Petang semalam melayankan kehendak Redza nak beli layang-layang.
Kat PH ni dah macam satu fenomena orang dok main layang-layang tetiap petang.
Yang tukang jual layang-layang pulak sebangsa je, takde competitor. Memang sedap sangat la dia tekan harga. Takleh kurang lansung. Gila cekik darah.
Aku rasa aku beli layang-layang ni kat pantai Batu Burok baru RM15.
Kat PH RM50!! Layang-layang saje ya, tak masuk tali. Tali jual asing.
Patutnya jual la dengan tali sekali. Dah sah-sah main layang-layang nak kena guna tali kan. Tak tau la pulak aku kalau ada yang guna gigi. Tak paham apesal nak jual asing-asing.
Bila aku tanya eh tali jual asing ke?
Dia jawab tali ada 2 jenis, yang satu murah yang satu mahal.
Patutnya yang murah tu datangla dengan pakej beli layang-layang. Yang mahal tu kau jadikan optional. Eh tak retilah aku.
Ni bukan apa ni. Ni semua sebab takde pesaing.
Cuba esok lusa korang pacakkan gerai layang-layang 3-4 bijik kat sebelah, konfem dan-dan tu harga layang-layang jadik RM30 siap free tali, siap free teh O ikat tepi.
Tapi budak-budak zaman skarang ni mana paham perkataan TAK BOLEH.
Dia punya merempan tu sampai minggu depan tak abis.
Padahal bukan reti main pun.
Tahan je la gone duit aku RM45.
Ni aku tengah perati bila dia nak main layang-layang tu. Takde cara nak main pun aku tengok.
Kang esok layang-layang duduk dalam store, kau yang aku layangkan ke atas.
Zaman skarang semua benda dah ready je. Main tunjuk dapat. Main tunjuk dapat. Tak dapat sentap.
Aku ngan Ima dulu time kecik terer buat layang-layang sendiri.
Nak beli memang kem salam la kan. Jangan harap Mak Aji nak layan.
Maka Pak Aji la yang ajar camana nak buat layang-layang.
Pakai kertas sokabar je tau. Takyah beli kertas-kertas khas segala.
Gam-kan sokabar tu 2-3 lapis biar tebal sikit tak senang rabak bila terbang nanti.
Pastu ambik penyapu lidi buat rangka.
Tali dia pakai benang sulam yang jenis wool tu.
Done.
Elok pun terbang layang-layang aku. Terbang megah di angkasa lagik.
Masa tu aku jadi trendsetter la. Haha.
Kemain eksen lagi aku adik-beradik kitorang je ada layang-layang.
Disebabkan main sorang tak best, jadi hasut orang lain main sama.
Tapi disebabkan ramai yang boleh tahan bengap tak tau buat layang-layang, maka bermulalah bisnes layang-layang! Wakakakakaka.
Tak mahal pun aku jual, 30sen je.
Lepas la nak buat beli ABC hari-hari kat sebelah kedai Kak Milah tu kan.
Nak buat apa jual mahal-mahal kan, barang semua free apa.
Sokabar free.
Benang ambik je kat kotak menjahit Mak Aji. Macam-macam kaler ada. Aku siap buat tali ikat tocang campur-campur 3 kaler okeh? Ok yang ni mahal sikit la sebab guna kreativiti. Hahaha.
Paling sedih bila penyapu lidi Mak Aji dari secekak tinggal sejemput.
Dan bila Mak Aji tau bisnes aku ni, dengan penyapu tu jugak dia balun aku.
Tak supportive lansung la dia ni. Bisnes baru nak berkembang. Cis.
Semalam aku ngan En Wan keluar dinner area Putra Heights je. Malas nak keluar jauh-jauh, tapi taknak makan Mr Food and mamak. Nak makan benda lain. Ada satu restoran quite baru jugak kat sini. Kalau tak salah aku ada sorang reader blog ni keje kat company yang bukak restoran tu, lupa apa nama reader tu. Awal bulan lepas aku ada iklankan pembukaan kedai ni tapi tak berpeluang nak pegi. So semalam asalnya aku nak makan otak-otak pastu En Wan ajak masuk restoran Maidah Cuisine.
Sekali pandang macam Secret Recipe.
Selection of makanan not bad. Ada western and asian cusine.
Menu book pun cantik.
En Wan kata restoran ni tukang masak dia di kalangan chef. Tak tau la mana sumber dia dapat.
Tapi staff-staff kat dalam tu nampak macam someone yang ada background in cooking. Penampilan pun kemas. Tapi semua laki. Takde pompuan.
Bagus!
Kriteria yang perlu ada dalam setiap restoran.
Lagi bagus kalau semuanya hensem-hensem. At least kalau makanan tak sedap, kenyang tengok mamat-mamat hensem pun jadiklah.
Contohnya mamat baju merah kat kaunter ni.
Buleh tahan suwit.
Tak gitu?
