2013-06-19

Tganu - 1


Jumaat lepas aku gerak balik Tganu sebab Ahad ada keje kat UMT.
Aku ni kalau ada keje kat UMT je mesti aku bantai pegi hari Ahad sebab En Wan kedekut cuti.
Tapi nak ikut balik kampung. Tapi kedekut cuti.
Maka no choice terpaksa la aku keje Ahad.

En Wan lah orang Tganu yang paling bahagia sekali aku rasa.
Sejak aku setup company tahun 2008, sampai sekarang everytime balik Tganu dia tak kuar duit se-sen pun. Sebab semuanya claim company atas urusan keje so dia pun sangat lahhhhhhhhhhhhhhhh riang gembira. Kejap-kejap dia tanya aku 'Di takde keje ke kat UMT?'. Macam concern je bunyiknya kan? Padahalllllll.

Ni tahun ni turn balik raya Tganu,awal-awal dia dah cakap 'Jom kita balik 4 hari awal nak? Di boleh keje kat UMT sekali. Abang leh hantarkan'.
Wah wah wahhhhhh kemain lagi suggestion Tuan Penasihat.

Kebetulan Ibal pun ada meeting kat Tganu so dia angkut Mak Aji and Pak Aji sekali. Tapi dorang stay Primula. Aku anak-beranak balik rumah mak la kan. Kejadah apa aku sekali nak check in hotel.
Memandangkan Ibal keje jadi Mak Aji ngan Pak Aji terperap je la kat bilik. Sabtu aku memang tak keje so aku bawak dia pi Pasar Payang. Cewah, AKU yang bawak okehhh. Cas pemandu pelancong sangatttt.

Sebenarnya aku yang nak pegi. Nak carik baju tido kaftan.
Dah 3 kali aku beli kat satu kedai ni. Kedai ni dia punya kaftan memang cecah RM45/sehelai tapi kain dia sedap. Cotton yang tak mudah tersiat. Dulu aku beli kaftan yang bangsa less than RM20 tu dua kali basuh dah nipis benau kain dia, boleh buat kain buruk terus. Pantang tersadung je terus tersiat. Aku lupa nama kedai tapi kedai dia dekat area food court atas kedai Payang tu, betul-betul depan simpang. Corak dia pun cantik-cantik. Hari tu aku share ngan Mak Aji beli 6 helai, dapat la RM100/3 helai.




Anak yang mithali memang macam ni.
Tolong carikkan baju batik untuk ayah beliau.
Tapi ayahnya pulak yang manjang je tak berkenan.
Pak Aji ni memang jenis yang kena dibelikan senyap-senyap. Kalau suruh dia pilih memang habis round pat ratus kedai pun dia tak beli-beli.
 
Kalau korang nak beli baju batik kan, aku rasa yang cantik-cantik ada kat kedai yang aku beli baju tido kaftan tu. Bukan kedai yang dalam gamba ni. Kedai lain. Kedai ni kitorang singgah lalu-lalu je.
 


Akhirnya Tuan Penasihat ni yang rembat selai baju batik. Aku belikan for Father's Day.
Kalau nak suruh dia beli memang manjang je la 'Tak payah'.
Cuba kita offer, kemain laju pilih.

En Wan memang ada sehelai je kemeja batik dari zaman blaja kat Jepun dulu. Kira la kan berapa tahun dah. Pesen pun dah out. Dia kata dia malas nak beli kemeja batik sebab dia keje kilang je. Kilang mana ada event yang gempak-gempak nak kena pakai batik segala. Pastu dia cakap kenduri kawen orang-orang tua je pakai kemeja batik. Orang muda pakai T Shirt je.

Muda wakluuuuu.

