2013-08-12

Backdated


Selamat Hari Raya All!

Gila ahhh, 10 hari aku biarkan blog tak berhapdet. Rasa cam berada dalam dunia tersendiri je.
Terasa cam tak bercampur ngan orang la pulak.

Actually aku bawak balik laptop tablet segala tok nenek semua aku angkut balik Tganu walaupun aku dah syak memang takkan dapat line punya kat sana. Memang selalunya cenggitu la. Buat memenuhkan kereta je. Dah la balik hari tu kereta sepenuh-penuh ada En Wan sumbat dengan segala macam besi penyangkut baju la, hanger la, tambahan stok baju la, sampai aku konfius ni nak balik raya ke nak balik berniaga. Sepanjang-panjang perjalanan aku sentap. Dan-dan nak beli kereta baru. Nak beli lori pikap terus. Senang. Biar anak-beranak mencangkung kat blakang ramai-ramai. Takyah pakai aircond pun ye. Sejuk je. Kannnnnnnnnnnnnnnnnn.

Memang betul pun laptop aku ni jadi pemberat kereta je.
Sampai ke sudah tak dapat nak buat keje.
Email pun asik sangkut-sangkut je tak lepas-lepas.
Let alone nak update blog. Memang takde la jawabnya.
Nasib baik FB tu dapat gak la aku update sikit-sikit, so nampak la aku masih bernyawa.
Sesape yang email aku tanya nape aku tak update blog, aku cadangkan follow je FB aku. Sebab yang ada dalam list FB aku je yang tau aku masih bernyawa untuk 10 hari lepas.

Ok, ni bukan nak cerita raya.
Ni nak cerita backdated punya. Sebab gamba aku dah snap tapi tak dapat update blog.

*Flash backkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk*




Ni adelah gamba-gamba menu berbuka pada hari-hari terakhir before balik Tganu.
Tetiba rindu bulan Ramadhan :(
Bulan Ramdhan rasa macam masa tu penuh dengan benda-benda berpekdah je.

Oh yes, tahun ni mahveles la.
Aku ganti puasa 2 hari je!!!
2 HARI JE!!!!  JE... JE... JE... JE...*siap echo bagai*

Patutnya 2 Ogos dah datang period tapi tak datang. Dia cuma terasa-rasa sengal je kat perut.
Hari last puasa tu aku berdoa janganlah datang period dulu. Kasik aku berbuka dulu la.
Elok je azan, terus minum seteguk and zassssssssssss pi toilet check spender.
Oh yes!!!! Tak period.
Maka tahun ni aku ganti 2 hari je la. Lalalaala....

Hari Jumaat kitorang gerak ke Tganu tu jalan memang tak sesak tapi takde la lengang sangat pun.
Masa stop solat kat RnR Maran kot, gila penuhhhhhhh orang.
Surau pun penuh, menunjukkan bahawa bukan aku sorang je gelupur nak balik kampung awal. Ramai lagi yang menggelupur sama.

Cuaca pun sejuk-sejuk je, hujan renyai-renyai. Tak panas. Alhamdulillah.
Aku pun takyah drive. Lagi laaaa alhamdulillah.
Tapi kena memangku si 16 kilo sepanjang 5-6 jam perjalanan.



Sampai Manir 5.30pm, letak bag, letak anak, terus kitorang dua orang pi round bazar Ramadhan Manir. Port pertama haruslah ayam golek.
Memang best pun ayam ni, kering je.
Aku suka yang kering, yang berlendir-lendir ni tak berapa berkenan sangat.
Disebabkan excited sangat tengok gila melambak kuih and makanan kat sana, ni je la gamba yang aku sempat snap. Masa ni dah tak teringat nak snap gamba kuih-kuih. Ingat nak mentekedarah je sebab dah pukul 6 lebih.

Kalau tak salah aku, kitorang beli murtabak maggi, ayam golek, ketupat palas, kepok lekor, air tebu, popia, bungapi (bukan sejenis makanan).....tak ingat apa dah. Beli banyak takpe, sebab kat rumah mak ramai yang tukang habiskan makanan.

Bungapi gila mahallllllllllllll.
Tapi beli la jugak. Takde bungapi tak best okeh.
Beli la jugak mercun 3-4 kotak.
Baru best ada bunyi meletup-letup walaupun sambil terawikh sambil hati aku memaki sape yang membakar mercun niiiii. Seb baik kemutan aku masih kuat lagi. Kalau dah longgar mesti kejap-kejap aku kena amik wuduk. Terkentut-kantat katanya dek terperanjat bunyik mercun. Aku tabik la tok imam masih boleh meneruskan bacaan tanpa melatah.

