Random 1
Kalau free, sesape yang berdekatan especially, boleh la datang esok ke Grand Opening Pasaraya D'Ansar & Restoran Maidah Cuisine. Rupanya ada sorang reader aku dekat-dekat sini. Aku plan nak pegi, dia dah invite dari last week tapi takde rezeki. Minggu ni aku kat Tganu. Semalam nak ambik Redza dari tusyen aku perasan ada orang ramai-ramai kat Pasaraya D'Ansar ni. Maybe setup untuk opening esok. Pasarraya D'Ansar ni satu deret dengan Bank Islam. Ko nampak Bank Islam maka ko jumpalah pasaraya ni.
Kalau yang takde plan nak gi mana-mana boleh la kot datang sini. Ada kids aktiviti, rasa-rasa makanan....and yang best malam tu kat Surau Baiturrahman Putra Heights ada Forum Perdana tentang HALAL.
Today, adalah kiranya aku full day.Weekend akan dihabiskan kat Tganu sehingga Isnin.
Keje.
......dan juga makan sotong celup tepung.
dan juga makan nasik kerabu.
dan juga beli pulut lepa kat Ladang.
dan juga singgah A&W Batu Burok.
dan juga pekena ikan bakor kat Kuala Ibai.
dan juga kepok lekor Manir
dan juga roti paung.
dan juga Pasar Payang.
Sebab tu aku suka keje kat UMT. Sebab aku leh menyambil-nyambil.
Tapi rasanya lagi banyak menyambil dari keje.
Kebetulan Mak Aji and Pak Aji also ada kat Tganu now, ikut Ibal gi keje.
Jadi adelah kiranya aku akan beronggeng Rokiah dengan Mak Aji kat Pasar Payang esok. Esok je la aku leh bawak dorang jalan sebab Ahad aku keje. Melainkan kalau menantu dia baik hati bangun awal dan nak teman mak mertua jalan-jalan carik kepok. Tapi rasanya tak kottt. En Wan ni dah 12 tahun kawen ngan aku pun segan lagi nak balik rumah Mak Aji sorang-sorang. Nak bawak mak mertua jalan kalau takde aku taknak. Ntah hapa yang dia segan pun aku tak tau la. Tapi kalau mintak Mak Aji sediakan ikan masin everytime balik Bangi kemain laju lagi.
Oh yes, semalam lagi sekali dia mengigau.
Agaknya semalam dia bising-bising aku hantar Redza gi tusyen lambat, sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Semalam aku tido lambat nak menunggukan dia mengigau. En Wan ni kalau mengigau yang tak agak-agak pesen dia, so aku kena standby. Sebab kadang-kadang dia bukak silat pengantin atas katil, tak pun dia terjun tiruk, tak pun dia jadi tukang urut. Jadi, sebelum aku hangin tidurku diganggu, adelah lebih baik aku tunggu sampai dia mengigau baru aku boleh tido dengan aman. Maka semalam aku pun layankan Dayang Senandong. Tengah sedap layan tetiba dia bangun..
En Wan : Di! Di!
Aku : Ya, apa.
En Wan : Dah pegi tusyen?
Dah kenapa ko bang tengah-tengah malam pun nak suruh aku tusyen. Apa benak sangat aku ni sampai ke tengah malam pun nak ditusyenkan lagi?
Tapi aku tak sempat nak reply apa-apa terus gelak.
Gelak aku kan macam setan, terus dia tersedar pastu cakap aku bising tengah-tengah malam kacau dia tido. Hek elehh, nak coverline la tu. Hahaha.
Takpela, aku paham. You is very the malu oready kan? Ngahahaha.
Random 2
Soalan :
Pendapat :
Soalan :
Pendapat :
Soalan yang kedua tu aku combined-kan dari 2 readers.
Soalan dorang ni panjang sebab dorang siap bagi luahan, jadi aku pendekkan je la biar senang kawan aku nak mereply.
Yang sorang bagitau suami dia payah sangat nak membelikan dia barang. Hint-hint pun tak jalan. Sampai kadang-kadang dia terpaksa guna kekdah paksa untuk buatkan suami dia belikan dia hadiah.
Yang lagi sorang cerita pasal bergaduh dengan abang ipar sebab dia menghasut kakak dia mintak cerai. Abang ipar kaki pukul jadi satu famili dah tak suka and nak selamatkan kakak dari terus jadi mangsa.
Harapnya sikit sebanyak dapat membantu.
Kalau nak lebih lanjut rasanya masing-masing boleh rujuk Pejabat Agama or go kaunseling.
Ok ni nak bagitau yang last date agent buat payment untuk Kukis Mak Aji's Oven adelah 15 June.
Tapi, tak bermaksud kalau tak bayar by 15th korang tak dapat kukis. Dapat memang dapat cuma kita akan produce ikut turutan. Sekiranya korang bayar lambat and giliran hanya dapat lagi seminggu nak raya maka kena tunggulah. Tu je bezanya.
Baiklah, ada beberapa orang sudah terjebak dengan Beyond...heheheh..
Aku tinggalkan korang dengan lagu kat bawah ni.
Insyallah kalau Maxis Broadband cantik, aku update blog lagi.