walk on wings, tread in air: 28.8.2013 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

28.8.2013
2013-08-30

Morning...

Mula-mula nak say thank you dulu.
Sampai ke hari ni masih ada orang yang sampaikan takziah.
Ntah mana la korang dapat nombor phone aku. Anyways, terima kasih.
Aku ok, yang dah pergi tu pergi.
Ada banyak cara kita boleh mengingati orang yang dah takde, bukan hanya diam murung je kan.




Alhamdulillah, nenek aku dah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Sungai Seputih. Semuanya berlaku dengan cepat and alhamdulillah lancar.

Baru je entry raya yang lepas aku letak gamba beraya rumah andak aku kat Ampang kan.
Rupanya tu la last aku dapat bercakap dengan dia. Itupun dia dah tak kenal aku. Takpe, aku tak kecik ati. Cuma sedih je.

Tahun ni kesihatan nenek tak berapa baik.
3 bulan lepas kalau tak salah waktu Maghrib, lepas andak and bibik (di Ampang) ambikkan nenek wudu', nenek rebah. Terus hantar ke Ampang Puteri. Malam tu semua anak-anak and cucu-cucu mana yang ada kat Malaysia and berhampiran, kumpul kat Ampang Puteri. Dokter kata ada blood clot sikit kat kepala, kaki pun dah start bengkak sikit maybe sebab lama tak bergerak so kurang pengaliran darah. Other than that nenek ok. Takde diabetis, takde heart problem. Anak-anak dia ada yang HPT, ada yang dah buang rahim, etc, tapi nenek alhamdulillah takde. Cuma dokter kata biasa la sebab dah tua, jadi organ-organ pun dah tua jugak la.

Masa kat hospital tu pun dokter tak suggest buat operation sebab dia kata nenek dah tua, bimbang dia menderita menahan sakit. Tapi dokter ada bagitau yang oneday, nenek akan jadi too fragile and banyak tido, and ....
If oneday, nafas nenek terhenti, dokter takkan buat apa-apa untuk dapatkan nadi sebab proses tu akan menambahkan sakit sebab nenek dah too old. So, adik-beradik Mak Aji semua dah decided apa-apa berlaku, kita takkan ambik life support. Biarlah semua berlaku dengan natural. Kita semua redha.

But kita allowed dokter buat minor operation untuk masukkan filter dalam badan untuk elakkan darah beku naik ke kepala. However, akan tetap ada small-small clot melepasi filter. Takpelah, we tried our best untuk buat apa yang terbaik and supaya nenek boleh lebih lama dengan kita.

The last time nenek respond pada aku was masa hari Ahad terakhir aku viist nenek kat Ampang Puteri sebelum nenek dibenarkan balik. Masa tu dokter datang check and dokter ada discuss sikit dengan aunty-aunty berkenaan dengan minor operation. Aku kat sebelah nenek usap-usap tangan dia.
Lepas dokter keluar nenek tanya aku "Dokter cakap apa, Na?"

"Takde apa. Dokter kata kaki nenek bengkak sebab nenek banyak duduk. Cuba nenek goyangkan sikit kaki Diana nak tengok"

Aku tipu nenek.
Aku taknak nenek risau.

Nenek gerakkan kaki.
And dia cuba angkat sikit kaki dia.
Aku tau dia tahan sakit tapi biasa la kan, orang tua.
Mana nak duduk hospital lama-lama.
So dia sedaya upaya gerakkan kaki dia.

"Ohhh dah boleh gerak dah ni. Esok lusa dah boleh balik la ni"

Raya baru ni, aku panggil nenek, nenek dah tak kenal.
Takpe, aku faham sebab Andak (aunty) aku cakap kadang-kadang dengan Andak yang menjaga dia hari-hari pun dia ingat-ingat lupa.

Monday, thru whatsapp group, Nabilah (cousin aku di Ampang) hantar breathing sound nenek.
Lain je suara nenek, aku ingatkan berdengkur.
Nenek dah too fragile masa ni.

Aku bagi mak mertua aku dengar record tu.
Mak mertua aku cakap "Diana, pesan kat Andak. Toksah tinggal la nenek 2-3 hari ni"

Rupanya betul, nenek dah nak pergi sangat.




Masa Ima call bagitau nenek dah takde, aku macam blur kejap.
Masa tu aku tengah buat quotation.
Tutup laptop, ambil wudu', baca Yassin.
Masa ni aku tak really rasa kehilangan.
Call En Wan, suruh balik.

En Wan balik, kitorang makan dulu kat rumah.
Pastu siap-siap and terus ke Ampang. 


 Aku tertanya-tanya nenek ni kebumi kat mana?
Bawak balik Singapore ke?
Bawak balik Tampin ke?

