chinese.

 Ni je la relatives dari Singapore yang aku dapat jumpa tahun ni.
Yang lain semua datang raya pertama and kedua. Memandangkan tahun ni raya Tganu, so tak dapat jumpa dorang.


 Pandai anak-anak aku bawak diri pi rumah orang.
Habis mainan semua dia punggah.
Andak aku ni pulak kemain baik hati pi park bakul mainan anak dia (yang masih disimpan walaupun anak bongsu dah umur 20 tahun) kat hall. Ni cucu-cucu semua jenis tak makan saman. Nampak bakul mainan semua otomatik kenyang taknak makan.
Bila aku ajak balik je jam tu jugak la dia kata dia blom makan. 
Tu yang kejap-kejap aku nak bagi makan tapak tangan je.


Tu je la pun rumah aku beraya hari raya keempat.
Lepas balik dari rumah Andak terus lepak kat rumah sampai ke malam. Tak pi mana-mana dah.
Ima datang beraya terus kat rumah aku.
Bagus Ima datang raya, siap tukar baju, siap rembat baju kaftan aku sekali.
Memandangkan tetamu spesel, maka kuih raya pun spesel la kan. Order je Domino.
Settle.
Lagipun rumah aku takde kuih raya.
Aku memang jarang beli kuih raya, aku suka hidang like mee-mee goreng, macaroni, spageti kalau orang datang. Janji kau call dulu la before datang. Kalau tak, aku goreng kepok lekor je.


Jane yang halus.
Dah nampak macam sebaya je dengan Rayyan.


Ok ni more pics masa open house hari tu.
Baru dapat from readers yang datang and cousins.

Ni aku bergamba dengan Sya.
Aku kenal Sya 'di alam maya' sejak awal aku tulis blog rasanya.
Baru la kelmarin jumpa.
And dia la yang design sampul raya aku tahun ni.
Dia jugak yang sponsor props untuk birthday Redza last year.
Masa bagi sampul raya kat baby dai baru aku teringat eh dia yang design sampul ni. Malu ai.


 
Ok yang ni adelah reader, Khadijah.
Customer macaroni.
Customer spageti.
Customer kukis.
Customer cardigan.
Customer Ephyra.
Eh semua dia sapu lah.
Aku tengah tunggu bila dia nak jadi customer company aku pulak....hehehe.


 
 Tetiba aku nampak gamba ni kat FB cousin aku. 
Eh ni macam anak reader aku je ni.
 Ok sape punya anak ni sila mengaku.


 
 Seb baik cousin aku snap gamba ni.
Terlalu busy sangat sampai lupa agenda asal nak bergamba dengan semua uncle and aunty.
Gamba raya dengan bapak aku pun takde tahun ni okeh.
Ada gamba ni, jadiklaaa.

Yang terpotong kepala tu tak tau sape.
Kiri Pak Aji, baju merah Uncle aku yang kat Ampang tu and baju kelabu Uncle aku kat Bangi. 

More pics....






Hari ni aku tukau balik ke BB.
Tapi S4 masih guna cuma aku hadkan penggunaan S4 ni untuk semua except email.
Sejak guna S4 aku rasa macam diri sangat tak produktif and serba lembab.
Aku sebenarnya lagi banyak guna email dari benda-benda lain kat henfon, sebab tu aku jadi senak bila aku tak dapat respond email-email penting dengan cepat. Nak pulak time driving, aku senang nak reply sms (ok yang ni jangan ikut, ia adelah merbahaya tapi sometimes aku takde pilihan melainkan reply jugak).

Guna S4 untuk menaip jadikan aku baran sebab semedang je typo. Huru-hara.
Jadi stress tak pasal-pasal hanya kerana aku tak dapat nak respond email.

Ephyra and Fleur Closet customer, sorry banyak-banyak kalau lately email aku kurang friendly.
Semuanya sebab aku malas nak tulis panjang-panjang sebab typo.
Jadi aku tulis sikit-sikit je.
Last-last aku yang unhappy.
Today, red button aku dah menyala menandakan aku takleh tolerate dah dengan typo, so aku gi Maxis, settlekan apa yang patut and now I'm back with BB *senyum lebar*

Tapi hanya untuk email and BBM.
Facebooking ke, whatsapp ke, wechat ke, aku akan stick tu S4 sebab yang ni tak urgent pun. Time lepak-lepak boleh la guna.

Saya suka! Saya suka!



Packaging baru Ephyra now - adelah seperti kotak mancis.
Tolak untuk buka.
Dah tak pakai hardcover. Lebih light.
Jadi kalau nak buang pun tak sayang.
Selama ni ada yang tanya aku apa aku buat dengan kotak-kotak Ephyra, ada yang sayang nak buang.
Kalau sayang nak buang silakan simpan.
Aku tak simpan sebab aku pun tak tau nak buat apa dengan kotak tu.
Tapi ada reader yang rajin hantar gamba dorang simpan barang-barang jahitan, simpan rempah ratus, etc. So terpulang masing-masing.

Now aku channelkan semua kepada website Fleur.
Jadi link yang aku provide dalam blog ni akan direct korang ke page Ephyra di website Fleur Closet.


 Link yang aku provide pada blog ni akan bawak korang masuk ke page ni.

 
 Pilih nak pakej mana satu.
Baru aku perasan Promo Ramdhan ni masih ada.
Takpe, boleh beli.
Promo tu masih ada, cuma nanti aku mintak budak IT aku tukar nama pakej ni.

 
 Bila dah pilih pakej, nanti akan keluar shopping cart kat tepi.
Check if semua ok, then click "checkout".

 
 Bila korang klik "checkout" akan tertera total amount yang korang kena bayar.
Ada TAX di situ.
Itu actually surcharge untuk pengguna Paypal sahaja.
Paypal kenakan charge untuk setiap transaksi, so the charge tu customer kena bear.
Takpe, just isikan details korang kat form tu.
Details sama macam yang aku mintak like nama, email, address.

 
 Lepas isi form tu, bahagian bawah ada option untuk korang pilih samada nak bayar guna Paypal or Manual Payment.

Kalau taknak ada surcharge, please klik guna manual payment.
Manual payment ni kekdah biasa la.
Dulu lepas korang isi form, akan ada email reply banking details aku kan.
So yang ni sama kekdahnya cumanya now dah takde email bagitau no akaun aku.
Semua dalam website ni dah.

 
Lepas klik "manual payment" tadi, akan keluar banking details aku.
Siap ada note kaler merah ingatkan korang yang just ignore TAX tadi.
Jadi, kalau tadi masa korang checkout dia bagi total amount to pay RM614, ignore saje.
Just bayar RM590.
Surcharge tu hanya applicable untuk Paypal.
Jangan risau.




Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form