2013-07-15

Sumbangan diperlukan

 
Friends,
 
Ada kawan kita yang memerlukan pertolongan.
Adik dia baru-baru ni accident and kos pembedahan, kos perubatan dan miscellaneous perlukan duit yang agak banyak.

Luangkan masa untuk baca email dia pada aku, kat bawah ni :
 
 
Assalamualaikum Diana,
 
Here is the story about my brother, saya tulis dlm bahasa...
 
Nama: Muhammad Uthman bin Surur @ Arif, 
Pelajar tahun akhir UITM cawangan Dungun, Terengganu.
Program: Ijazah Sarjana Muda Islamic Banking.
 
Details kejadian :
Pada 6/7/2013, lebih kurang jam 3 pagi, Uthman telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. sememangnya sudah menjadi rutin harian beliau bersama rakan2 untuk pergi makan dikawasan berhampiran rumah sewa mereka selepas habis mentelaah pelajaran. Mereka dalam persediaan untuk pembentangan akhir pada keesokan harinya (7/7/2013) dan akan menduduki peperiksaan kertas terakhir pada 11/7/2013. Dalam kejadian itu dia bersama rakan (pemandu kereta) menaiki kereta jenis Perodua Kancil. Saksi kejadian yg juga merupakan rakan2 yg menaiki sebuah kereta lain berkata, kereta kancil ini cuba memotong kereta mereka di sebuah selekoh berhampiran rumah sewa mereka. Kereta yg dipandu laju itu gagal dikawal lalu melanggar tembok rumah orang kampong sebelum berpusing dan merempuh pokok. Dikatakan kedua-dua mangsa terpelanting keluar dari kereta. Kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke hospital Dungun. Namun Uthman terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah kerana mengalami kecederaan yang serius.Pemandu mengalami patah kaki dan tangan.
 
 


 
Kecederaan Uthman :
Uthman mengalami pendarahan dalam otak, patah tulang tengkuk, patah tulang belakang, patah tulang hidung serta keretakan pada tulang2 muka dan rahang.
 
Keadaan Uthman sekarang :
Uthman kini stabil setelah menjalani pembedahan di kepala bagi membuang darah beku di bahagian otak. Menurut doctor, tempurung kepala beliau masih belum dipasang atas sebab-sebab yg  saya kurang pasti. YG pasti doctor menerangkan bahawa tempurung ini akan disambung semula selepas 6-7 bulan akan datang. Disini, Uthman terpaksa menjalani satu lagi pembedahan.
Proses selanjutnya, Uthman akan menjalani pembedahan tulang belakang dengan segera bagi mengelakkan kecederaan yg lebih serius. dan setelah stabil barulah akan dijalankan pembedahan pada bahagian muka dan seterusnya penyambungan semula tempurung kepala. Harap semua proses ini berjalan lancar.
 
 
 
Medical condition :
Doktor melaporkan kecederaan yg dialami oleh Uthman agak teruk. Kecederaan dikepala telah menyebabkan sedikit kerosakan ada sel-sel bahagian hadapan otak. Namun kecederaan ini tidak akan memberi impak kepada keadaan fizikal. keseimbangan dan memori Uthman. Kecederaan tulang tengkuk juga tidak serius. Walaupun patah, tulang tersebut dikelilingi oleh otot-otot dan sel-sel yang masih mampu menyokong tulang terbabit dan sekali gus tidak memudaratkan pesakit.
 
Manakala kecederaan pada tulang belakang sedikit membimbangkan. Berdasarkan laporan, Uthman mengalami kederaan yang teruk pada saraf. Ini akan memungkinkan Uthman lumpuh (sy dan keluarga berdoa dan berharap agar ini cuma ramalan). Selepas pembedahan ini, Uthman mungkin dihantar ke Pusat Rehabilisasi di Cheras. Ini adalah atas permintaan kami agar Uthman dapat dipindahkan ke mana2 hospital yg berhampiran dengan kami. Kami adik beradik kebanyakannya tinggal di Selangor. Jadi, para doctor menjadangkan tempat khas ini.
 
Financial :
Setakat ini pihak hospital masih belum beritahu maki berapa kos pembedahan kepala yg telah dibuat pada hari kejadian. Namun, mereka meminta kami bayar kos pembelian besi yg akan dipasang pada tulang belakang Uthman. Kos besi2 ini sahaja sudah menjangkau RM 15,500.00.
 
Uthman tidak mempunyai sebarang insurans selain dari insurans yg disediakan oleh pihak UITM. Doktor dari UITM telah datang dan membuat pemeriksaan. Dan mereka menganggarkan pihak UITM akan memberi pampasan sebanyak RM10,000.00.
 
Sudah tentu sahaja jumlah itu tidak mencukupi, tetapi kami sudah sangat bersyukur. Memandangkan banyak lagi siri pembedahan yang bakal Uthman lalui, tentu sahaja kos akan meningkat. Justeru, bantuan dari orang ramai memang sangat-sangat kami alu-alukan. Kami bukan la suka meminta-minta begini. Namun saya terpaksa lakukan juga demi adik saya yang bercita-cita mahu membantu keluarga selepas habis belajar kelak. Segala jenis bantuan dan sumbangan, saya bagi pihak Uthman dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih dan mendoakan agar anda semua sejahtera didunia dan akhirat. Amin...
 

Ok, kalau ada sesape yang nak hulurkan bantuan kewangan, boleh gunakan banking details di bawah. Sumbangan akan masuk terus ke akaun bank Muhammad Uthman.
 
Nama: Muhammad Uthman bin Surur @Arif
Bank: Maybank
A/C No: 1641 6488 6540
Email:arnida.arif@gmail.com (kakak)