2013-06-11

Objektif


Semalam ada 2 orang mesej kat FB aku tanya pendapat aku pasal satu link dorang provide tentang vaccination for babies. And this morning sorang lagi tanya aku pasal ni. Tiga-tiga bagi link yang sama. Memang la sama sebab sumbernya pun sama - FB.

Untuk pengetahuan yang belum tau, saya bukanlah seorang dokter.
Saya dulu adelah kategori pelajar pomaleh, jadi harapan nak jadi dokter tu memang tak lah kan. Harap cakap je cita-cita nak jadi dokter.
Ceh, jangan haraplah!

Tapi dulu aku pernah buat entry pasal respon aunty aku yang juga seorang dokter kat KKM.
Ada orang tanya, so aku pun mintaklah pendapat aunty aku tu.
Tapi sebab orang mintak tanya pasal halal-haram so aku tanya je la pasal halal-haram.
But semalam orang tanya aku pasal perlu atau tak anak kita di-vaksin.
Diulangi, saya bukanlah dokter.

Tapi aku try ask around mana-mana sumber yang aku percaya boleh membantu.
Dulu aku dah tanya aunty aku, baru-baru ni tanya anak sedara En Wan, today aku tanya a few tapi sorang dah bagi respond. Dr ni bahagian hepatitis.



 


The message here are :

GET PROFESSIONAL OPINION.
GET FROM THE EXPERT.

Done.

Bila aku baca balik sms Dr ni baru aku teringat, lepas bagi Rayyan and Redza vaksin dulu, mesti Dr akan pesan, balik nanti terus bagi ubat demam. Kalau demam berlarutan or panas sangat, bawak balik ke klinik. Mak aku pernah cakap ada orang kat kampung dia, lepas kena cucuk (vaksin), anak dia demam panas. Biasa la kan, orang kat kampung dulu-dulu main tuam je anak. Agaknya tuam tak jalan, lama-lama budak tu dapat sawan tarik and sampai now jadi macam terencat sikit. So aku rasa maybe betul apa yang Dr Zalinah cakap, ada kemungkinan faktor demam panas yang lambat dirawat boleh menyebabkan kepada timbulnya macam-macam penyakit lain pada anak.

Aku bukan expert.
Tapi aku nak bagi pendapat menggunakan kapasiti seorang manusia yang pernah divaksin dan anak-anak aku juga divaksin.

Sebenarnya aku tak tau apa sebenarnya mesej yang dorang (yang come out with those not-to-give-vaccines-to-your-newborn) nak sampaikan. Aku rasa maybe niatnya nak bagi pencerahan kepada parents/parents-to-be yang vaksin bukanlah satu paksaan. Parents boleh memilih untuk tak benarkan anak masing-masing divaksin.
Aku percaya niat asalnya begitu.

Tapi mungkin dek too excited, maka niat tu tersasar sikit sehingga menyebabkan confusion di kalangan readers. Mula-mula nak bagitau vaksin adelah suatu pilihan, bukan paksaan. Ujung-ujung update cerita pasal vaksin ni akan menyebabkan anak cacat, akan menyebabkan anak hilang deria pendengaran, vaksin ni sumber tak halal, etc.

Aku setuju kalau niatnya untuk bagitau yang vaksin adelah suatu pilihan. Yang ni aku setuju.
Tapi aku tak setuju kalau menyebarkan cerita yang vaksin adelah PENYEBAB anak menjadi cacat.
Kerana secara lojiknya kebanyakkan dari kita sendiri pun dulu divaksin. Kebanyakkan. Mungkin tak semua, tapi kebanyakkan. Dan I believe, sekarang pun kebanyakkan anak-anak divaksin.
Kalau vaksin penyebab anak yang normal menjadi cacat, maka sepatutnya semua anak-anak yang divaksin di dunia now dah cacat.
Nauzubillah.

Maka, persoalannya skarang, kenapa ada anak yang divaksin terus menjadi normal?
Adekah kandungan vaksin dari supplier A tak sama dengan supplier B?
Adekan concentration vaksin yang diberi berbeza dengan anak orang lain?
Then kalau macam tu, the salah is not pada vaksin, tapi pada human.
Human error.