Tapi kat kedai ni kitorang dapat diskaun yang tak diduga.
Masa pakcik ni tengah bungkus baju En Wan dia sembang tanya orang mana. Rupanya dia pun orang Manir. En Wan cakap la dia duduk kat Pulau Bahagia, anak Wan Dagang. Terperanjat pakcik tu anak Wan Dagang masuk kedai dia sebab dia kata rata-rata orang Pasar Payang memang kenal dengan Wan Dagang. In fact dia dulu penah keje dengan arwah ayah. Lantasssss dapat diskaun. Hehehe.



Dulu kalau pi Pasar Payang mesti beli tudung bawal untuk Mak Aji.
Now dah tak banyak dah tudung bawal kat sana. Orang suka pakai tudung instant je kot now ni.
Tapi kain batik memangggggggggggggggg lah menguji keimanan aku yang tak berapa tebal ni.
Pusing sini nak beli. Kang pusing sana nak beli.

Tapi satu je la yang membuatkan aku berjaya untuk tak beli kain batik ni adelah sebab aku malas nak gosok. Gila leceh kot nak gosok bju batik. Nak menjaga membasuh satu hal lagi. Semua nak kena teliti. Aku pulak bangsa main campak je dalam mesin basuh. Kosser aku nak rendam dengan pencuci khas segala. Dulu zaman-zaman anak dara memang la banyak masa aku. Lagi sejam nak gosok baju batik, aku basahkankan dulu dengan air pastu bungkus dalam plastik, masukkan dalam esbok. Agak-agak sejam dalam esbok baru keluarkan and gosok. Konfem licin baju batik kau. Tu petua Mak Aji.

Dulu boleh la.
Skarang ni asal masuk keta je pangku Rayyan. Tu belum apa-apa lagi. Baru dia duduk je atas riba baju aku dah renyuk. Blom dia menggeletis bersilat. Toksah kata baju, brooch tudung pun boleh tercampak.



Baju aku ni macam bahabs betul la.
Memang la aku ni dah sedia tembun tapi baju ni menambahkan lagi kebadakkan aku. Puiiii.
Patut la baju ni datang dengan tali pinggang sekali. Kedut-kedut kat depan tu betul-betul buatkan aku nampak macam mengandung 8 bulan.
 
Sape nak baju ni?
Aku nak jual.
VOIR.
Size M.



Kalau ambik gamba macam orang kena Parkinson ni memang bukan aku ya.
Ini memang En Wan punya keje.
 
Gula-gula syiling ni sedap kan?
Kat sini dah payah nak jumpa.
Kat Tganu bersepah.



Ni apa eh?
Buah kana ke?
Sebab aku tak penah makan buah kana so aku tak kenal.
Tapi plastik buah kana pesen macam ni jugak.


 
Gula-gula sarang burung.
First time nampak. First time dengar.
Tak penah rasa.



Tolo penyu.
En Wan tak penah kasik aku makan ni. Dia kata konfem aku takleh makan.
 
 
Kenapa Di takleh makan lak? Rasa dia camne?
 
Rasa dia masiM
 
M ya, bukan N. Well......En Wan lah katakan.
*mata ke atas, tangan kat tetek*
 
Masin? La, apa yang peliknya. Telo masin Di makan apa.
 
Yang ni lain. Dia lembik-lembik sikit.
 
Dah nama telo kan. Memang la lembik. Ada ke telo yang keras?
 
Adaaaaaaaaaaaaa *angkat-angkat kening*
 
 
Sumpah muka macam perogol bersiri.
 


Port biasa En Wan.
Jeruk kelubi.
Cukup aku tak berkenan dia makan jeruk ni. Dia ni kalau makan jeruk siap dengan air jeruk tu sekali dia togok. Macamkan nikmat sangat.
 
Selalu dia beli kelubi dengan kulit sebab dia suka sedut air kat kulit kelubi tu.
Tapi hari tu takde pulak. So dia beli yang dah siap kopek kulit.
 


Bentuk kelubi tu macam bontot ayam pun ada. Macam kepala kote pun ada.
Geli ai.
 


