Gituuuuuu.
Siap tanya aku pakai skincare apa kan.
Rasa pelik pun ada orang tanya aku pasal skin. Sebab memang kalau bab-bab skin, penjagaan kulit muka, apetah lagi produk-produk pencerahan wajah, memang semua ni tak pernah terbayang la one day ada orang nak discuss dengan aku pasal beautycare. Macam-macam ala-ala bayangan gurauan gitu.
Tapi takpe, aku share jugak apa produk yang aku guna.
Kalau rasa bagus, boleh jadi rujukan.
Agak-agak tak bagus, kau jadikkan je la aku ni pedoman.
Actually aku dah slowly tinggalkan Clinique. Aku dah start guna Shu Uemura sejak last year.
Tapi ada la jugak Clinique yang aku masih guna macam mask and toner dia, tu pun sebab blom habis lagi. Lipstik Clinique pun aku guna lagi. Rasanya aku kekal dengan lipstik ni kot sebab aku suka kaler dia. Tapi aku ni jenis asal sempat je. Kadang-kadang kalau barang dah habis aku sauk je apa yang ada dalam shower tu. Kadang-kadang tu pencuci muka En Wan pun aku bedal. Janji muka aku bersabun. Kalau susah sangat shower gel Dettol tu pun boleh ajeeee. Aku sebenarnya bukan jenis yang concern sangat la pasal muka and kulit. Sebab tu aku boleh dikatakan tak pernah pakai lotion badan. Bukan jenis yang sapu-sapu lotion before tido. Nama je beli night cream tapi selalunya tak pakai pun. Aku simpan je buat emergency. Agak-agak sok day cream aku habis, aku tenyeh je night cream. Janji cream.
Aku jenis ambik yang basic.
Janji sabun badan.
Janji sabun muka.
Janji rambut shampoo.
Janji muka pakai bedak.
Sebab aku ni pemalas sikit. Tu pasal agaknya dulu muka aku berkerak.
Skarang kurang la sikit cuma kaler je takde perubahan.
Kotak belah kiri tu terbalik. Sorry la ya, aku nak cepat gi keje pagi tadi. Main snap je.
Dari kiri :
1. Vitalizing Refining Lotion Red Juvenus (toner)
2. Mosturizing Emulsion Deepsea Hydrability
3. Tsuya Skin (serum)
4. Intense Revitalizing Concentrate Red Juvenus (serum)
Actually toner Red Juvenus tu aku baru je start guna last week. Sebelum ni aku guna toner dari range Deepsea (biru). Before aku tukar je Deepsea toner, aku masih lagi pakai toner Clinique kaler pink (No. 2 kalau tak salah). Deepsea toner ni best sangat. Aku dapat rasa beza dia dengan toner Clinique. Muka aku tak berat sangat bila sapu the toner. So baru-baru ni sales tu suggest aku guna toner Red Juvenus ni so aku gamble je la. Tapi not bad la toner ni, lebih kurang macam Deepsea jugak. Cuma maybe komponen dia dalam tu je khas untuk wanita berusia.
Pastu mosturizing emulsion tu aku stick tu Deepsea punya range.
But yang palingggggggggggg aku suka is Tsuya Skin.
Tsuya skin ni jadikan kulit kau nampak radiant and lichennnn. Now ada promo RM320 sebotol. Dulu RM350. Beli Tsuya Skin ni, ko dapat travelling pack botol sebelah tu - Intense Revitalizing Concentrate. Yang ni pun serum gak tapi dia lebih fokuskan pada anti-aging. Aku pakai sekali je baru. Nanti kalau aku outstation mana-mana baru aku bawak and pakai.
Tu je la pun 3 benda aku tepek kat muka before pakai bedak.
Step dia : Toner + Tsuya + Mosturizer.
Lepas mosturizer terus pakai bedak.
No foundation base. No concealer. No entah apa-apa lagi krim tambahan tak reti aku.
Aku rasa macam muka aku boleh jadi berat kalau pakai banyak benda.
Yang ni pulak pencuci muka and mask.
Aku guna cleansing oil kaler biru. Konon la kan ada effect whitening bagai. Dah masuk botol ke-ompek tang mana yang putih pun aku tak tau la. Maybe kulit aku skarang ni dah consider putih la kot. Putih la sikit dari budak Bawani tu. Kahahahaha *gelakkan diri sendiri*
Botol biru dah nak abis so aku standby beli botol pink. Sama je cleansing oil gak cuma yang pink ni lagi fresh and soft. Bau pun lagi sedap. Biru tu pekat sikit. Yang pink ni cair. Tapi aku pakai ni kalau muka aku bermekap je. Kalau muka aku takde apa aku sabun pakai Dettol je sudah.
Yang botol biru kecik tu mask.
Mask dia bukan peel off, bukan clay.
Tapi macam liquid yang melekit. Dia tak mengeras pun. Kau boleh bercakap bergelak segala, takpe. Sapu je kat muka and lepas 15-20 minits bilas. Tu je.
Yang 2 botol last tu sample aku beli Tsuya Skin.
Tu pun cleasing oil gak. Tapi yang kaler kuning and hijau punya. Cleasing oil Shu Uemura ni pelbagai. So far aku lom try lagi yang 2 botol kecik ni. Tapi pada aku kalau dah nama pembersih muka tu aku pedulik apa kau kaler hijau ke, biru ke, itam ke, janji boleh buat muka aku bersih. Done.
Hari tu aku letak gamba aku duduk ala-ala Laksamana Bentan mengadap Sultan Mahmud kat FB. Cam siyallll je budak ni siap buat comparison bagai. Cihibssss.
Status cam haram : Jangan disangka yang BURUK.....
Betapa lahhhhh berterus-terangnya reader-reader aku kan.
Puiiii.
Elok la tu.
Lepas type panjang-panjang pasal Shu Uemura, ujung-ujung aku tepek gamba ni.
Kesian Shu Uemura. Nasib kau la.
Ok, Sabtu lepas ada shooting new design Fleur by Mrs Him.
Modern kurung.
Masih mengekalkan konsep peplum cuma tak berapa kembang sangat. Aku buat ala-ala kebaya je.
Kali ni lari dari material chiffon.
Material silky velvet (top) and songket (bottom).
Full lining.
Jahitan manik disekeliling pinggang.
Hoih, jangan mintak diskaun eh, sebab penat tailor menjahit manik tu.
Kalau pi Jakel dah sah-sah dia charge kau RM300/meter untuk manik sahaja!
Lagipun songket tau je la kan harga camana.
Aku jahit full lining lagik.
Kalau nak tengok more gamba, boleh ke FB : Fleur by Mrs Him.
Jangan masuk Fleur Closet, dalam tu blom letak apa-apa gamba lagi sebab web developer tengah design new shopping cart.
Code : Mustard
Code : Blue Tusca
Code : Pink
Code : Fuschia
Code : Lavender
Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here