Lepas berbuka malam tu, En Wan terus ke Dataran Syahbandar jaga booth.
Disebabkan booth dia dapat kat port belakang, port yang tak best, maka laki aku dengan sardinnya pi alih booth dia kat tepi jalan. Seb baik polis semua dalam mood raya. Dorang pun malas nak menyaman En Wan, lantak kau lah agaknya dia kata. Letak kat tepi jalan baru berdesup-desap sales. En Wan hari-hari balik pukul 2 pagi. Cuma 2 hari terakhir dia balik kul 4 pagi. Gila. Kul 4 pagi aku dah siap bangun nak bersahur dah.



Suka tengok orang jual ayam macam ni.
Sempoi je jual tepi jalan sorang-sorang dia. Takde hal.

Esoknya, Sabtu keluar pi town.
Misi pertama adelah collect baju raya yang aku tempah 4 bulan lepas.

TAK SIAP!!!

4 bulan aku letak kain sampai ke minggu akhir Ramadhan still tak siap.
Alasannya tukang jahit manik baru kematian suami and anak dia accident.
Ok, aku simpati.
Tapi aku dah hantar 4 bulan kot.

Sebenarnya aku takyah tempah pun takpe.
Tapi masa aku balik Tganu, mak mertua aku dok berkempen kat aku dia selalu hantar baju kat satu makcik ni upah jahit gila murah. So aku pikir, apelah sangat takat RM20-30 tempah baju kan, so aku pun pi la beli kain kat Jakel KT tu tempah 2 pasang. Saje suka-suka nak menambahkan baju kurung. Senang nak pi kenduri-kenduri nanti. Aku tempah pun baju kurung pesak je, bukan baju kurung moden. So aku tak paham apesal makan bulan ko nak siapkan?

Sehelai je siap.
Lagi sehelai tu aku mintak letak batu-batu sikit kat hujung tangan and kaki baju.
Yang siap tu baju kurung pesak biasa je, plain takde tambah apa-apa.
Punnnnnnnnnnnnnnnnn aku tak berkenan gak.
Sebab baju dia gila besar gabak.
Pelik aku pesal baju aku boleh jadi besar walaupun dia ukur kat badan aku sendiri?
Nak kata aku dah makin kurus memang tak la.
Tangan baju aku tu dia buat boleh masuk 2 tangan sekaligus okkk.

Bila Kak Ngah En Wan ambik baju dia pun sama gak rupa itu juga, Besar gabak.
Tapi Kak Ngah aku dah berpengalaman.
Dia dah banyak kali terkena.
Cuma dia tempah gak la sehelai, tu pun baju kurung pesak jugak, saje-saje tempah nak pakai untuk masa-masa terdesak.
Kak Ngah cakap memang makcik tu berkenan sangat potong baju besar-besar.
At least aku ni masih boleh la dipakai walau kembang-mambang.
Bibik Kak Ngah lansung takleh pakai.
Kain dia melorot terus ke bawah walaupun pakai getah. Just imagine how besar pinggang kain tu.



Bengang punya pasal, terus ajak En Wan pi beli baju raya.
Padahal sebenarnya baju raya aku ada dah.
Kan aku sibuk nak carik baju kaler dusty pink.
Actually baju dusty pink tu ada dah - jubah Fleur :)
Aku dah minta tailor siapkan satu untuk aku kaler dustypink-grey with lace keliling, kiranya lain sikit la pesen dia dari jubah yang aku jual tu. Tapi aku tak jumpa dusty yang exactly sama macam kain baju melayu En Wan. Yang aku punya tu dusty light sikit. Kalau boleh nak carik sama gak. Saje gatal kan.

Bila baju kurung selai tak siap, dan-dan la aku jadikkan alasan untuk beli baju baru. Replacement la konon. Padahallll.

Ingatkan nak singgah la Desa Murni Batik ni.
Gila bapak besar bangunan dia.
Aku dok imaginekan dalam ni segala jenis tok nenek batik seri murni ada.
Rupanya nan ado.
Dalam ni konsep dia lebih kurang Mydin je.
Batik Seri Murni tu memang la ada tapi lagi banyak benda lain like carpet, blouse, kain ela yang bukan batik, akesosori. Rencam. Dah nampak macam batik seri murni ni takde standard pulak.

Tak jadi beli sebab takde yang berkenan.
Lagipun takde warna dusty pink.



Singgah Batik Hungga.
Batik Hungga ni ada kat Shah Alam jugak, nama dia Batik Hungga 9.
Not bad gak batik sini. Cantik. Kemeja lelaki moden-moden sangat design dia. Exclusive gitu.