Ok ni best.
Lalu kat sini bau cam sedap je.
Serunding daging.
Tapi aku tak penah beli, tumpang bau je.
Sebab always mak mertua aku akan supply serunding daging dia sendiri.



En Wan kata pakcik ni berada di port yang sama sejak bertahun yang dulu. Dari sejak dia kecik.
Dulu, arwah ayah ada perusahaan kantin and produce dedak ayam kalau tak salah aku.
So everyday mak akan follow lori ke pasar payang borong barang-barang mentah untuk diagih-agihkan ke kantin-kantin dorang. Peng-escort tegar adelah En Wan. Biasa la kan, teman mak gi pasar ujung-ujung dapatlah cukai komik satu dua bijik. Jadi En Wan memang perasan muka pakcik ni dari zaman dia kecik sampai now masih ada di sana, di port yang sama. Cuma kitorang pegi hari tu tak bawak mak. Kalau bawak mak memang konfem benti sembang lama ni. Pernah dulu kitorang bawak mak sekali ke pasar payang. Kejap-kejap ada orang tahan benti sembang. Kejap-kejap orang tahan benti sembang. Mabuk ai.
 
 
 
Bukan selalu Mak Aji ngan Pak Aji datang Tganu. Kalau takde sebab memang tak sampai punya.
Last dorang sampai Tganu was 10 tahun lepas, tu pun masa arwah ayah meninggal.
So mak mertua aku dah mintak kitorang bawak Pak Aji and Mak Aji masuk TTI. Dia suruh kitorang leka-lekakan dorang berdua so that time makan terus bawak ke rumah.
 
Haishhh, kalau bab aktiviti yang melekakan tu serah je kat aku. Tau la aku buat. Silap-silap aku yang terlebih leka tak ingat nak balik. Kebetulan, bibik Lenny belum pernah masuk TTI so just the right time la semua ada sana.
 
Tapi buggy car dah ada orang reserve pulak. Kebetulan ada rombongan kanak-kanak Ribena, so satu buggy pun takdak untuk orang lain. Samada naik ketapi atau naik beskal.
Malas la pulak nak naik ketapi. Aku memang tak suka berjalan ikut schedule orang. Dah la rakyat aku ramai ni. Kang nak tergesa-gesa nak ikut time si ketapi ni pulak. Kita jalan nak rilek-rilek.
 
 
 
Abang terpaksa mengalah.
Adik mati-mati nak jadi astronout yang tinggi.
 
 
 
TADAAAAAA!!
 
Mari naik beskal.
 
Eh cam haram la pulak baju aku ni.
Cam bonyo badan aku dowh.
Nak kena jual baju ni. Kena jual!
 
*salahkan baju, padahallll*
 
Tapi jangan risau. Walaupun paddle tu banyak seolah-olah kau kena kayuh, tapi sebenarnya tak pun.
Kau kayuh mula-mula je pastu nanti otomatik pakai bateri. Kira macam kau kayuh sikit dulu untuk gerakkan enjin. Bukan nak suruh kayuh beria. Kalau kena kayuh sepanjang-panjang kat TTI ni boleh tertanggal kepala lutut Pak Aji. Dan nescaya body aku dah macam Naomi Campbell now.
 
Sebenarnya naik beskal ni tak menyebabkan kau berpeluh lansung.
Tapi sebab aku bawak sorang panglima yang sama sibuk nak kayuh and at the same time pegang stereng, aku rasa macam kalori aku dah terbakar ribu-ribu nak melayan perangai dia. Dengan aku-aku sekali rasa nak terbakar.
 
 

Lupa dah apa nama masjid ni, tapi kat Indonesia.
 
 

Pak Aji memang suka kalau pi tempat-tempat yang ada elemen-elemen sejarah macam ni.
Nak pulak dia dulu cikgu Sejarah jugak.

