Akhirnya, inilah baju raya di hari raya yang pertama.
Baju yang aku rembat kat Butik Safora, Tganu.
Walaupun tak dusty pink lansung, seb baik shawl aku ni penyelamat. Shawl ni je yang dusty pink.
Shawl ni sepatutnya aku publish before raya tapi puasa tahun ni aku busy tak macam puasa tahun-tahun sudah, jadinya tak sempat lansung nak buat official entry untuk shawl. Dalam pada tak sempat tu, dah tinggal 2 helai je pun. Yang beli jubah pink/grey kebanyakkannya beli terus dengan shawl ni. Bagus. Senang keje aku.
Simple je baju dia. Lining pun takde. Sebab tu aku tak paham kenapa kau nak mahal sangat.
Tapi memandangkan aku terdesak so aku beli la jugak.
Tapi sweet la kan baju dia?
"Saya suka! Saya suka!" bak kata Mei Mei Upin Ipin.
Patutnya inilah baju raya pertama aku.
Memang kaler tu dusty pink tapi kalau boleh nak biar sama macam baju melayu En Wan.
Last-last aku pakai yang lansung tak dusty di pagi raya.
Jadinya, jubah ni aku tak tau nak buat apa.
Kalau sape yang hari tu nak sangat kaler ni tapi dah sold out, sila la email aku. Ni size M.
Cuma yang ni spesel sebab lace dia keliling and kat tangan pun ada lace.
Aku yang makan paling last.
Semua dah makan siap-siap.
Ada anak kecik cenggini la. Nak kena siapkan si Rayyan dulu, pastu siapkan bapaknya, ujung-ujung baru siapkan diri sendiri. Last-last aku yang berlendir.
En Wan memang perlukan aku untuk pakaikan butang baju, pakaikan sampin, songkok pun aku kena adjustkan. Dia jarang solat pakai songkok. Dahi dia kan sulah. Takyah pakai songkok time solat pun takpe. Wahkakakakaka.
Aduyaiii derhaka sungguh statement aku ni. *uhuk uhuk uhuk*
Time raya je semua aku kena pakaikan.
Seb baik spender pandai pakai sendiri.
Tahun ni rumah mak agak meriah dengan makanan.
Selalunya mak malas nak buat persiapan raya.
Selalunya memang kitorang akan sarapan pagi kat rumah mak lagi satu, Mok Ndong.
Tahun ni awal-awal lagi kitorang dah tempah satey, pastu aku beli nasik impit, mintak bibik siapkan lodeh, tempah kek, and aku order coklat raya.
Aku cakap kat En Wan, mak tu sebenarnya takde semangat nak raya because takde apa yang boleh menaikkan semangat dia untuk beraya. Every year balik-balik nasik dagang. Tak nasik dagang, nasik minyak. Pusing-pusing itu je. Sape tak boring. Aku pun muak.
So aku cakap takpe, memandangkan aku nak buatkan kelainan biar aku sponsor bab food.
En Wan pulak buat surpise belikan mak sofa and meja makan baru untuk kat dapur.
Kebetulan semua tu sampai petang raya, dan-dan mak aku bersemangat nak beraya.
Bila semangat dia dah sampai, habis satu rumah dia mop la, dia mengelap la, dia membasuh itu ini. Dah satu hal pulak kitorang nak suruh dia berehat.
Dan esok paginya mak bersemangat masak rendang ayam and nasik minyak!
Tak penah-penah mak masak rendang pagi raya.
Seronok aku tengok.
For the first time dalam sejarah, En Wan kata tahun nilah rumah dia ada kuah lodeh.
Hambik kau. Rasakan penangan Jawa.
Raya 2013, akhirnya Jawa berjaya menakluk Manir!
Huah Huah Huahhhhhhhhh.
Nasik impit and kuah lodeh tak cukup sifat sebab takde tauhu kering.
Tapi boleh la dari takde lansung.
Bangga dengan kuah lodeh so gamba kena ambik lebih sikit.
Satey keding.
Tapi harga mengalahkan satey Haji Samuri.
Rendang ayam
Lauk nasik minyok.
Nasik tak sempat ambik.
Kuih-kuih raya mak.
Aku lansung tak belikan mak kuih raya.
Aku belikan cekelat raya je.
Trifle Kak Ngah buat.
Kek raya stoberi delight kot nama dia yang ditempah 3 hari before raya.
Aku tak sempat rasa, sekelip mata gone.
Dorang kata sedap gila.
Mau tak sedap.
RM120 sebijik.
Kalau tak sedap memang saje la.
Ni je la baju raya yang dia nak pakai.
Dia ni bab bergamba memang ok.
