2013-06-21

Tganu - 2


Malam lepas rombongan ke TTI, kitorang pekena ikan bakor kat Restoran Hairudin Omar (Hai-O).
Jangan tanya aku kat mana.
Aku tak tau tapi rasanya dekat dengan Masjid Terapung sebab malam tu lepas makan aku gi hantar Ephyra kat sorang jejaka UiTM KT. Jarak antara restoran Hai-O dengan UiTM KT tu dekat bebenau, so aku rasa restoran ni area masjid terapung tu. Nama tempat tak tau.
Tapi dia masuk ke dalam sikit.

Boleh tahan ramai orang kat situ.
Padahal aku datang around 9pm kot but sotong, udang, ketam semua habis.
Seb baik ikan banyak lagi. So kitorang pilih ikan siakap bakar, ikan pari bakar, tomyam campur and telur bistik.



Ni je la gamba paling clear En Wan boleh snap.
Kawasan ni memang gelap. Aku nak melangkah puntakut kaki termasuk lubang.



Ikan siakap dia comel-comel je. Kalau ikut tekak aku, sekor tu memang cukup-cukup aku ngan En Wan belasah berdua. Sebab tu ambik ikan pari lagi sekor.
 
 
 
Ruang restoran yang ciri-ciri desa.
 
 

Ruang membakor ikan.
Mentang-mentang la restorang pemain bola, dia nyer skrin tayang bola manjanggg.



Tomyam dia sedappppppppppppppp tapi pedas (pedas ikut lidah aku la)
Kuah dia pekat.
Best!
 


Telor bistik.
Sos bistik dia sedap. Cuma selalunya aku makan telor bistik mesti ada terselit udang 2-3 ekor tapi yang ni cuma sayur je. Agaknya sebab udang dah habis.



Ikan bakor.
Sedap sambal dia, macam ada rasa petai-petai sikit tapi tak pulak aku nampak petainya.
Dia genyeh sekali dengan cili kot.
 
Takde apa sangat la ko nak expect datang sini.
Biasa-biasa je tempat dia. Cuma ikan dia boleh tahan sedap, tomyam marvelles, service cepat. Kiranya menepati semua ciri kedai makan yang ok.
Orang pi kedai makan mesti la nak makanan tu sedap and cepat kan. So kira ok dah tu Restoran Hai-O ni. Tapi nama retsoran ni bykan Hai-O. Apa ntah nama dia. Sri Ayu kot.

 


Nama pun 10 tahun sekali jejak Tganu kan, so haruslah kita sebagai tuan rumah bawak jalan-jalan.
Mak Aji ngan Pak Aji lom penah tengok waterfront KT, so kita bawak la dorang.
Tapi blom ada apa sangat pun kat sini. Malap je la pulak aku tengok malam tu. Dulu aku pegi kemain meriah lagi dengan lampu.
 
 

Ahad, aku keje kat UMT.
Memandangkan keluar pagi-pagi, jadi kita breakfast dulu kat Manir.
Lagi sekali jangan tanya apa tajuk restoran. Aku kalau pi makan jarang nak tengok nama kedai. Aku tengok apa lauk ada je.

Tapi kedai ni memang terkenal dengan nasik dagangnya.
Aku takleh nak makan nasik dagang kat sana sebab semua pakai ikan aya.
Kalau aku makan konfem pastu resdung aku bergembira. Jadi selalunya kalau teringin nak makan nasik dagang, mak aku akan buatkan tapi aku nyer lauk adelah ayam goreng. Spesel kan aku?

Pagi tu aku pekena nasik minyok.
Tapi sebab aku leka dengan henfon tak sempat nak tahan makcik tu dari tuang kuah and sambal atas nasik. Jadi, agak kureng sikit aku nak telan nasik minyok hari tu. Aku tak suka makan nasik minyok berkuah. Suka makan kering-kering.



En Wan punya.
Nasik dagang.



Nasik minyok aku.



Tu diaaaaa...nasik dagang sekawah.
 
Tapi kan, yang aku kagum sangat dengan makcik-makcik kat kedai makan, kat pasar payang, baik yang jual kain, baik yang jual ikan masin, semuaaaaaaaaaaaaaaanya pakai baju kurung batik sutera!
Kau mampu?
 
Masa aku gi pasar payang hari tu, kat pasar basah bawah tu, rilek je sorang makcik ni duduk bersila jual keropok-keropok, sotong kering segala, pakia baju batik sutera yang terkini tu. Yang siap ada batu-batu merelip satu badan. Kita ni je yang poyo simpan baju batik merelip nak buat pakia pi event-event gempak. Makcik pasar payang gila selamba jual ikan masin pakai batik sutera crepe okehh. Nangis aku.
 
Jadi marilah kita jangan poyo sangat simpan baju batik crepe merelip hanya untuk pi wedding kat hotel-hotel. Pakailah walaupun nak pegi pasar malam. Sila malu dengan makcik pasar payang ya.
 
 
 
Lepas habis keje, singgah kantin Kak Long kat Batu Rakit. Kat sekolah Padang Kamunting.
Dasyat gila budak-budak skarang pi skolah bawak moto sesaje. Tak main la bawak BMX. Zaman-zaman aku dulu kalau bawak beskal tu dah habis gempak. Now boleh jalan ya. Gwa main moto-moto je.
 
 

Belah kiri anak Kak Ngah. Dia balik bercuti.
Belah kanan anak kak Long. Nurse-nurse kat HKT boleh standby ya. Hehe.

Hari tu aku datang pekerja Kak Long semua terdiri dari anak and menantu.
Tapi aku pegi dah pukul 12 lebih so budak-budak pun dah takde. Baru aku plan nak tolong jual sekali. Bila lagi nak merasa kan. Mengimbas kembali zaman budak-budak berebut beli nasik lemak kejung. Ingat lagi dulu, kalau waktu rehat tu gila hiruk-pikuk kat kantin.

'Kak, nasik lemak satu!'
'Kak, sirap satu!'
'Kak, goreng pisang singgit!'
'Kak, pepsi!'
'Kak, keropok singgit!'

Anak-anak kak long cakap, skarang pun sama gak.
Dah dibagitau kepok habis, still lagi 'Kak, kepok seriyal! Kak kepok dua riyal!'



Kebersihan adelah penting ya.
Ini dua orang lagi anak dara Kak Long.
Yang tengah basuh tu akan masuk Kolej MARA Isnin ni.
Yang dok menyapu tu another dokter, errr...rasanya mintak posting Sabah kalau tak salah aku.
 
 

Kak Long, tokey kantin tengah goreng pisang.
Aku tanya apesal dah habis waktu rehat pun nak masak lagi?
Oh rupanya balik dari sekolah nanti budak-budak ramai gak singgah kantin beli pisang goreng and kepok pulak. And sometimes the cikgu-cikgu pun beli lauk tengahari bungkus.
 


Tempat makan bilik guru
 
 

Kantin.
Siap ada alas meja bagai.



LIHATLAH DUNIA!!

Petang tu En Wan bawak pi makan kat Warung Pok Nong kat Batu Rakit.
Ni pun Intan (menantu Kak Long) yang suggest. Tapi dia dah bagitau awal-awal. Kalau pi warung Pok Nong ni kena standby sotong betul-betul depan kaunter. Sebab selalunya sotong sampai je, tak sampai 10 saat dah tinggal dulang.

Kebetulan ada email masuk dari reader also suggest tempat yang sama :


 
So pasni kalau korang nak pi makan sotong, boleh consider Warung Pok Nong.
Warung ni tak besar, tapi penuh!
Pastu murah gila!
Aku ambik sotong 5 ekor. Sotong besaq-besaq okkk, rasanya ada la dalam sekilo aku ambik)
Pastu ikan 2 ekor, udang 10 ekor, kepok 10 keping, air kelapa 1, teh o ais 3 = RM52 saje!
 
 

Agak-agak sesat boleh la kot call nombor henfon tu.
Bagitau sekali aku buat promo tambahan eh? Haha.


 
Ni namanya tak makan saman.
Orang lain semua ambik kat depan kaunter.
Dia ambik kat dalam kaunter. Punyala takut tak dapat sotong sampai masuk ke dalam kedai.
Sardin je muka dia kan?



Sama kaler baju ngan pinggan.



Setiap meja dia siapkan gunting untuk menggunting sotong sebab sotong dia gila bapak besar!



Bibik Lenny hanya mampu memandang je sebab dia tak makan sotong and udang.
Jadi, silakan makan ikan and kepok saje.


 
M.A.H.V.E.L.L.E.S
 
 
 
Alololo....tembunnya pipi tuan tanah.
Rasa nak sagat ngan kertas pasir je.




On the way balik dari Batu Rakit, benti jap beli kepok lekor kat Manir.
Sini lah port aku beli. Tak main dah kepok Losong. Tak sedap. Ngahaha.
Tapi pegi pun dah petang sangat so memang ngam-ngam kepok tinggal RM40 je.
Maka aku beli la semua sebab ada reader order.
Jadi bermulalah kerjaya ku sebagai supplier kepok pulak.

Disebabkan syrofoam box aku semua standard size muat-muat isi kit-kit aku, jadi tak muat la pulak aku nak masukkan kepok ni dalam box. Jadi aku potong siap-siap, bungkus balik ngan sokabar, masukkan dalam styrofoam boz and letak icepack untuk bagi suhu dia maintain cool. Jadi bila reader tu dapat, segalanya sudah siap dipotong. Anda hanya perlu mengukus semula (kalau nak), kalau taknak, boleh terus campakkan dalam kuali. Tidak perlu memotong lagi.
Best tak servis aku? Mih mih mih.





Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here