Masuk-masuk je, aku terpandangkan baju kurung batik kaler biru-biru kat patung.
Terus tanya kat sales tu ni size apa.
Dia kata bahu size 15.5.
Aku mintak dia tanggalkan dari patung, terus gi try. Fit!
Takde cerita banyak, terus gi kaunter. Bayor. Jalan.
Takde la mahal nau, RM350 ready made. Ada batu-batu bagai.
A week before tu aku gi beli sepasang kurung moden batik kat area Jakel Shah Alam.
Apa ntah nama kedai dia tapi semua batik kat dalam tu, RM500. Batik simple je. Atas plain, bawah ada corak batik jalur. Tapi harga mak aiiiiiiii.
Memang sebenor-benornya kalau nak beli batik ni elok beli kat Tganu je la.

Still tak jumpa dusty pink.
Tapi gatal beli gak walau kaler lain.
Jadi, dapatlah disimpulkan kat sini bahawa 'dusty pink' hanyalah alasan semata-mata.
Tak dusty pink pun takpe sebenarnya kan.
Aku memang gatal nak mengumpul baju.
Tu yang sebenarnya.
Sekian.



Belum pernah sampai ke Batik Hungga 9 Shah Alam.
Aku pun baru je tau ada cawangan dia kat Shah Alam.
Insyallah bila-bila free nanti aku pegi.
Tak pun korang je la pegi pastu bagitau aku apa ada kat sana.

Lepas settle baju aku, gi carik songket (sampin) lak.
Cousin aku nak kawen bulan 12 mintak carikkan kain sampin kaler turquoise and silver.
Berpeluh mencarik, nan ado.
Kang susah-susah aku mintak Wan Manang buatkan je selai. Tapi siapla harga pun harga Wan Manang la jawabnya.

Lepas tu gi follow En Wan poskan baju-baju Superdry untuk customer dia.
Baru aku tau rupanya last untuk Pos Laju terima pakej adelah hari Sabtu. Kalau pos selepas Sabtu, pakej akan tiba lepas raya.
Fuhh!! Selamat guwe.
Kalau tak sure merempan customer Ephyra and Fleur barang tak sampai.
Aku pun tak teringat lansung nak tanya kat pos laju bila tarikh akhir pickup pakej. Kebetulan aku balik raya awal kan, so tak terpikir. Nasib baik. Rasanya semua dapat dah kan pakej?



Sepanjang-panjang berpuasa kat Terengganu, sambal belacan ni la peneman setia.
Sambal belacan ni mak tiri En Wan yang buat. Memang Mok Ndong ni terer gila buat sambal belacan. Tak pernah miss supply kat aku and Mak Aji everytime kitorang balik Tganu. Kadang-kadang kalau dia datang KL dia akan bawak sambal belacan ni.

Tapi kali ni extra best sebab everytime nak makan, mak mertua aku akan hiris buah setol masuk dalam sambal belacan. Aku tak pernah tau apa itu buah setol. Tapi En Wan kata orang Tganu mesti kenal buah setol. Buah ni masam gila bahabs. Bila mak mertua aku hiriskan masuk dalam sambil ni umakaiiiiiiiiiii, aku yang tak tahan pedas ni pun boleh siap jilat-jilat jari!

Bayangkan lepas terawikh, aku leh "moreh" membedal sambal belacan ngan timun kampung ni sesaje je. Macamkan takde makanan lain nak dimakan. Tapi sambal belacan ni jugak yang aku balun. Mak mertua aku duduk kat depan aku dok mengiris timun je keje dia. Asal piring menantu hantu dia ni kosong, nanti dia tambah timun. Menantu pun membelasah cukup-cukup tak reti nak benti.
Tu la kan, sape suruh bagi 5 ribu je. Kan dah dapat menantu kuat perabis timun.
Cuba hari tu bagi 55 ribu, mesti dapat menantu yang rajin tanam timun.



Jeng jeng jenggggggggggggg!!!!

Bubur lambok mak mertua guwe.
Seperiuk besar mak mertua aku buat bubur ni.
Sebab ada satu malam tu berbuka puasa penuh anak-beranak berkumpul.

Lepas hari Jumaat, hari-hari yang berikutnya En Wan dah start ke booth dari kul 3pm santak ke 2am baru balik. Jadi, aku buka puasa ngan mak. Tapi bila anak-beranak dorang balik, aku pujuk En Wan berbuka la kat rumah. Rasa janggal je aku sorang je menantu, yang lain semua anak-beranak. Dah la menantu hantu lak tu. Yang En Wan ni lak kan konfiden je tinggalkan bini dia kat rumah, dia rilek je melepak kat booth. Seb baik la aku ni kategori sardin jugak. Takde hal melepak dengan adik-beradik dia. Cuba kalau aku suruh dia pulak tinggal kat rumah Mak Aji 2-3 jam. Tobatlahum takde dia nak punya.