Adik-beradik Mak Aji plan nak kebumikan aje kat Ampang.
Takpelah, mana-mana pun sama.
Yang penting ingatan dari anak-anak and cucu-cucu.
 


Aku sampai Ampang after zuhur.
Pak Aji, uncle, some cousin ada berdiri kat porch, tunggu sedara-mara lain agaknya.
Aku nampak muka Andak je aku dah menangis.
Rasa kesal sangat aku tak berpeluang jaga nenek.
Andak and anak-anak dia bertuah sangat dapat jaga nenek sampai habis hayat dia.
Aku pernah bagitau Mak Aji, letak nenek kat rumah aku pun takpe.
Rumah aku ada bilik kat bawah.
Bibik pun ada.
Mak mertua aku pun ada, dia boleh sembang-sembang dengan mak mertua aku.
Petang-petang boleh tolak wheelchair nenek pusing-pusing tasik depan ni.
Tapi Mak Aji kata, tak payah. Taknak aku susah.
Tak tau la dia susahkan aku apa.

Tapi nenek pernah stay rumah aku sehari, masa dengan bibik lama.
Aku puas hati tengok nenek usaha untuk berjalan walau bertongkat, dari bilik belakang ke hall.
Dia jalan sambil pegang dinding.
Aku sengaja tak pimpin nenek, aku peratikan je dia supaya tak jatuh.
Aku memang nak biar nenek biasakan berjalan supaya ada pergerakan.
Nenek ok.


 1989, Tampin

Masa Andak bukakkan cover muka nenek, aku boleh bertenang lagi walau bergenang airmata.
Tapi bila aku cium dahi nenek, aku dah takleh hold back.

Mak Aji and 2 orang aunty aku, Nabilah (cousin) and aku dapat mandikan nenek.
Aku kat bahagian bawah (kaki).
Masa aku selak kain batik cover nenek, aku cakap kat aunty aku "Cuba tengok kaki nenek. Kalau kita tak tengok muka, mesti kita ingat anak dara yang meninggal, kan?"

Memang kaki nenek kecik, runcing and licin macam kaki orang muda.
Padahal kaki nenek bengkak sangat sebab darah tak jalan.

Betul kata Ustaz Don, kalau anak-anak sendiri yang mandikan jenazah, mesti lagi lembut urusannya.
Alhamdulillah, semuanya dibuat dengan lembut sekali.
Masa aku bersihkan mata and telinga nenek, kapas yang aku rendam air tu, air dia masuk sikit dalam mata nenek.Selalunya kalau air masuk mata mesti menggeletik kita gosok mata kan.
Tapi bila air masuk mata nenek, nenek diam.
Masa tu baru aku benar-benar terasa nenek memang dah takde.

Lepas solat Asar and jenazah, yang dari Singapore masih belum sampai.
Biasala kan, dah petang, area Ampang memang la jem.
Alhamdulillah, pakcik van and imam nak tunggu jugak.
After kereta aunty and uncle from Singapore masuk masjid, terus kitorang gerak ke tanah kubur.

Seronok aku tengok yang pegang nenek ke liang lahad, cucu-cucu lelaki dia.
Agaknya aku terlampau banyak menangis, atau letih, aku pitam kat kubur.
Seb baik sebelum blackout tu aku dah carik En Wan siap-siap.
Kalau tak, satu hal orang nak uruskan aku pulak.


2000, Sarawak

Aku tinggal dengan nenek kat kampung dari kecik.
Every cuti sekolah Mak Aji akan hantar aku and Ima balik duduk kampung, especially sejak arwah atuk meninggal tahun 1989.
Asal duduk kampung je mesti nenek akan lancarkan projek mengemas rumah.
Angkat lemari keluar masuk bilik, kemaskan lemari pinggan mangkuk, cat dinding dalam rumah, kemaskan stor...
Teman nenek naik bas gi pasar Melaka.
Pastu nanti dapat upah beli kaset :)
Teman nenek pi rumah orang kawen sambil tolong bawak bakul sia.
Teman nenek pi beli groceries kat The Store Tampin.

Masa aku homesick kat TKC, nenek la yang aku carik mengadu hal.
Nenek la yang berusaha nak visit aku kat sana untuk bawak aku balik tapi dia pitam kat bas stesen sebab stress pikir pasal aku.
Time kecik dulu takut baca Quran sebelah nenek sebab dia macam hafal je apa ayat yang aku baca, tetiba kang dia tegur ayat tu salah bacaannya.
Aku kenal apa itu 'tadarus' masa duduk kat kampung teman nenek time cuti skolah lepas arwah atuk meninggal. Nenek ajak aku and Ima tadarus with her. Every week khatam untuk sedekah kat atuk.


Insyallah nek, kami tadarus untuk nenek.





Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
posted by aveo757 @ 10:38 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER