Adapun beginilah rupa kerutup udang saya semalam.
Lichennnnnn.
Yang buatkan kerutup ni lagi best (pehh tak tahannnn puji masakan sendiri) adelah sebab udang dia udang laut. Tak main udang sangkar okeh.
Udang ni la yang aku beli dari kawan En Wan tu. En Wan kata dia tu Sabahan, so dia balik bawak udang berkilo-kilo. Dah la besar, murah gila. En Wan pun tak tau budak tu bisnes udang, until la dia call tanya nak tak udang laut dari Sabah. Aku mintak snap picture dulu. Ok la RM30 sekilo. Udang laut selalu lagi mahal dari harga ni. Dah la udang dia padat-padat. Puas hati. Tak nyesal beli sekali terus 2 kilo padahal udang beli kat pasar ada lagi sekilo dalam freezer. Balun udang je la nampaknya aku minggu ni.
Kalau sesape rasa nak beli udang ni bagitau ya, nanti aku mintak En Wan bagi nombor dia.
Pastu sebab beli udang, dapat la free otak-otak ni dia bagi sekali. Dapat lah aku merasa otak-otak berbuka semalam. Panggang sendiri.
Ni menu berbuka semalam punya cerita.
Yang masak sendiri cuma kerutup udang and sayur bayam je. Ayam goleh haruslah beli saje. Tak tempat aku nak golekkan ayam dalam rumah ni. Kuih semua beli.
Itupun tak habis.
Padahal tak banyak mana pun makanan semalam tapi macam full je perut. Sejak puasa ni aku blom pernah bertambah nasik makan. Kalau sahur tu ada la 2 kali dah kot aku tambah nasik.
Bulan puasa mesti ramai orang beli kuih dalam kelonsong tu kan? Tajuk dia tepung pelita kan?
Mak Aji pun mesti carik kuih ni. En Wan pun sama. Apa yang sedap sangat tak tau. Tapi kalau bulan puasa je mesti gerai yang jual kuih ni beratur panjang gila. Aku tak reti nak makan sangat kuih ni. En Wan kata kuih ni senang nak makan bulan-bulan puasa macam ni sebab main sedut-sedut je. Kuih lain susah nak kena kunyah. Gila pemalas sampai kunyah pun taknak. Nak lagi senang meh aku buatkan bubur sebulan. Bukan takat sedut-sedut, togok terus pun boleh.
Semalam 2 orang anak sedara En Wan nak berbuka kat rumah kitorang.
Baguslah jugak, baru la riuh sikit. Balik-balik hadap muka En Wan je kan. Agak bosan jugak la.
Hahaha. Derhaka.
Hari ni aku di jalanan the whole day.
Dari pagi sampai ke petang. Ingatkan puasa-puasa ni lepak kat opis je rupanya ada jugak benda aku kena settle kat luar. Seb baik cuaca hari ni mendung je. Kalau panas agak mencabar jugak la. Dah la dalam kereta ada standby air. Haha.
Hari ni aku dah buat postage untuk semua 34 set of deal RM590.
Yang set 2 box and 1 box also sekaligus pos today, yang bayar hari ni sehingga pukul 12 noon tadi pun aku dah release sekali. Sebab esok aku tak dapat nak buat postage, ada visitor. So postage akan start balik Rabu ya.
Cumanya satu benda yang aku tertinggal tak masukkan dalam set RM590 hari ni.
Actually those yang dalam 1st batch last week, dalam pakej tu aku selit kad raya. Jumaat lepas aku dah nampak kad raya ada atas meja, tapi aku tangguh sign. Tau-tau tak ingat dah. Alih-alih tadi balik tengok atas meja ada 34 kad raya blom bersign. Great. Jadinya, untuk yang 34 orang (pakej RM590) ni, aku ucapkan Selamat Hari Raya kat sini je lah. Kira aci la ya.
Aku sempat email 5 orang je hari ni bagitau tracking number masing-masing.
Aku try email the rest lepas sahur esok ya, sebab aku dah layu dah now ni.
Yang ambik sendiri kat rumah, please check balik kalau hadiah korang tu betul or not.
Apa-apa hal, email aku semula.
Brader pos laju yang ni baik.
Tapi lagi baik yang dulu. Now brader pos laju yang dulu tu dah jadi polis dah.
Kawen siap datang rumah hantar kad by hand.
Sampai skang ada dalam pending fren request. Aku tak accept.
Nanti dia tau pulak split personality aku. So better don't.
Apa pendapat korang?
Aku dah tiada kata-kata.
Bulan-bulan puasa ni aku taknak mencarut.
Yang aku tau, minggu depan bilik ni mesti kembali menjadi guest room semula.
Kalau tak, aku bungkus dia dengan banner Superdry ni!
Berbulu betul aku tengok guest room aku dah macam store room.
Penuh bersusun sampai ke lantai baju-baju Superdry. Dah macam warehouse.
Tu belum lagi yang dah masuk dalam kotak-kotak tinggal nak angkut naik lori je.
Dengan patung dia lagi, dengan hanger dia lagi, gila rimas okkk.
Ni semua stok yang En Wan akan bawak ke Terengganu next week. Yang design ni dia takkan letak kat blog. Ini memang batch untuk kat booth only. Dia bukak booth kat sana start 15 Ramadhan, tapi aku tak sure la kat belah mana. Aku malas nak ambik tau. Tu yang siap tempah banner bagai.
Rasanya ada windbreaker, jeans, T Shirt, and Polo Superdry shirt jugak, ntah la, sape nak tau email la dia. Aku tak kosser nak kelebet stok-stok dia. Jangan tanya aku ya.
Yang ni menu today.
Dah makin simple dah aku tengok lauk-pauk aku ni.
Hari ni masak asam pedas ikan merah dengan paru goreng.
Pastu En Wan request nak makan cekodok udang, layankan je la.
Hari ni dia cuti, so dia terlebih rajin gi bazar carikkan kuih cara berlauk favourite aku.
Tapi tak lalu kat tekak la pulak, sebab kuih cara berlauk dia bukan kari daging tapi lauk sardine. First time makan cara berlaukkan sardin. So blom terbiasa lagi. Jadi agak kureng sikit.
Cekodok aku ni layak dihidangkan kat ahli klorga je. Kalau hidang kat tetamu mau pitam bangun pitam bangun tujuhblas jali. Aku kalau buat cekodok udang memang besar-besar penumbuk. Sebab aku pastikan dalam setiap cekodok tu mesti ada 2 ekor udang. Baru puas hati makan. Nak muatkan dua ekor udang mana leh cekodok kecik-kecik kan, haruslah gedabak-gedabak. Gila tak berseni cekodok aku. Kalau cikgu ERT aku tengok dah boleh bajet markah aku dapat.
Seperti yang dijangka, kuih paling tak berseni ni jugakla yang settle dulu.
Beriya-ia En Wan ngan Redza makan. Sure kagum mak mertua aku kan, air tangan menantu dia sangat lazat rupanya. Wahh gitu. Cekodok je pun padahal.
Kasik chan la. Orang kalau tak berapa terer masak ni dapat buat cekodok pun dah bangga gila, seminggu cerita cekodok je tak abis-abis. Siap snap zoom kamera lagi. Wakkakaka. Cam sial.
Ok, skinny jeans ready stock.
Only RM44/pc, free postage.
Size available from 28-31.
Limited kuantiti.
Sabar ya, nanti aku upoad satu-satu. Aku ngantuk. Nak tido dulu.
Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here