2013-08-22

Mudahkan hidup






Yang follow FB aku mesti perasan status kat atas ni.
Surprisingly, ramai lecturer yang dalam FB list aku berdepan dengan masalah yang sama.
Gila tabah korang dapat student macam ni kan?
Agaknya sebab tu la aku tak ditakdirkan jadi pensyarah.
Memang bengap forever la budak-budak macam ni aku sumpahkan.

The lecturer yang aku sembang tu lelaki.
Sefaham aku, lecturer lelaki (from my experience), tak berapa nak kisah sangat benda-benda macam ni. Kau nak blaja, kau blaja. Kau taknak blaja pi mampus.
Selalunya yang concern gila-gila is lecturer perempuan.
Tapi bila lecturer lelaki boleh luahkan rasa kecewa dia dengan attitude some student-student sekarang, aku rasa ini memang kategori big issue.

Selama ni aku just baca komen lecturer/cikgu kat paper, kat FB, kat blog....macam selalunya aku baca and lupa. Tapi bila hari tu dapat peluang bersembang dengan lecturer ni and kebetulan dia tengah nak bercerita perangai student-student dia, tetiba aku rasa meluat dengan perangai some budak-budak skarang.

Puncanya gini.
Masa kitorang tengah bersembang sambil melantak kek, tetiba phone dia bunyi. Ntah apa dia sembang aku malas dengan sebab aku pun hadap henfon aku jugak. Pastu dia bagitau aku student dia, budak pompuan, call tanya pasal assignment. Budak ni bagitau assignment dia dah hantar. Lecturer tu kata dia ada rekod semua assignment yang dihantar sebab dia buat sistem HANTAR AND SIGN. Tak main la macam zaman-zaman aku dulu main selit assignment bawah pintu. Now semua kena ada bukti sebab budak skarang kang semuanya "bijak" belaka. Bijak spin.

Lecturer ni bagitau kalau awak hantar mesti ada rekod signature, tapi signature budak tu takde.
So lecturer ni mintak budak ni bagitau apa tajuk assignment yang dia buat tu.

Senyap.
Tak dapat jawab.

Konfem la tak dapat jawab sebab kau tak buat kan.
Tapi budak ni beria-ia bagitau dia dah hantar.
So lecturer ni cakap jangan kalut. Kalau dah hantar mesti ada signature.
Kalau takde signature, mesti ada simpan softcopy, sila print and hantar balik.

Senyap.

Lecturer ni bagitau some student memang tak respek tenaga pengajar.
Dorang sendiri tak tau untuk apa dorang blaja.
Dia rasa frust bila mark paper.
Seolah-olah macam semuanya bengap.
Out of 60 students, tak sampai half yang boleh menjawab paper dengan baik.
Assignment tak buat.
Seblom buat dare tanya pensyarah berapa markah nak bagi. Agak-agak sikit markah terus tak hantar.
Wahhh, besar pangkat kau kan boleh pilih-pilih nak buat assignment ke tak.
Aku dulu memang tunggu je kalau lecturer nak bagi assignment sebab bagi aku, assignment tu adelah umpama lecturer nak bagi free marks untuk kita. Biarlah 5% pun. Mungkin 5% ni yang bantu aku beranjak dari A ke A+ (ecehh bajet cream student).

Dulu masa kelas Prof Awang IPR (lecturer ni gila garang), dia ada mintak kita ajar the class certain-certain tajuk. Group aku dapat tajuk Receptor (ala yang salut myelin, neuron, bla bla bla).
Grup aku pandai, belum apa-apa lagi dorang dah jadikan aku sebagai presenter.
Some of budak dalam grup aku cakap "Malas aku nak jadi presenter, aku takde bakat jadi pensyarah"

Budak Biotech.
Masing-masing masa tu ingat semua akan berakhir di dalam makmal buat research.
Tapi takpelah, aku memang suka bercakap pun. So aku ambik la tugas tu.
Markah 20% je.
Tapi sebab kitorang tau Awang IPR tu sangat cerewet bila mark paper, so memang semua pulun gila-gila siapkan nota-nota. Disebabkan aku tukang present so aku tak terlibat untuk siapkan booklet. Aku terpaksa carik sumber and baca notes.
Kalau nak ikutkan alahai 20% je tapi semua pulun macam nak buat tesis final year.

3 tahun lepas aku bersembang dengan customer satu medical kolej.
Ujung-ujung dia suruh aku conduct satu training untuk student dia.

Aku budak Biotech, tak pernah terfikir satu hari nanti aku akan bagi lecture pasal anatomi manusia kat student medic.
Moralnya (wah, ada moral dah entry aku skarang okkk), kita tak tau apa yang bakal kita lalui masa depan. Skarang kita rasa benda tu macam tak penting, kita rasa macam apa sangkut-pautnya kita nak buat benda yang lecturer suruh buat tu, apesal kena buat ni, apesal kena buat tu.

Jangan question kenapa kena buat assignment.
Jangan question kenapa kena sign attendance.
Jangan question kenapa buat quiz tak bagitau awal-awal.
Jangan question berapa markah.
Kau tu pelajar.
Tugasnya belajar.
So be prepared.

Ada sesetengah budak skarang, 10% tak layan okeh.
Kot ye pun markah cuma 10%, kau tu jenis yang bijak sangat ke sampai yakin boleh cover yang lagi 90% tu?
Tapi kan, kalau yang 10% pun tak terbuat, let alone yang 90% tol tak?

