walk on wings, tread in air: Kegigihan seorang wanita <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Kegigihan seorang wanita
2013-07-18


Kelmarin aku amukan sorang-sorang kat dapur.
Sorang tak berani masuk dapur hari tu. Mak mertua aku and bibik awal-awal lagi dah larikan diri kat hall. Hahah. Puncanya sebab nasik minyok.
En Wan teringin nak makan nasik minyak so aku pun excited la. Call mak mertua jangan start masak dulu, tunggu aku balik, aku nak sama-sama mengembeling tenaga. Cewah konon la.

Sampai-sampai rumah aku pun sexited ni, letak barang-barang semua dengan baju tak bersalin semua terus masuk dapur. Tengok semua bahan-bahan mak aku dah keluarkan siap-siap. Bawang halia semua dah berpotong. Ok good. So aku cakap takpela, biar aku masak sebab kejap je sebab benda nak tumis-tumis semua dorang dah readykan. Aku tengok daging masih terendam. Pegang sikit, ok keras sikit. Takpe, aku masak nasik dulu.

Dah tenggek nasik, aku pun mula la nak menumis gulai.
Daging dah lembut, masukkan dalam periuk, masuk segala tok nenek rempah, and biar mereneh.
Tapi sampai 3 kali air kering, daging aku tak empuk-empuk!
Masa kali pertama and kedua tambah air dalam periuk masih mampu memasak sampai ber-FB and ber-whatsapp. Masuk kali ketiga aku tambah air, time ni asap aku dah keluar. Ni kang, lauk tak mendidih, aku yang mendidih sudahnya.

Bayangkan, aku try siat daging guna fork and spoon also cannot potong. Amacam nak siat dengan gigi? Ni macam punya liat, pakai polident empat tiub pun boleh tercampak gigi kau. Masa ni aku dah merempan-rempan sorang-sorang kat dapur. Semua benda aku nak hempas. Kejap kang tudung periuk jatuh la, kejap gi sudip jatuh la. Biasa la kan dah nak pukul 6.30pm kot, mau tak gelabah lauk utama tak siap? Untuk beberapa ketika aku rasa macam rumah aku ada buat kenduri sebab gila bising. Semua benda aku nak hempas. Satu makhluk tak berani masuk dapur petang tu. Hahah.

Dah la aku kemain eksen lagi call En Wan sebelum tu bagitau takyah beli apa-apa kat bazar, balik je rumah terus aku masak nasik minyak. Pehhhh, berlagak sialll. Sekali, hambik kau. Tuhan bayar cash untuk keberlagakkan aku petang tu. Kalau aku tak repair gulai ni kesian semua orang kena makan daging keras pelantung. So aku terus transfer masuk dalam pressure cooker. Selalunya kalau aku masak sup tulang, aku biar pressure cooker tu berbunyi sampai 10 kali baru aku tutup api. So aku bajet kalau daging keras camni maybe dalam 6-7 ringing dah leh tutup api dah. Sekali hancur daging aku kauuuuuuuuu. Ok masa ni temperature aku dah sama dengan temperature cooker. Apetah lagi masa kelam-kelibut nak transfer gulai masuk pressure cooker aku lupa nak asingkan kentang. Maka boleh imagine la kan kalau daging pun hancur apetah lagi kentang. Memang bersememeh gulai aku petang tu.

Ko penah tak kalau macam malang bertimpa, kau takleh nangis pastu ko gelak. Penah?
Macam tu la aku petang tu. Masa tengok gulai aku dah berselepet-selepet, aku terus gelak. Berlari mak aku masuk dapur tengok aku. Mesti mak aku tak kasik aku masak dah pasni. Troma dia. Menantu dia masak pun jadi gila gelak sorang-sorang.

Frust.

Dah la penat balik keje.
Sexited nak masak nasik minyak.
Tapi daging buat hal.

Mak aku cakap memang masa dia basuh daging tu dia tengok daging tu dipotong salah.
Dulu penah dah sekali terkena. Sejam merebus pun still keras, rupanya daging potong salah urat.

Aku takde pilihan melainkan goreng ayam sebagai backup.
Dah la aku goreng ayam drummet A1 tu. Gila tak feel makan nasik minyak ngan ayam drummet.




Berbekalkan aura MacGyver, aku telah berjaya me-repair gulai daging aku dalam masa 20 minit sebelum waktu buka.
Err..actually bukan repair la, tapi masak baru.
Gulai yang dah bersememeh tu, tolak tepi.
Daging pun belum keras lagi dalam freezer. Keluarkan balik, basuh-basuh, terus masukkan dalam pressure cooker. Sementara dia nak lembut tu, aku tumis gulai kat periuk lain. Ni kekdah orang panggil tumis darat kan?

Elok je cecah 5 ringing, tutup api.
Rilek kejap kasik wap habis keluar, pastu transfer daging masuk dalam gulai. DONE!
Adapun gamba di atas adelah gulai 2nd version.
Jangan tanya la yang 1st version camana rupa dia, kang terbayang benda lain lak kang.

Rasa nak nangis bila berjaya siapkan gulai.
Wahhh, over. Masak gulai je pun.
Syabas! Syabas! *tepuk bahu sendiri*

Sesungguhnya wanita memang tabah dan gigih kan?
Cuma nasihat aku pada para suami, kalau ko dengar bunyik kat dapur macam nak terbalik time bini ko masak, ko cuma perlu diamkan diri dan buat tak reti je. Sebab itu adelah bunyi-bunyi kegigihan seorang wanita.