Bubur lambuk mak memang best.
Tapi ada syarat mesti mau ada 7 helai daun-daun kampung.
Kalau tak, tak jalan.



Ahad, lepas ke UMT, gi town lagi sekali.
Saje, takde keje nak buat kan.
Kali ni aku tak naik pun Pasar Payang sebab sesak gila.
Kalau parking ni dah tak jumpa double park. Berlapis-lapis park! Nak lalu pun cuak takut tersagak kereta orang.

Lalu depan Butik Safora, benti.
En Wan la gatal pi benti. Dia yang meracun aku suruh masuk sini tengok kot-kot ada baju dusty pink. Padahal aku dah pasrah dah semalam taknak beli dah. Cukup lah baju dah sampai 5 helai.
Tapi dah dia benti kan, aku pun laju je la masuk ke dalam.

Butik Safora ni rupanya glemer, aku je yang tak tau.
Dah appear kat macam-macam magazine.
Butik ni kepunyaan Datin apa ntah, aku lupa nama dia.
Design dia kat dalam ni konsep "rich".
Manik-manik agak sarat. Sesuai la untuk function-function glemer. Takat nak beraya kat kampung-kampung pakai merelip-merelip ni pakat kena bahan la kau nanti. Baju kat sini kebanyakkannya RM1000 ke atas. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii takde kemudahan credit/debit card.
Aku tak sure berapa ramai manusia yang keluar berjalan bawak banyak cash dalam purse.
Macam tak lojik customer yang walk-in nak bawak cash samai 2 ribu dalam beg. At least bukan aku la. Aku memang tak suka bawak cash banyak. Paling kuat pun RM200.

Tapi baju aku beli tu takde sampai la 1K. Biasa-biasa je. Manik pun tak banyak.
Aku bajet baju ni kalau aku suruh tailor aku buat, boleh jual around RM250 je. Tapi sebab baju ni ada kat butik so harga dia pun harga butik la kan. Sungguh tak faham aku kenapa nak mahal sangat.
Lagi tak faham, apesal aku beli??!!

Tapi sebab En Wan berkenan dengan kaler pink tu so aku beli la.
Aku ingatkan bila dia berkenan tu dia belikan la kan. Cis, nan hadoooooo.
Maka lengkaplah baju raya yang ke-enam.



Bawak anak-anak bujang potong rambut.
Rambut masing-masing dah macam mop lantai. Berselirat.
En Wan and Redza takde hal la.
Yang hal besar-nya adelah Rayyan.


Beginilah adanya kekdah pengguntingan rambut Rayyan.
Dia-nya tak berbalut. Aku pulak yang kena balut.
Pastu kena pegang dia macam tu sampai ke sudah.
Sepanjang-panjang kena gunting dia bertempik sekuat-kuat ada. Tu baru potong rambut.
Aku tak tau la esok kalau kote dia kena potong camana punya pekik lagi dia nak buat.


Kau penah tengok orang potong rambut sampai tertanggal baju?


Terus taknak pakai-pakai baju dah.




Anak orang asli pun tau pakai baju okeh.
Anak aku tak.
Yang best tu kan, lepas gunting rambut ni kitorang tak terus balik tau tapi singgah beberapa kedai perabot sebab En Wan nak belikan mak meja makan baru. So sepanjang-panjang pencarian kedai perabot, kelaur masuk 5-6 bijik kedai, Rayyan rilek tak berbaju. Orang-orang sepanjang jalan, yang dalam kedai, semua pandang-pandang je anak sapelah ni kesian sampai takde baju. Selipar pun selipar Superman beli kat pasar malam. Wakakaka.

Pastu dah jalan lama-lama sampai susu Rayyan habis.
Singgah Petronas beli susu kotak soya.
Pelik gila semua lelaki dalam kedai tu baik pakcik, baik mat rempit, baik bangla, semua pandang je aku pilih air kotak. Ada satu brader tu masa kat kaunter pandang aku pastu siap geleng-gelengkan kepala. Hek elehhhhhhhhhhhhhhhhhh cam lanch okehhh. Bukannya aku togok air tu depan kau pun. Bajet sangat. Macam la takleh terfikir kot aku ni belikan untuk anak aku ke apa ke. Apa muka aku ni cam anak dara sangat ke sampai ko takleh terpikir? Ecehh.

Tapi sebab kau bajet, maka aku ambik lagi 2 kotak, sekali ngan Twisties and Super Ring.
Sambil memberi senyuman mesra.

Settle beli meja makan and sofa baru, kitorang pi tempah kek raya kat Secret Recipe.
Nanti gamba kek kendian.
Cerita raya pun kendian.
Aku nak sambung buat keje.









Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form