Cuma tang pakai baju ada sikit masalah.
Sebab dia dah biasa pakai baju takde lengan, pakai seluar pendek.
Bila sampai masa nak kena pakai baju berlengan berseluar panjang ni dia bertempik.
Sebab dia dah biasa pakai baju takde lengan, pakai seluar pendek.
Bila sampai masa nak kena pakai baju berlengan berseluar panjang ni dia bertempik.
Tapi alhamdulillah la, bertahan gak dia pakai baju melayu ni untuk 4 jam.
Kemain bersampuk-haruk aku ngan En Wan carikkan sampin biar matching dengan sampin abang dia, ujung-ujung tak pakai pun. Menyirap je aku.
Tahun ni dia nak bergamba tapi dia taknak bergamba dengan makbapak dia.
Kalau begamba ramai-ramai je dia nak sebab cousin-cousin ada sekali.
Ni lah gamba kami seklorga tahun ni.
Memang dah jangka tak cukup korum macam tahun-tahun sudah.
But at least senonoh la gamba tahun ni. Takde la macam tak lepas tetiba ada gamba Redza tertiarap kat tepi.
Ok la kan tu.
Nampak gak la sedondon kalernya.
Tima kasih pada shawl.
Kau sememangnya penyelamat.
Tak tau la tangan sape yang menggigil ni sampai bergegar gamba aku.
Giliran aku pulak.
Sesi mintak duit raya
Disebabkan perasan diri sangat gojes di pagi raya, maka gamba kena ambik lebih sikit.
Tapi terlupa pulak nak sedut perut. Gasak lah.
Patut la raya tahun ni En Wan bersemangat belikan mak itu ini, mintak mak sediakan makanan macam-macam, rupanya tahun ni abang En Wan yang dah 6-7 tahun tak balik raya akhirnya balik rumah with all anak-anak dia yang dah bujang and anak dara. Ada anak dia yang aku tak pernah jumpa pun. Ada sorang anak bujang dia mak aiiii suwitnyaa.
Hahahha.
Tak boleh blah ngan anak sedara pun jadik.
Masa tu kitorang nak bersalam raya tetiba Kak Long cakap "Abang sampai!"
En Wan meluru ke pintu.
Maka ada drama air mata la pagi tu.
Aku siang-siang lagi berundur ke dapur, biar dorang-dorang anak-beranak je la terlibat dengan drama. Kang kalau aku terjebak sama kang, orang lain dah habis nangis, aku tak abis-abis lagi.
Anak-anak dara baru nak naik sedang membusykan diri ambik-ambik gamba.
Semua pandang-pandang je kek tapi takut nak potong.
Meh sini aku start dulu.
Elok je aku potong, pastu yang lain berlumba-lumba potong.
Alih-alih aku tengok tinggal tapak dia je.
Yang takde dalam gamba ni adelah klorga adik En Wan sebab balik raya kat Jabi, and also aku sebab aku tukang ambik gamba.
Kan aku dah kata, aku boleh aje dicampak di mana-mana, pasti aku akan menjadi SANGATTTT mesra sampai orang konfius aku ni anak ke, menantu? Gila over okeh.
Masa ni bergamba free-style la konon.
Bila cakap 1..2..3..aku je yang beria-ia melompat, orang lain rilek je. Puiii.
Sejak bulan puasa ni Rayyan dah start manja dengan aku.
Taknak tido ngan nenek, nak tido ngan aku.
Bangun tido carik aku dulu.
Kat Tganu, aku tido kat hall sebab En Wan sibuk kat booth so aku tido je la kat bawah. Ada satu malam tu En Wan balik dia kejut aku ajak tido kat atas. So aku tinggal la Rayyan kat bawah ngan yang lain-lain. Mak kata pukul 3am dia sedar dari tido sampai setengah jam melalak panggil-panggil aku. Aku memang tak dengar punya sebab bilik bertutup. Mak pulak taknak kacau aku tido so dia tak kejutkan aku tapi kesian la pulak sampai setengah jam mencarik aku.
Now pun tido malam kalau dia terjaga tak nampak aku mesti nangis. Padahal aku kat tepi je. Maklomla, mak itam. Mana nak nampak dalam gelap. Wakakaka.
So now aku tengah memikir camne next week aku nak start outstation ni. Dah satu hal pulak aku kena mengangkut dia sekali pi outstation. Haru betul.
Tahun-tahun yang sudah, kul 9.30am kitorang dah keluar rumah gi bersarapan rumah Mok Ndong and terus gi beraya. Tapi tahun ni, nak kul 12 tengahari baru keluar beraya. Aku lebih suka macam ni. Tak suka la pagi-pagi gi makan rumah orang. Kan lagi best agi-pagi raya makan kat rumah sendiri, kumpul anak-beranak rilek-rilek dulu pastu baru gi beraya.
