2013-07-03

Cerita bibik lagi


Baru-baru ni ada bibik jiran datang mintak makanan malam-malam kat rumah aku.
Tapi bukan mintak kat aku la, mintak kat dapur. Kebetulan bibik aku ada so dia pun hulur je la apa yang ada.
Aku jadi serba-salah pulak bila tau bibik aku bagi dia makanan.
Bukan berkira, tapi benda-benda macam ni secara tak lansung dah bagi kita satu persepsi yang lain kat jiran kita. Persepsi yang tak best.

Tapi ni bukan benda baru.
Before ni pun aku memang ada dengar-dengar cerita yang bibik tu macam kena torture je dengan majikan dia kalau bab-bab makan.
Pagi breakfast at 10am, tu pun lepas kemas-kemas rumah.
Pastu lunch at 3pm. Kalau aku dah konfem menggigil kebulur punya.
Then takde tea time team time ya. Tak merasa la ko minum petang kat Malaysia ni.
Terus santak kul 10pm kang baru jumpa nasik.
Gila lapar wehh.

Bibik dia ada bagitau yang atas esbok ada CCTV.
Motif letak CCTV atas fridge?

Aku macam nak caya tak caya je dengar cerita ni.
Tapi kalau dah sampai sanggup ketuk tingkap dapur mintak makanan aku rasa cam dah tahap kronik dah ni.
Maybe bukan majikan tak kasik makan, mungkin bibik tu kebetulan lapar sangat kot malam tu.
Ye la, toksah kata bibik, kita ni pun kalau duduk mengangkang tak buat apa pun kejap-kejap asik nak mengunyah. Nak lagi kalau time period. Asik nak makan je. Apetah lagi bibik yang sah-sah buat keje seharian. Lojik la kalau lapar pun. So macam tak patut jugak la kalau majikan catu-catu makanan. Tapi bibik pun mentang-mentang majikan tak kisah kau janganlah sampai mentekedarah je pulak macam kau ada share dalam rumah tu.

Dulu bibik lama dia pun jadi kes yang sama gak. Tapi tak mintak makanan la, cuma dia ada bagitau majikan dia tak bagi dia sentuh lauk dalam periuk or senduk nasik sendiri. Majikan dia sendiri yang akan siapkan makanan dia.
Gituuuuu. Ingat senang nak jumpa majikan sendukkan lauk-pauk untuk bibik makan?
Tapi kes ni lain.
Majikan dia sendukkan siap-siap nasik and lauk dalam pinggan, pastu nah kau makan ni.
Kalau habis, habis. Takde tambah-tambah ya. Berangan nak makan nasik tambah pun jangan.
Takut tak?
Kot majikan letak nasik banyak takpe. Kalau dia letak ikut selera dia yang tengah berdiet, how?

Pastu bibik dia yang dulu ada cakap dia kat situ tak pernah sekalipun makan sotong, udang, ketam, ayam and daging. Majikan allow nasik + sayur + ikan atau nasik + sayur + telo. 2 tahun makan macam tu je. Cuma variasi la, buat masak kicap, buat berlada, buat sup. Sure kentut manjang bau telo ni.

Majikan dah bagitau awal-awal masa mula-mula dia datang lagi, kalau nak makan udang ke sotong ke, kena potong gaji. Ada satu kali tu majikan masak ketam berlada and ada leftover. Dia cakap seminggu dah ketam tu dalam freezer takde sape nak makan, jadi dia pun panaskan and makan. Ujung bulan kena potong gaji. Rupanya majikan check hari-hari dalam fridge apa yang takde apa yang ada. Aku dengar macam eh betul ke orang macam ni pun ada?
Lauk dah seminggu dalam peti kot. Nak simpan sampai bulan puasa ke hape.

Bila bibik dia yang baru ni pun alami kes yang sama (bab-bab makan), tak ke dah satu hal pulak aku ada sangkaan yang tak baik pulak kat jiran aku tu?
Cuma aku harap benda ni co-incidence je la. Maybe bibik tu terlalu lapar malam tu. And kebetulan beras takde. Telo takde. Ikan masin takde. Sape tau kan?

Kadang-kadang malas gak nak percaya set-set bibik ni. Macam bibik Ida aku dulu pun sama la. Dia yang paling berhantu makan kat rumah, tapi at the same time dia canang aku tak bagi dia makan 6 bulan. So benda-benda macam ni payah betul nak percaya. Tu yang aku suka buat hal sendiri, malas campur orang. Kang kalau dah bercampur tu selalunya ada je cerita yang tak sedap nak dengar. Tak pepasal je kita ada sangkaan buruk kat orang tu padahal kita kenal pun tak.

Benda ni nasib-nasib gak.
Kadang-kadang dapat bibik baik, majikan buat perangai.
Kadang tu majikan baik, bibik cam siapalis.