Ohhh, kita mesti bukan saja buat review pasal makanan, pekerja-pekerja juga harus dimasukkan dalam review. Sebab aku tau ramai anak-anak dara baca blog aku ni. Mana la tau kan. Boleh la nyambil-nyambil. Eh.
Macam best-best je makanan kat sini. Sandwich kat display tray tu pun macam tempting.
Maidah Cuisine ni connect dengan pasaraya. Pasaraya ni also satu company dengan Maidah.
Lepas makan semalam, kebetulan barang dalam freezer aku semua dah habis, so sempat la beli ikan ngan sotong kat dalam tu. Tak banyak sangat pilihan tapi boleh la kalau emergency case.
Macam SR kan?
Masa menunggu tak lama sangat walaupun orang boleh tahan ramai.
Aku and En Wan punya green apple asam boi.
Orange juice Redza punya.
Siap ada buah terselit kat glass lagik.
Kalau takat nak makan mee goreng kat mamak Anwar Maju pun bolehhhh.
Tapi laki aku ni nak jugak makan mee goreng sebab dia kata mee goreng ni ada udang.
Aku tak sempat rasa sebab En Wan sikit tak pelawa.
Berbuih aku tanya "Sedap tak? Pedas tak? Berminyak tak?".
Hampagas. Sikit dia paham hint aku.
Agaknya faktor usia la kot eh?
Lambat pickup.
Redza makan fish and chips.
Takde beza dengan fish and chip kat tempat lain.
Macam standard je semua pakai ikan dowry.
Tapi coleslaw dia kureng sikit. Macam masam-masam. And keras sikit.
Tapi takpelah, Redza bukan makan pun.
Aku pilih menu pertama sekali dalam senarai - Lamb Shank.
Hajat hati tu nak try la kot kambing kat sini lagi best dari Mr Food.
Tengok kat menu lamb shank ni served with garlic bread.
Ok lah, something different dari Mr Food. Mr Food tu serve dengan mashed potato.
Aku pun dah lama tak makan garlic bread kan. So semangat ni pi order lamb shank.
Aku punya sampai lambat sikit dari En Wan and Redza.
Masa kaunter panggil waiter "Lamb shank!" aku dah terbau something.
Bila waiter datang dekat, hidung aku makin bau lain macam.
...dan plate pun dihidangkan.
Korang tengok gamba ni korang rasa camana?
Especially those yang dah biasa makan lamb shank.
Adekah gravy-nya harus begitu?
Aku penah makan 2-3 kali. Sememangnya gravy lamb shank pelbagai but not this one.
Tau tak apa dia tu?
....gulai kambing yang biasa orang makan dengan nasik minyak/nasik beriyani.
Sorry, aku tak sure if lamb shank jenis ni is acceptable tapi seriesly aku tak expect this kind of lamb shank. Sumpah aku telan 2 gigit je. Sebab terasa macam meratah lauk gulai kambing. Kalau ada nasik beriyani aku dah mintak dah. Dah la kepala aku tune nak makan lamb shank ala-ala Mr Food/TGI/Windmill, sekali yang sampaiiiiiiiii.
Memang seriesly GULAI KAMBING!
En Wan kata aku ngengada.
Aku suruh dia makan test tengok boleh telan ke tak.
En Wan makan sesuap pastu pandang aku "Gulai??"
Ha kannnnnnnnnnnn?
Aku cakap tak cayaaaaaaaaaaaaa.
Aku ni Queen of the Kambings okkkk.
Kalau aku kata takleh masuk, means tak leh masuk!
Tapi kalau lamb shank ni datang dengan nasik, ok aku leh makan.
Tapi nak meratah sesaje macam ni memang tak reti.
Tapi En Wan gagahkan la jugak makan 5 suap supaya nampak macam plate tu bersentuh.
Terbuntang-buntang gak aku tengok mata dia nak menghabiskan.
Pastu En Wan suruh aku order makanan lain.
Masa kitorang mintak waiter tu angkat plate lamb, 2 orang waiter tanya anything wrong ke dengan makanan tu. En Wan selamba cakap "Rasa gulai la dik".
Aku leh imagine chef tu maki hamun kitorang kat dapur.
Order ni pulak.
Aku sebenarnya memang nak sangat ke TGI this week nak beli Nachos tapi En Wan malas nak drive ke IOI Mall.
Eh sekali kat menu nampak ada nachos pulak, so just nice lah. Jadi meng-orderlah aku.
Againnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Kureng masuk ke tekak.
Nachos dia ni sabit curahkan cheese and hirisan olive pastu tabur kuah spageti..??? Err...
First time aku jumpa nachos rendam dengan kuah spageti.
Ok lah, aku faham. Chef-chef selalunya suka improvisasi makanan tapi yang ni hmmm macam quite terlebey sudah. Takyah la kot rendam ngan kuah spageti.
Kiranya semalam, apa yang aku order takde ong.
Maka balik rumah ambik roti selet ngan butter, buat teh tarik.
Tu jugak penyudahnya. Lagi kenyang kot.
But tak try lagi makanan lain. Mungkin yang lain sedap.
Maybe sesape nak try silakan.
Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here