Maybe budak-budak skarang semua pandai-pandai kot sebab tu boleh pilih-pilih task mana yang nak buat or not. Macam aku dulu bangang. Tapi aku bersyukur la aku ni bangang, setidak-tidaknya aku ada usaha nak bagi cantik academic transkrip aku tu. Yang taknak buat assignment ni kadang-kadang aku terpikir gak, dorang ni tau ke tak sistem pointer tu camne?
Takkan tu pun nak kena ada orang ajar.

Oh tapi kalau berangan memang tak payah diajar.
Semua jenis yang berangan taknak rendah-rendah.
Semua berangan tinggi sampai langit ketujuh.

Bagusla kalau ada angan-angan besar.
Tapi kalau berangan je besar, tapi pemalas, BESAR harapan sampai ke sudah la kau berangan.
Tapi nasib baik la jugak berangan tu free.
Kalau berangan tu pakai duit aku memang aku titik sekor-sekor.

Ada yang aku tengok, result SPM nak bagi masuk politek pun semput.
Bila dah dapat masuk, berlagak pulak tu.
Maklumla, "I dapat masuk politek hokeyyy. I tak macam you masuk Form 6 jewww"
Orang lain pulun study, kita pulun tukar henfon.
Pakai henfon tak agak-agak, sampai 2 bijik.
Tapi mintak mak masukkan duit nak beli kredit.
Time call balak laju je.

Aku dulu umur 26 baru ada henfon.
Umur 28 baru beli kereta sendiri.
Phone memang dah macam keperluan asas. Tapi tak semat phone pun takpe kot.

Jangan tak tau, ada budak yang belum start keje pun tapi dah gunakan surat tawaran keje untuk beli kereta!
Kelisa?
Oh kemonnnn..takkan kelisa ye tak.
Apa kelassssss.
Kata graduan universiti, takkan pakai kelisa je kottttttttt.
Kurang-kurang nak kena angkat Swift sebijik.
Kan???

Adoiyaiii....Boleh tak jangan laju sangat berangan tu dik.
Cuba slow down sikit.
Tak sape marah kalau nak maju kedepan.
Tapi biarlah ukur baju di badan sendiri.
Keje dulu, pastu dulukan apa yang patut.
Loan blaja tu penting, jangan lupa bayar.

Ada banyak lagi benda yang kita kena lalui lepas habis blaja ni.
Bukan takat bayar duit keta je.

Yang mana masih blaja tu, jangan la biadap dan berlagak dengan lecturer.
Kalau suruh buat assignment tu buat la dengan bersungguh.
What goes around comes around bak kata Alicia Key.
Hari ni kita buat kat lecturer, esok-esok time kita jadi bos, anak buah kita pulak buat proposal cam taik kat key customer kita. Baru kau tau time tu.



Nak share pasal duit ni aku tak pandai sangat.
Dan jugak tak berani.
Takut disalahertikan.

Tapi secara ringkasnya, financial rumah aku tak handle, aku just masukkan duit ke akaun En Wan every month.

Perbelanjaan aku terbahagi kepada A, B and C.

A adelah, every hujung bulan, aku akan transfer duit ke akaun En Wan. Amount yang aku masukkan tu yang dah dipersetujui bersama. Jadi, perbelanjaan rumah aku tak ambik tau secara detail, aku just masukkan duit ke akaun En Wan every month, that's it. Dah masuk duit aku akan wechat dia "Bang, Di dah transfer duit". Selalunya akan dibalas dengan reply "Ok baby.."
Puiiiiiiiiiiiii.

En Wan akan handle dari situ. Tugas aku hanya bank in duit. Settle.

Aku tak handle expenses rumah.
Yang aku handle is expenses company.

Jangan salah faham.
En Wan tak guna duit bini.
Kitorang dah buat persefahaman siapa kena bayar apa.


Done bahagian A, baru aku masuk bahagian B.
Bahagian B ni adelah aku simpan ASB, Tabung Haji, force saving (simpan kat bank), bil henfon, broadband, insurans aku and Rayyan (Redza punya insurans bapak dia bayar), Pak Aji and Mak Aji, petrol, tol, and maintenance kereta.

En Wan pun ada bahagian B dia sendiri.
Tapi aku tak tau dia spend kat mana.
Kalau aku tau dia spend kat bini kedua, ketiga ke, siaplah.
Aku letupkan satu Hitachi.

Kalau travel, shopping and makan-makan tu bahagian C.
Bahagian C ni best sebab sape nak bayar, dia bayar. Share-share gitu.
Kadang-kadang dia, kadang-kadang aku. Selalunya yang ni tiba bila time makan kat luar la.
Kalau sama-sama nak travel, sama-sama bayar.
Kalau shopping baju raya and sekolah anak-anak, sama-sama bayar.

Satu benda yang aku blaja dengan someone tentang pengurusan perbelanjaan is MUDAHKAN HIDUP.

Kita ada cara untuk hidup mudah tapi selalunya kita pilih cara payah untuk hidup.
Orang beli tu kita nak beli.
Orang beli ni kita nak beli.
Orang buat macam tu kita nak buat lebih lagi dari tu.

Tak salah.
Kalau berduit.
Jangan sampai hidup yang patutnya mudah, jadi susah.




Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form