Entry ni kejap je.
Sementara nak tunggu printing siap, so aku layankan lah permintaan reader-reader yang mintak aku buat tutoria bergambo cara lilit shawl.
Perlu diingatkan bahawa lilitan ini berkonsepkan :
1. Lilitan shawl ala makcik-makcik.
2. Cepat dan pantas.
3. Hanya menggunakan satu pin saje. Brooch di kiri dan kanan bahu adelah optional.
4. Orang malas sesuai mengekalkan konsep ikatan sebegini.
Aku rasa sape yang follow blog aku amat maklom dengar level of IT-ness aku.
So aku main hambik je video ni, tak reti nak adjust lighting and audio.
Tunggang terbalik audio video ni.
Takdehal la kan, korang nak tengok cara ikat shawl je kan.
Ni ikatan super simple, tak sampai 3 minit dah siap.
Kadang-kadang kalau dah lambat sangat keluar rumah, aku serkup inner je pastu on the way kat traffic lite mana-mana kang baru pakai shawl.
Awning aku semua beli kat Ariani sebab dia terletak.
Tak senget pun.
Aku je yang senget.
Ok, aku nak keluar ni.
Ephyra yang buat payment sehingga 7am today semua dah dihantar, aku tak sempat nak email tracking number. Jap-jap lagi ya, aku nak pi UPM jap.
Yang hantar request nak collect kat Terengganu, sorry, En WanG dop lalu jalan pantai, kitorang lalu Bukit Besi jadi tak jumpa KemamanG, Kerteh, DungunG segala. Tau-tau sampai Telemong je nanti.
Yang request nak jumpa kat KT, insyallah Ahad lepas habis kat UMT aku set time and place kita jumpa ya.