2013-07-14

BAK


Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, sekiranya anda ternampak game-game alert and notification membabitkan aku kat FB, sila abaikan. Jangan get excited nampak aku main game ya, sebab aku blom layak lagi nak menceburkan diri dalam dunia game kat FB. Kasik aku menang sekali dulu main dam aji baru aku join game-game kat FB ni.




Ni memang keje Redza la tu. Bila aku tanya dia, Redza ada main Hay Day ke?
Dia kata "Eh! Mana mama tau??"

Dah ko guna akaun FB aku lagi mau tanya.
Patut la dia sibuk suruh aku createkan akaun FB untuk dia. Rupanya nak main game.
Aku lupa pulak yang bapak dia pun ada akaun FB yang hidup segan mati tak mau tu.
Kalau aku tau dia aktif main game FB, baik aku bagi akaun bapak dia je.

Yang pegi pasar beli sayur tu ke yang game Farmville dulu busy-busy orang semua main?
Tak sangka anak aku pun terjebak sama.
Setakat ni aku cuma layan Mahjong ngan Unblocked Me je, tu pun kalau stuck kat traffic lite.
Kadang-kadang aku teman gak Redza main Draw Something, tapi macam senang sangat la pulak game tu. Sebab tu aku pilih Unblocked Me, thrill sikit. Tu pasal sampai skang sangkut kat level 230 tak gerak-gerak. Nak game mencabar sangat, hambik kau. Terus tercabar. Puiii.



Semalam (sabtu), bawak dua beradik ni pi beli baju melayu.
Port kegemaran En Wan sejak 5 tahun lepas : BAK at Anggerik Mall, Shah Alam.
Dulu BAK ni ada kat satu tempat lain, lupa kat mana. Masa tu masa kitorang masuk BAK takde orang lansung. Pastu kedai dia macam ekslusif sikit, agaknya sebab tu orang takut nak masuk. Tapi En Wan kan suka keluar masuk kedai. Dia memang agak sardin sikit keluar masuk kedai tapi tak beli. Tapi bila masuk BAK tu rasa cam ok la jahitan and material kain dia. Baju dia jenis terletak and sedap pakai.

Lepas tu kitorang jalan-jalan kat Anggerik Mall and nampak BAK pun ada kat situ. Jadi, memang kat situ je la port En Wan beli baju melayu. Sabtu lepas, kul 10am keluar sementara Redza masih fresh. Kang bawak petang-petang melepek satu hal pulak. Bawak Rayyan sekali. berdebar-debar je aku nak angkut si Rayyan pilih baju ni. Dia ni tak makan saman sikit. Tapi nasib baik hari tu dia agak behave sikit la. Suruh test baju pun nak. Tapi sekali harung la empat orang sekali masuk fitting room tu. Sebab Rayyan nak masuk sama dengan abang dia. Yang Redza pulak hanya nak salin baju kalau bapak dia ada sekali. Yang Rayyan pulak nak salin baju kalau mak dia ada sekali. Sudahnya macam nak roboh fitting room tu kitorang kejekan. Macam sakai okeh empat beranak memekak kat dalam macam tak pernah beli baju.



Songket (sampin) dia pun not bad. 
Memang songket Terengganu.
En Wan kalau beli baju melayu for raya memang kena sekali harung dengan kain sampin, so kat BAK ni tak susah sebab sampin dia banyak pilihan.



Tahun ni En Wan pilih kaler dusty pink.
3 beranak semua sepesen.
So now tinggal aku je kena buat baju pakai kaler dusty pink. 
Padahal aku dah ada 3 baju dah ni, satu kaler fuschia (baju modren kurung dalam Fleur Closet aku dah rembat siang-siang selai), pastu lagi 2 helai baju kurung pesak satu kaler maroon, satu kaler purple. Ingatkan dia akan pilih la mana-mana dari 3 color baju aku, rupanya tak. Maka, kena lah aku buat satu baju lagi.


Baju budak-budak kat BAK pun banyak. Kain sedap-sedap.
Tak caya sila pegi try sendiri.


First time dapat jumpa sampin yang sedondon untuk Redza and Rayyan. Tapi kaler pink la. Hahha.
Takpe, bila lagi nak suruh anak lelaki pakai pink. Time kecik ni dia nak la pakai. Esok dah besar konfem taknak pakai pink dah.


Sampin En Wan also dia pilih dusty pink and gold color.
Cam ye ye je beli baju anak semua sedondon.
Tapi time bergamba kang mesti ada je anak aku tak cukup sorang dalam gamba tu.
Sentap.


Silakan berkunjung ke BAK.
Tak salah aku, hari tu dia bagi 10% diskaun.




Ini menu semalam.
Nasik ayam.
Macam biasa, nasik ayam aku mesti kena ada telur.
Roti jala mak buatkan. Popia and murtabak beli. Gila tak sedap murtabak dia. Popia boleh la.
Tu yang aku menyampah kalau beli kat bazar ramadhan ni, cantik je lebih, rasa out.
Padahal murtabak tu dari hari pertama lagi En Wan dah start beli, ingatkan hari pertama biasa la kalau terkurang lebih tu. Ni dah hari keompek pun camtu gak rasa dia. Tobat tak beli dah pasni.

Tapi sebenarnya kan, bulan-bulan puasa ni tak payah nak extra ordinary sangat. Sebab once kita dah berbuka nanti, perut tetap rasa kenyang walaupun berbuka dengan telo mata tuang kicap. Macam semalam kan, En Wan tanya if nak makan kat luar or not. Memang excited la dengar perkataan "Jom, gi makan kat luar" tapi bila terpandangkan si Rayyan, mati niat aku terus. Tu yang pertama.

Yang keduanya, kalau nak berbuka kat luar time-time puasa ni, my concern is surau.
Kalau surau dia jauh nak mamps pastu tak selesa, tu jugak akan mematikan shaywat nak berbuka kat luar.

Third, the food.
Orang kalau tengah lapar, dia senang nak melahar.
Kadang-kadang api kelihatan keluar dari hidung juga.
Jadi, bila aku dah bersiap, dan menunggu makanan, serta mengeluarkan duit yang agak banyak, tapi makanan cam &+(;%%##, memang mengundang kehadiran split personality. Jangan main-main. Aku punya alter-ego ni kadang-kadang macam jin aprit.

Jadi, bila semalam En Wan ajak makan kat luar, aku tanya balik 'Nak makan luar tu agak-agak nak makan apa?'

'Nasik kerabu ke, nasik ayam ke...'

Hoihhh, kalau nasik tenuk ke boleh la makan kat luar.
Takat nak makan nasik ayam request kat aku je la sudah.
Takde la sedap macam Nasik Ayam Tat tu, tapi nasik hayam la jugak hasilnya.

Hari ni aku masak kerutup udang.
Kawan En Wan balik dari Sabah bawak balik udang laut besar-besar. So dia tanya En Wan nak ke tak. Aku mintak 2kg terus. Penuh satu shelf freezer dengan udang je. So hari ni kita try buat kerutup udang. Sedap tak sedap tak tau. Esok kita cerita.




Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here