Aku ni penah je makan hati 2 tahun semata-mata nak membela bibik. Ngalahkan bela anak sendiri. Kemain 'manja' lagi bibik aku tu. Asal aku balik outstation dia sama naik tunggu aku punggah beg nak claim ole-ole untuk dia. Nak je aku belikan ole-ole shaver. Biar dia sedar sikit bulu pepek dah berselirat ada hati nak manja ngan aku.

Payah kalau dapat bibik yang kita nak kena jaga hati dia sangat-sangat. Kalau tak kerana aku kenangkan dia tolong tengokkan anak aku time aku pi keje, dah lama aku balun ngan kuali.
Dia tak buat hal sangat cuma perangai dia tu alahai diva ya amattttt.
Cas anak orang kaya.
Pakai shampoo nak Rejoice Rich je. Aku yang majikan dia ni pun belasah je apa tajuk pun janji shampoo. Oh dia taknak. Tahan dia tergaru-garu macam ada kurap dari pakai shampoo other than Rejoice.
Tak makan mee mamak. Mak aku bagitau, dia selamba buang mee yang aku bungkus untuk dia dalam tong sampah, siap cakap "Ini bukan makanan saya".
Peghhhhh, cilakabanat sungguh statement.
Pastu aku beli Dominos pizza kemain cakap dia tak makan pizza nipis-nipis ni.
Ewah, dah cukup bagus aku bagi kau makan pizza nipis, kalau aku bagi kau makan kotak pizza tu baru kau tau nasib. Tak pun meh aku bagi makan penampa. Tengok pastu ko boleh makan ke tak.

Betul gak orang kata kita takleh nak melayan bibik macam famili.
Sebab bibik tu manusia. Manusia ni ada 'lemak'nya.
Dek kerana rasa macam keluarga dia pulak lebih sudu dari kuah. Famili katanya!
Mak mertua aku pernah sampai menangis sebab kena sound dengan salah sorang bibik aku.
Mak aku keluar dari bilik air tak lap kaki pun dia marah. mak aku sidai kain air menjejes-jejes atas lantai pun dia marah. Dia marah okeh??
Aku sendiri tak pernah marah mak mertua aku.

Oh, tapi pandaiiiiiii, time aku ada kat rumah pijak semut tak mati. Bila aku takde dia pulak bos, mak aku pulak bibik.
Silap dia was dia lupa Redza pandai bercakap.
Budak-budak mana tau menipu, memang aku tau la apa drama yang ko dah buat selama aku takde ni kan.
Kadang-kadang kalau tengok drama kat tv bila ada karakter-karakter bermuka-muka macam ni kita rasa cam takkan la orang macam ni ada. Eh tapi memang ada!
Cuma masa tu aku serba-salah sangat. Macam tak tau nak buat keputusan.
Skarang ni rasa macam apesal la dulu aku tak hempok je dia ngan batu giling? Tahan je aku pendam rasa sakit hati.

Memang serba-salah sebenarnya bila ada bibik ni.
Mana nak jaga hati sendiri, hati ahli keluarga yang lain, mana nak jaga hati bibik.
Macam aku, hati mak memang kena jaga, dah nama pun mak.
Tapi hati bibik pun kena jaga gak sebab kita perlukan khidmat dia.
Tapi lama-lama aku yang makan hati.
Aku faham kenapa ada yang taknak ambik bibik. Sebab taknak terjebak dengan stress-stress yang macam ni. Bila jadi kat diri sendiri kadang-kadang aku faham kenapa agaknya ada bibik yang kena dera. Gamaknya majikan dah hilang sabar, nak marah dah tak larat, hambik kau ni air panas.

Lenny kata ada sorang lagi bibik kat area rumah aku ni patutnya dah balik habis kontrak 2 tahun tapi majikan hantar dia balik Kelantan jaga mak pulak kat sana. padahal dia dah habis 2 tahun. Eh boleh ke majikan buat macam tu?
Aku macam tak caya je bila ada majikan yang sanggup buat macam tu tapi majikan tu dah 3 orang bibik dia lari setahu aku so tak tau la apa sebenarnya yang jadi dalam rumah tu. Lenny kata bibik yang kena hantar balik Kelantan tu bulan lepas dah siap bergamba ngan member-member bibik nak buat foto kenangan semua, alih-alih majikan tak kasik dia balik. Majikan paksa dia terus keje.
Kalau betul la benda macam ni jadik aku kesian la kat bibik tu.
Bayangkan kita duduk negara orang bertahun, tiba time nak balik, kita tak dibenarkan balik. Aduiiiiii, boleh gila macam ni.
Tetiba kepala aku relate-kan kes ni dengan 3 orang bibik dia yang lari. Adekah kes yang sama?

Ok ni yang aku malas bila banyak dengar cerita orang.
Dah satu hal aku nak memikir betul ke cerita tu, betul ke cerita ni.
Eh tak kosser lah. Tido lagi baik.
Nite.





Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here