2013-06-09

Sementara dia masih blom paham...




Pehhh. Gila cargas anak aku ni. Umur blom masuk 3 tahun dah pandai main PS2 main ngan abang.



No gangguan please.
I is the very busy want to concentrate fight fight with brother.
Ibu jari tu jangan main-main, sangat menampakkan skill seorang otai game.



Keng Keng Kengggggg.

Kesian anak aku kan.
Nak tau sape punya keje ni?
Of cossss la bapak dia punya idea.

Asal Redza main game je dia pun sibuk nak tekan sama, terpaksa la bapak dia beli yang real punya kasik dia satu untuk picit-picit. Anak aku ni kalau yang cokia dia boleh tau. Kang tak pasal je dia campak. So terpaksa beli yang macam abang dia punya supaya dia boleh 'main' sama.
Gila bangga kauu dapat 'main' game ngan abang. Abang terpekik dia pun terpekik.
Abang jerit 'YES!', dia pun jerit 'ES!'.
Macamkan real je. Padahalllll.

Sementara dia blom paham ni boleh la kan nak tipu camni.
Sok sok kalau dah paham mampus aku kena beli lagi sebijik player.
Takpelah nak, asalkan kau diam tak mengacau orang. Apa-apa je lah.



Yang email aku tanya apesal website Fleur Closet takleh bukak, adelah kerana sedang dalam proses upgrading. Boleh lagi masuk dalam website lama, ada link kat situ. Cuma takde apa yang baru sebab tunggu website baru dah boleh guna sepenuhnya baru aku upload barang-barang baru.



Antara yang bakal dimasukkan adelah new kurung from Fleur by Mrs Him.
Belum siap sepenuhnya, tapi sebab ada yang tanya bila nak release new design, so aku tayangkan dulu mana yang ada. Color ada 5 jenis, sempat ambik 3 je ni. Lagi 2 tu kaler kuning+lavender and skyblue+pink. Nanti la ya, model pakai baru boleh nampak bentuk baju sebenar.

Design penuh adelah seperti baju yang ketiga dari kiri (pink) - ada riben di bahu kiri and manik penuh di pinggang. Tapi aku siapkan semua baju dulu, pastu baru jahit manik, then ujung sekali tambahkan riben kat bahu sebab kat riben tu pun ada manik. So jangan ingat ada baju yang ada manik, ada baju yang takde pulak. SEMUA adelah design sama macam baju warna pink tu, cuma belum siap sepenuhnya lagi. Material baju adelah satin and kain adelah ala-ala songket, bercorak paisley.

Nak menjahit manik ni pun banyak keje. Tapi kalau nak beli siap manik tu kat Jakel memang takkkkkkk la okeh. Jakel jual semeter manik tu RM300! Manik je dah RM300 abis tu baju dah berapa pulak kan? Oh nehi...nehi..
Boleh juling menjahit manik ni. Tu lah gatal design macam ni sape suruh kan. Tapi sebab bukan aku yang jahit so kemain sedap la tekak aku mengarah. Cuba kalau yang kena jahit manik tu aku, sumpah aku tak buat. Kagum aku dengan ketabahan tukang jahit.



And ini juga salah satu shawl pertama dari brand Fleur by Mrs Him.
Nanti tunggu wesbite siap baru aku upload.


Sementara ni boleh la usha shawl di bawah ni dulu.
Shawl ni sebenarnya aku publish serenta dengan shawl yang tribal and polkadot baru-baru ni, tapi aku simpan dalam website Fleur. Taknak release semua serentak. Tapi dah ada orang order jugak rupanya guna paypal. Dah tinggal tak banyak dah. Silakan lah....

Material : Chiffon
Size : 160 x 50cm

Aku pernah letak kat blog gamba aku pakai shawl ni pi KLCC baru-baru ni.



Si Kembang dan Shawl Large Flower-nya.


  Large Flower 1
SOLD OUT

Large Flower 2
SOLD OUT

Large Flower 3
SOLD OUT

Large Flower 4
SOLD OUT




Name:
Email Address:
I would like to purchase Large Flower 1, RM26.00
Large Flower 2, RM26.00
Large Flower 3, RM26.00
Large Flower 4, RM26.00
Quantity
Address
Contact Number
Remarks