Rumah pertama and wajib datang on raya pertama mesti rumah sepupu En Wan.
Aku nak describe relation dorang pun tak reti.
Tapi yang aku tau, lepas parents kepada aunty yang duduk sebelah mak (tudung kuning) tu meninggal, mak and arwah ayah yang ambik dorang duduk kat rumah. Tak salah 3-4 beradik kot.
Pastu pulak arwah ayah ramai anak angkat. Mak kata ntah sesape yang dia jumpa, asal takde rumah nak tinggal je mesti arwah ayah bawak balik ke rumah. Salah sorang anak angkat arwah ayah adelah uncle yang akhirnya kahwin dengan aunty tudung kuning tu - yang pakai kopiah diri tengah-tengah. Kiranya anak angkat ayah kawen dengan anak yang ayah tolong jaga.
Arwah ayah dulu orang bisnes so dia la yang ajar uncle tu selok-belok bisnes. Jadi, relation memang rapat sampai la skarang. Aku tak tau apa sangkut-pautnya. Maybe bau-bau bacang la kot kitorang ngan dorang ni. Tapi memang klorga dia and mak memang close macam adik-beradik.
Bibik Lenny and Bibik Yani.
Bibik Yani adelah bibik pertama aku, dia jaga Redza dari umur 40 hari sampai umur Redza 2 tahun.
Lepas tu dia balik cuti and datang balik ke Malaysia keje dengan Kak Ngah sampai skarang, dah 5 tahun keje ngan Kak Ngah. Bibik Lenny insyallah akan balik bulan 4 tahun depan. Dah cukup 2 tahun. Bibik Yani dah book aku siap-siap, adik dia nak keje jadik bibik aku pulak tahun depan. Kalau jadik, alhamdulillah la. Takyah aku carik bibik lain. And bibik Lenny pulak dah book untuk jadi pekerja Mak Aji buat kukis next year. Elok la tu, pusing-pusing kat situ je la kitorang.
Uncle ni orang Johor.
Jadi, hari raya pertama mesti akan ada kuah lodeh kat rumah dia.
Jadi kat rumah dia aku pulun nasik impit ngan lodeh lagi.
Tak kasik chan punya.
...tapi rumah ni lagi awesome. Siap ada sambal tempe bagai.
Terasa bagai di sorga dapat tempe pagi raya.
Lepas settle kat rumah ni, kitorang gerak ke rumah mak nombor dua, Mok Ndong.
Pekena pulak nasik dagang.
Sorry kat rumah Mok Ndong aku dah tak larat nak ambik gamba.
Penat makan.
Lepas habis kat rumah Mok Ndong, Kak Ngah and the rest sambung beraya kat tempat lain.
En Wan tak larat sebab member kan balik dari booth pukul 4 pagi, so tak cukup tido.
Sampai je rumah, semua bantai membuta.
Macam kena bom.
Bergelimpangan.
Malam tu lepas Maghrib beraya ke rumah abang En Wan and also sebuah rumah lagi yang aku pun tak tau apa connection-nya tapi antara rumah wajib pegi. Kat rumah ni makan nasik impit lagi aku.
Gila banyak aku makan kali ni. Macam tak penah jumpa nasik impit.
Tahun ni 4 buah rumah je la kitorang pegi sebab besoknya lepas Zuhur kitorang dah balik PH sebab turn beraya kat Bangi pulak.
Esok pagi, raya kedua, aku ngan En Wan ke town.
Nak gi makan AnW je pun.
Pastu nak isi minyak siap-siap.
Then En Wan nak simpan sikit duit meniaga dia dalam bank.
Sekali deposit machine buat hal. Elok je masukkan duit mesin pun jem.
Cuak gila muka En Wan. Aku diamkan diri je. Aku tau kalau sampai bab-bab macam ni aku bagi nasihat suruh bersabar pun takkan jalan punya so baik aku diam. Bila dia mintak tolong baru aku tolong.
Lepas rilek setengah jam macam tu, dah cool sikit and dapat call MBB baru la kitorang gerak balik ke rumah mak semula.
Aku : Tu la...kemut sangat duit tu. Kan dah sangkut. Lain kali cuba la belikan bini baju ke, spender ke selai dua, baru la berkat.
En Wan : Bukan abang taknak beli. Tapi abang memang lagi suka Di tak pakai spender. Sebab tu abang tak penah belikan.
Skinny Jeans : Click here and fill up the form
Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form