Aku ingat lagi lagi 2-3 hari nak SPM, ada satu malam tu aku mengemas bilik. Kepala aku dah sengkak nak membaca buku, lagipun aku bangang pun ada gak sikit so baca banyak-banyak pun tak guna. Jadi aku mengemas nak hilangkan stress. Punggah punya punggah terjumpa satu buku nota ringkas siap dengan soalan and jawapan sekali kat blakang. Buku tu macam buku teks yang ringkas, yang setiap bab ada latihan objektif and subjektif.

Belek-belek, eh macam best pulak buku ni. Aku ingat lagi kertas dia macam recycled paper tu, kulit buku kaler pink.
Nota dalam tu ringkas, padat and senang faham. Terus terbenti kejap mengemas.
Nak dijadikan cerita, aku baca kat bahagian adat-adat pepatih yang ada Undang, Luak, etc.
Aku pun baca lah jawapan kat blakang pasal adat-adat tu.
Time exam Sejarah, soalan subjektif (kena huraikan dalam bentuk karangan) antara option yang di bagi was adat pepatih ni. I tell you, sebijik sebijon soalan. And aku pun hiraikan sebijik sebijon macam apa yang ada kat jawapan. Memang macam air terjun isi-isi dia aku keluarkan.

Bila balik rumah beria aku bagitau soalan keluar sebijik macam dalam buku yang aku baca.
Belek balik penulis buku tu sekali ISHAK BIN NAIM daaaaaa.
Gigil kejap aku baca.
Bapak siap tulis buku latihan Sejarah, anak kalau bangang sejarah tak tau la nak cakap apa kan.

Masa aku jumpa cikgu sejarah aku nak ucap thank you sebab sejarah aku dapat A2, cikgu tu sendiri terperanjat sebab hanya dia saje yang tau berapa keputusan sejarah aku time trial. Hahha.
Aku ni vangang okkk. Dan juga pemalas.
Everytime subjek sekarah aku tukar duduk kerusi belakang sebab tak tau la samada cikgu tu yang boring or the subject tu yang boring. Tapi memang aku tak berminat.
Buku latihan Pak Aji tu memang penyelamat sebab aku tak tau macamana ia terjadi tapi kebanyakkan soalan yang ada dalam SPM Sejarah 1994 ada dalam buku yang Pak Aji tulis tu.

Kalau la sesape yang penah ada pengalaman Pak Aji sebagai cikgu Sejarah mesti akan tau how best Pak Aji mengajar. Pak Aji penah mengajar kat sekolah Jalan San Peng (kalau betul la ejaan ni). Sekolah ni ramai chinese and kebanyakkannya terlibat dengan samseng. Tapi time Sejarah, dorang jadi suka. Sebab Pak Aji ni kalau bercerita pasal perang, siap dengan sound effect bunyi senapang, bunyi bom atom, bunyi periuk api. So budak-budak samseng ni seronok time Sejarah. Sampai skarang pun Pak Aji kalau bercerita mesti nak kena selang-seli dengan sound effect. Nak lagi kalau dengar lagu. Tetiba je nanti dia bergendang, dia buat bunyik bass segala. Ada je lah yang dia tak puas hati dengan muzik arrangement orang tu.

Masa aku praktikal kat SIRIM final year dulu, ada sorang budak tu sembang punya sembang dia bagitau makcik dia dulu blajat kat STF (Tun Fatimah). So aku bagitau la bapak aku dulu mengajar sana sebagai guru BM, Sejarah and Brass Band. Dia balik tanya makcik dia, makcik dia so excited dapat tau cikgu dia now (dulu la) kat Jabatan Pendidikan Selangor. Siap bagitau dulu, budak-budak STF gelarkan Pak Aji 'Mr TDH' - Tall, Dark and Handsome *lap peluh dengar*

Tetiba terbayang-bayang filem Adik Manja.
Adekah Pak Aji dalam situasi tu dulu?
Oh tidakkkkkk.



Nak sampai kat tempat yang real tak tau la zaman bila.
Nak pulak dengan tebiat aku yang takut naik katerbang ni kan.
Kita bergambo je la kat depan replika ni.
 
Masa tengok video pasal Taj Mahal ni dia cakap arkitek-arkitek, pelukis, tukang bina semua dipotong tangannya lepas Taj Mahal siap. Pak Aji pulak kata kalau ikut sejarah yang benar, mata dorang yang dicungkil supaya tak boleh nampak dan tak boleh design yang lagi cantik dari ni. Wallahualam.
 



First time aku pi TTI, kincir air ni blom siap lagi.
Now dah siap, mari kita lihat apa ada dalam.
 


Takde apa pun kat dalam.
Cuma dia letak gamba and sejarah kincir air dulu-dulu.
Orang yang buta sejarah cam aku ni mana la nak kisah pasal kincir air.
Janji rumah aku ada air sudahhhh.
 
 
 

Seb baik panglima kenit ni behave masa tayangan video.
Tapi aku standy duduk row blakang. Mana la tau kot-kot tiba-tiba dia bukak silat pengantin kat dalam tu senang sikit aku nak tarik keluar.
Masa ni tayangan asal Masjid Al-Aqsa and Qubbat As-Sakhrah.
 
 
 
En Wan memang tak makan saman punya worang.
Makin diletak sign NO KAMERA makin berlambak-lambak dia snap kat dalam ni.
 
 
 
 
Replica Qubbat As-Sakhrah.
Insyallah, kalau diizin, nak pi sini pulak.
 
Errrr.....berapa jam flight?
 
 
 
Orang perempuan kata lelaki yang bawak henbeg perempuan tak sexy dan tak macho.
Takpela bang, ko tak bawak henbeg aku pun tetap tak sexy.
Jadi, takde masalah.
Bawaklah.
 
 
 
Masa first time aku pi 'Al-Haram' di TTI, aku nangis sebab mengenangkan bila la dapat pegi Mekah.
Alhamdulillah, kali kedua aku pi TTI ni, aku dah sampai Al-Haram.
Beria aku carik mana pintu King Aziz kat 'Al-Haram' ni.
 
Melihatkan kelaku panglima kenit aku kat sini, aku rasa mungkin blom masanya aku bawak dia ke Mekah. Dia punya bunga silat agak heavy sejak-akhir-akhir ni.
 
 
 
Tak banyak gamba aku ambik kat TTI kali ni sebab tak menang tangan aku nak memegang Rayyan. Asik berkuntau je tak reti duduk diam. Herot-berot shawl aku.
Muka aku toksah cakap la, dah bapak punya berlendir ni.
 
Masa nak hantar balik beskal ni kitorang accident kat roundabout ni. Boleh?
En Wan la punya bijaksana. Dia kat depan dengan anak-anak bujang dia kontrol beskal. Kitorang semua kat belakang. Biasa la kan dengan Redza pegang stereng, Rayyan pegang stereng. Mana nak jaga beskal, mana nak pegang panglima lagi. Last-last accident langgar tembok. Seb baik tak menjunam aku. Kalau tak, mesti dikejauhan nampak macam nangka masak berwarna pink jatuh tergolek bergulung-gulung.
 
Hangin betul aku dengan En Wan. Dia ni semua benda nak laju.
Macam nak tertanggal tudung aku. Asik nak merempit je keje dia. Tak sedor bawak mak pak mertua kat belakang. Dia nak jugak kona lipat kat roundabout. Nasib baik tak terlipat makbapak aku. Kalau tak siapppp. Aku lipat-lipatkan kau jadi sarung ketupat.
 
 
 
Balik dari TTI terus bawak pi rumah mak.
Mak dah standy dengan lauk-lauk kampungnya. Siap ada jantung pisang bagai. Tapi aku pandang je, tak reti nak makan camana.
 
Cerita pasal makan sotong esok-esok.





Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here