Tak dinafikan human error adakalanya berlaku.
Tersalah bagi ubat.
Tersalah cucuk.
Adakalanya ubat tu sendiri tak serasi dengan badan.
Ada macam-macam yang boleh jadi penyebab, jadi kenapa kita taknak ambik kira sebab-sebab yang lain tapi mempertahankan hanya satu sebab yang belum tentu sahihnya. Kenapa aku kata belum tentu sahih, adelah kerana dalam satu hari berapa ribu bayi divaksin tapi kenapa hanya 1-2 yang jadi kes. Kenapa tak semua?

Aku sendiri penah berdepan dengan masalah human error.
Masa nak lahirkan Rayyan dulu, dari malam sampai ke Subuh esok aku mengerang sakit kat tangan kiri, rupanya dokter yang cucuk lengan aku untuk masukkan drip salah cucuk. Aku pernah tunjuk how berlambak darah terpancut keluar the moment dia bukak jarum tu. Melolong aku kejap bila nurse on-kan drip sebab air masuk salah tempat, tak masuk salur darah.

Aku sangat faham perasaan ibubapa yang kecewa, marah, bila anak yang normal tiba-tiba jadi cacat dan kita menyalahkan vaksin 100%. Dan mulai dari saat itu kita hanya mencari maklumat, menggugel info untuk baca artikel yang menyokong apa yang kita percaya, apa yang kita nak dengar. Sebab lumrah manusia memang macam tu. Kalau kita nak carik kebaikkan, kita akan cari apa saje maklumat tentang kebaikkan. Tapi kalau kita memang nak mencarik keburukan, kita akan gugel apa saja yang boleh bawa kita kepada artikel yang menyokong kepada keburukan.

Isu halal.
Aku baca kat link yang readers 3 orang ni bagi, ada seorang dokter komen yang vaksin dari KKM adelah halal. Aunty aku sendiri dokter kanan di KKM also bagitau vaksin under KKM halal. tapi dia kata vaksin kat hospital private dia tak tau halal ke tak. Ok, fine.
The issue now is bila ada a few dokter yang confirmkan vaksin KKM halal, masih ada orang yang mati-mati nak carik jugak information supaya vaksin tu jadik haram.
Bagus sebenarnya kalau kita benar-benar ada niat untuk identify halal dan haram sesuatu produk.
Aku baru je bercakap dengan kawan aku, dia bagitau kalau dah darurat, babi pun jadi halal dimakan.
Dalam konteks kesihatan, sekiranya vaksin tu ada sumber haram (bagai dikata), but at the same time kita dinasihatkan untuk ambil juga vaksin atas faktor-faktor keselamatan (kesihatan komuniti), itu juga dikira darurat.

Tapi sistem kita pun tak kejam. Aunty aku ada cakap, ada vaksin yang tak payah ambik pun takpe, tapi ada yang wajib diambil. Vaccination is not about your child, but it's about the community. Kita diberi pilihan untuk ambil atau tidak. So, terpulang. Tapi jangan sampai kita confusekan orang lain. Jangan kerana satu benda tu jadi pada kita, maka kita andaikan benda yang sama juga pasti berlaku pada orang lain. The chances are there, tapi bukan semua. Cubalah bersikap adil. Pastikan niat kita nak educate orang tentang vaksin tu betul. Kalau objektif kita nak educate orang pasal VAKSIN ADELAH SUATU PILIHAN, then stick to that. Jangan akhirnya objektif kita tersasar.

And please don't get too loud bagitau yang tak perlu vaksin, kita ada doa, kita ada Allah, kita ada habatussauda. Ya Allah. Kenapalah boleh jadi sampai macam ni...
Habatussauda tu adelah satu usaha.
Doa juga adalah satu usaha.
Vaksin juga adelah satu usaha.
Pilihlah mana pun yang kita suka, takpe.
Tapi jangan terlampau mendabik dada.

Apa-apa pun aku bersimpati dengan nasib ibubapa yang anak-anaknya kurang sihat selepas dapat suntikan. Insyallah, kita doakan sama-sama anak-anak kita kembali sihat.

*ini pendapat 2 kupang dari saya saje, kalau nak berpegang pada pendapat masing-masing, silakan. Tiada halangan*


Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here