 Menu berbuka kemarin .
Nasik minyak, acar timur, gulai daging separuh nyawa, ayam drummet, lala berlado (En Wan beli), ketupat palas (memang sentiasa dalam stok maklom la laki ai orang tganu katakan) and kuih-kuih yang En Wan beli kat kantin kilang dia. 


Boleh tahan lala ni.
Walaupun dia kata tajuknya Lala Berlado.
Tapi lado dio tak podeh. 
Lado apokah?


Kasik tuan besar makan dulu.

Malam tu pulak jadi satu kejadian kat tuan besar ni.
Around 11pm macam tu la, aku ni bersandar membelakangkan tingkap bilik aku. Blind pulak kebetulan aku bukak sebab macam rasa nak biar nampak lampu kelip-kelip yang En Wan pasang kat pokok. Pastu Rayyan masuk bilik. Dia masuk bilik dia tenung je arah aku. Yang aku ni panggil la dia, "Adik, nape? Sini kat mama"

"Anak, akut" (taknak, takut)

"Adik takut apa?"

"Akut"

Mata dia pandang ke kat arah aku.
Pastu aku tersedar aku bukak blind.
Omigod, Rayyan nampak apa kat belakang aku ni?
Terus aku kejung kejap kat situ. Tak berani nak gerak. Gila takut dowh.
Pastu Rayyan lari keluar.
Ko just bayangkan apa keadaan aku masa tu. Dah la takde orang kat bilik. Semua kat bawah, aku sorang je kat atas. Masa tu aku terfikir roh sape la yang muncul bulan-bulan puasa niiiiii. Mesti Rayyan nampak, budak kecik kan senang nak nampak benda-benda macam ni.
Aku takde choice, aku terus jerit. 
Jerit sambil mengejungkan diri tak gerak-gerak.

"Abanggggggggggggggggggggggggg!! Abangggggggggggggggggggggggggggggggg!"

Tapi En Wan tak dengar. Bibik naik.

"Nape Madam?"

"Apa ada blakang saya? Kat tingkap"

Bibik datang kat tingkap check-check "Takde apa Madam"

Terus aku bangkit and tengok tingkap.
Takde apa-apa.

"Tadi, Rayyan masuk bilik pastu dia pandang ke kat saya. Dia cakap takut takut. Pastu dia lari. Mesti dia nampak apa-apa"

Bibik senyum.

"Dia takut Madam agaknya. Muka putih"

Baru aku teringat, aku tengah pakai mask rupanya.
Shialan.
Bodoh gila aku rasa hari tu.
Boleh la pulak nak bajet ada hantu bulan-bulan puasa kan.
Hantu pun tak selera nak takutkan aku. Puiii.



Orang tengah kaya dengan udang laut katakan.
Haruslah mentekedarah udang laut je hari-hari. Haha.
Ramai jugak yang mintak nombor tokey udang ni lepas aku publish pasal udang ni hari tu.
Aku ingatkan kawan kilang En Wan, sebab cara bersembang macam dah kenal lama. Rupanya repeat customer Superdry dia. En Wan kata orangnya baik, cikgu skolah rupanya.

"La! Customer Superdry abang? Maknanya dia reader blog Di ke?"

"Wife dia reader Di"

Wah wah wahhh. Aku ada reader tokei udang rupanya.
Aku mintak En Wan tanyakan if dia boleh dapatkan udang yang besor tapak tangan tu. Dapat 6 ekor jadiklah. Buat lemak cili api sedap oiiii. Dulu masa aku rajin keje kat Sabah and Labuan, asal pegi je mesti bawak balik udang tu.


 

En Wan request siakap 3 rasa semalam.
Dia ni kalau nak request taknak satu hari sebelom.
Hari yang sama, pukul 3pm, baru dia call hantar request.
Tunggang terbalik aku nak menggodek fridge carik apa bahan yang ada.
Semalam ikan siakap aku takde sos ikan and capsicum. Blasah la pakai cili potong.
Tapi tak menjejaskan rasa. Yang penting tepung jagung mesti mau ada. Barulah krup krap krup krap bunyik dia.

Tapi terpaksa potong dua ikan ni sebab kuali tak cukup lebar.
Ada alasan pasni nak beli kuali baru.
Ada sesape jual kuali kat sini?


Menu semalam.
Walaupun ada udang, ada ikan siakap bagai tetapi tempe dilupa jangan.
Bawalah lambang kejawaan di mana juga kau berada.
Aku siap position-kan mangkuk tempe tu biar betul-betul depan kerusi aku okeh.
Macamkan ramai benar nak bergasak ambik tempe siap aku nak cop tempat duduk depan tempe segala. Aku sorang je yang makan padahal pun.



Yang tanya camne rupa color BLUE skinny jeans tu, ok ni aku pakai semalam gi keje.
Warna biru dia cantek. Of crossss aku ambik satu siap-siap.
Kaler biru dia macam kaler kain skolah menengah yang masih fresh. Bukan kain skolah menengah yang dah berkepam ya. Kaler dia bright. Cantik.

Semalam dah pos 1st batch.
Yang bayar pukul 3pm ke atas, aku dah siapkan semua, today pos laju pickup untuk 2nd batch.
Mana yang buat payment today aku pos esok ya sebab hari ni aku ada sebutharga penting nak buat. Tapi enquiry insyallah boleh reply, cuma postage buat esok.

Untuk kemudahan korang yang nak purchase, ni aku bagitau yang size 31 semua sold out, yang tinggal cuma kaler putih sehelai.

Kaler black, dark green and khaki untuk semua size sold out.

Boleh klik link kat bawah untuk isi form.



Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Senarai Agen Mak Aji's Cookies : Click here


posted by aveo757 @ 8:24 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER