2013-06-12

Tema Hari Ni : Canto.


Ada sesape di kalangan Chinese readers blog ni yang celebrate besday Wong Kak Kui (Beyond) Isnin lepas?

Aku sebenarnya tak berapa nak ingat Ka Kui's besday, kalau Leslie tu memang takkan lupa punya.
Cuma letak reminder kat calendar aku 30th June ni anniversarry Kak Kui yang ke 20th.
Pejam celik pejam celi dah 20 tahun Ka Kui mati.

Tak sangka FanPage Ka Kui upload kan video ni :



Terpekik aku nampak video ni kat wall.
Rasa nak gugur jantung!!!
Aku memang carik lamaaaaaaaaaaaaaaaa gila video ni.
Ni masa anugerah Jade Solid Gold (JSG) tahun 1993.
Anugerah ni paling best sebab 90% lagu-lagu kat dalam ni aku boleh sing along time tu.
Semua artis yang perform malam tu aku kenal nama dia.
Walaupun takde subtittle aku tetap tengok sampai 2 jam lebih.
Dek kerana nak tunggu anugerah Jade Solid Gold ni la raya cina aku sanggup tido sorang kat rumah (Bangi) 2 malam sebab nak rekod semua cerita cina yang keluar kat tv. Mak Aji Pak Aji semua balik Tampin, aku mati-mati nak tinggal rumah padahal aku ni penakut tido sorang, tapi sebab cerita cina punya pasal, aku tabah.

Tapi sebenarnya aku tak tido sangat pun sebab cerota cina 24 hours tu.
Pulak tu semua artis yang keluar time tu aku kenal so macam best je layan semua walaupun aku tak paham.

Masa layan JSG malam tu, aku tak tau pun dorang ada buat tribute tu Danny Chan and Wong Ka Kui.
Dua-dua ni mati tahun yang sama.
Cuma Ka Kui mati kat Japan, jatuh dari stage.
Danny pulak sampai skarang misteri gila tak tau dia mati sebab apa.

Bengkak-bengkak mata aku tengok scene tribute.
Masa tu Ka Kui kira masih fresh lagi mati so the kesedihan still ada.
Kalau ingat-ingat balik aku ni macam kena sumpah dek hantu Cina. Aku rasa orang Cina pun tak se-hardcore aku layan Jade Solid Gold bagai sampai sanggup ponteng tusyen. Bodo.

Tapi aku puas hati sikit tak nyesal tak balik kampung sebab malam tu kat JSG siap ada Leslie sebagai tetamu khas. Pehhh, gila pueh hati kena tinggal rumah sorang. Walaupun 2 malam aku malam nasi ngan telo kicap je tapi hati berbunga gembira. Biasak la kan, orang takde balak ni selalunya memang feeling lebih dengan artis. Sebab tau takkan dapat punya. So apa salahnya kita feeling. Hahha.

Tapi aku macam over sikit la minat ngan Ka Kui.
Lepas Ka Kui mati aku macam meroyan. Sanggup ikat perut tak belanja apa-apa kat kantin nak simpan duit borong semua kaset Beyond. Time ni banyak gila dorang release The Best of Beyond. Pastu mags Galaxy kejap-kejap update pasal cerita dia mati, funeral, kehidupan dia dulu, bla bla bla.
Takkan nak mintak Mak Aji duit nak beli kaset Cina kan, kang tak cukup ngan poster, dengan aku-aku sekali dia siat-siatkan.

Masa ni aku boleh dikatakan keadaan agak 'kritikal' macam laki aku pulak yang mati.
Sikit-sikit nak nangis.
Asal lalu depan kedai kaset mesti kedai tu tengah pasang video konsert or lagu-lagu Beyond. Nangis lagi.
Asal lalu depan kedai majalah je aku kelebet majalah hiburan cina. Flip je dah nampak muka Ka Kui. Merembes lagiiiii.
Masa tu semua cerita Cina aku nak tengok mana la tau kot-kot terselit muka Beyond ke kan. Time tu aku macam taknak lepaskan sikit pun peluang, dapat tengok gamba Beyond kat mana-mana 0.03 saat pun aku dah happy. Sampai ke tahap nak tengok berita Cina TV2 kul 6pm tu.
Gila.
Tu yang gamaknya Mak Aji risau je ngan aku habis poster aku dirabak-rabakkan.
Masa tu aku rasa oneday aku akan kawen jugak dengan lelaki yang macam muka cina sebab mata aku memang suka nau ngan spesis-spesis macam tu.
Dapat la muka En Wan ni ha.
Takde la macam cina sangat tapi boleh la asal mata kau sepet sikit, kulit putih, kira jadiklah tu.
Tapi bila orang bagitau muka En Wan macam Tony leung Chiu Wai, aku serta-merta nak nangis.
Sedih aku mengenangkan nasib si Tony tu ada orang samakan dia ngan En Wan. Cis.



Masa ni pun aku merembes jugak tengok.
Ni 3 yrs after Ka Kui mati dorang buat konsert.
Tapi sedih la dah takde Ka Kui kat tengah-tengah sebab Ka Kui lead vocalist.
And paling sedih bila tengok adik dia (bassist) takleh teruskan menyanyi sebab sedih sangat, luckily fans and the rest of the members sambung nyanyi. Kalau aku ada sekali sana mesti aku pun sama naik nyanyi.

Masa aku pi HK dulu, before pegi tu siap buat homework tanya ustaz ustazah sana sini boleh ke kalau nak ziarah kubur Ka Kui. Takde nak buat apa pun, just nak lalu depan je jadiklah. Konfius je muka ustazah-ustazah tengok dengan aku. Kau dah takde tempat lain lagi nak ziarah ke hape.

Tapi sebenarnya boleh tau.
Tinggal lagi tujuan kita ziarah ke kubur tu biar memberi manfaat pada si mati dan keinsafan pada tukang ziarah. Habis kalau aku ziarah kubur Ka Kui apa manfaat boleh bagi pun kan, bukan boleh doa pun. Lagipun aku gi ngan Mak Aji Pak Aji sekali. Jangan buat pasal. Kalau Mak Aji tau plan aku nak ziarah kubur Ka Kui sah dia jegil bijik mata sampai tersembul.

Kelmarin aku dah usha-usha room kat Mandarin Oriental HK. Plannya macam nak pegi end of March. Aku nak duduk hotel tu bukan nak menikmati pandangan harbour pun tapi nak dapatkan date 1st April sebenarnya. Every 1st April dorang berkumpul depan Mandarin ni sebab nak celebrate death anniversarry Leslie. So boleh la aku menyelit sekali nak tengok apa dorang buat hari tu. Plannya macam tu la tapi tak tau la dapat ke tak sebab laki aku tu kan engineer merangkap tukang pegang kunci kilang. Kalau dia tak masuk opis kilang tu tak jalan. Puii.



Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here