walk on wings, tread in air: Pemangkin nak masak <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Pemangkin nak masak
June 08, 2013

Masa dapur aku shooting masuk majalah Dapur Impiana (boleh baca kat sini), aku ingat lagi time nak shoot atas dapur, reporter tu mintak keluarkan periuk-periuk so that ada la benda dorang nak shoot atas dapur tu, takde la kosong sangat. Aku pun selamba tapir bawak keluar periuk aku yang dapat hadiah masa kawen. Rasanya masa tu ada la kot 8 tahun dah umur periuk tu. Periuk aku gila kampung, jenis yang stainless steel tu. Reporter tu tanya aku balik "Diana takde ke periuk yang Pyrex bunga-bunga?"

Kannn??

Terus dan-dan tu jugak rasa nak mentransformkan diri jadi tong gas.

Series, aku memang takde periuk belanga yang cantik-cantik.
Aku tak pernah beli pun periuk.
Periuk yang aku guna skarang hadiah dapat time kawen. Gila tahan periuk tu. Aku lenjan dah nak 12 tahun kot, still bertahan. Tima kasih la sape yang hadiahkan. Aku pun lupa dah sape bagi.
In fact, ada lagi 2 set periuk masih belum berpakai.
Ada harapan aku perturunkan kat anak menantu aku esok. Nah, ambik lah. Classic nih.


Masa reporter tu mintak periuk yang cantik-cantik aku macam ... apa tak cukup cantik ke periuk aku ni???
Ok whattt.
Hahahha.

Masa dulu takde rasa apa pun bila masak-masak pakai periuk belangan free.
Bila rajin belek-belek magazine and sejak dah pandai kuar masuk area pinggan mangkuk ni rasa kesian pulak tengok periuk sendiri.
Awat periuk aku cokia sangat nih?

Lalu mengkelebet la kot-kot ada orang jual periuk ke, dinner set ke, blender ke, cerek ke, yang pelik-pelik, tapi cute and rare design. Cewahh, selera tak agak-agak. Kang dah tengok harga terus kencet.



Tapi aku dah ternampak ni!!!
Tak sure warna sebenar dia apa, tapi dalam gamba macam ala-ala purple + fuschia sikit.
Ni kalau tenggekkan atas dapur sure gojes.
Lauk sardin pun sedap kalau masak dalam periuk gojes macam ni.
Eh tapi cantik kan periuk belangan like this?
 
Kalau aku, aku prefer yang simple macam ni, takde corak-corak.
Sebab kalau bercorak aku rasa cam atas dapur aku tu 'penuh' and semak.
Tapi tak kisahla, lain orang lain selera dia kan.
Kalau ada kaler rainbow mesti lagi cantik.
 
 
 
Ada orang suka corak-corak macam ni.
Kalau mak mertua aku suka corak-corak bunga macam ni. Barulah nampak macam dapur perempuan dia kata.
Terasa ai.
 
 


Kalau dinner set or tea set, aku suka putih like this.
Biar takde corak apa-apa atas meja makan.
Barulah nampak lauk-pauk aku.
Kalau ada corak-corak aku serabut perut mana nak tengok pinggan, mana nak tengok nasik, mana nak tengok lauk. Kalau ada sesape nak hadiahkan aku pinggan-mangkuk, beli yang putih ya.
Ehek ehek ehek.
 
Tapi yang ni macam best pulak sebab rare je pinggan dessert tu, empat segi tepat.
Kalau makan guna pinggan ni sure terasa diri gojes seketika, jari pun melentik-lentik je time makan.
 
 
 
Tapiiiiii aku suka corak pinggan ada bunga macam ni.
Macam pinggan rumah Mak Long aku kat Tampin.
Pinggan orang zaman dulu-dulu yang mongkong jenis berat cam batu tu.
Ada bunga ros setompok kiri kanan, samada ros merah atau rose hitam.
Sape perasan pinggan tu?
 
Aku sukaaaa sangat pinggan klasik tu.
Memang berat, tapi pinggan tu macam mengingatkan zaman kecik-kecik dulu duduk kat Tampin, kalau pi rumah orang kawen, mesti dorang hidang dengan pinggan tu.
 
 
 
Ni gamba masa majls kawen Ning Baizura.
Dia buat style kampung and guna pinggan mangkuk lama ni.
Ala suka gila aku tengok.
Tapi aku suka pinggan dia je la, sudu dia aku tak suka. Ngeheh.
 
 
 
Kalau macam ni pun ada elemen-elemen corak pingan lama, tapi dia bagi sentuhan ekslusif la sikit kan. Nampak la dah maju sikit. Hmm...kalau macam ni aku suka.
Set 36pcs, RM640 termasuk delivery.
Boleh bayar ansuran, don't worry....
 
 
 
Ni tempat isi kuih raya aku.
Oishh, banyak memori ni.
Ni aku beli tahun 2002, kat Sogo. Dulu mana lagi tempat paling best nak pergi kan, memang Sogo je la hadap.

Masa ni aku lom keje, sambung blaja la konon. Gatal.
EnWan je yang keje.
Duduk pun still menyewa lagi.
En Wan pun satu, time-time puasa bawak aku lalu-lalang kat area pinggan-mangkuk kan, maka aku pun ternampak la bekas isi kuih ni. Serta-merta jatuh cinta. Dia macam kristal. Tapi mahal. Mahal la masa tu sebab aku tak keje, mana nak cekau duit RM49/sebijik. Takkan nak beli sebijik je kan. Kurang-kurang nak kena 6 bijik. Nak isi kuih tat lagi, kukis lagi, tempeyek lagi, muruku, kacang kuda. Berbekalkan elaun MARA, aku beli sebijik dulu buat pembakar semangat untuk beli lagi kendian-kendian. Nak mintak En Wan belikan tak sampai hati. Kalau keperluan asas tu boleh la dia layan kehemdak aku, yang ni bekas kuih raya. Rumah aku masa tu blom tentu ada orang nak datang beraya. Kahhhhh!

Huiiii banga dowhhh dapat beli sebijik ni.
Kejap-kejap aku lap.

Tahun depannya tu, year 2003 aku dah keje, tapi masa tu dah habis raya dah pun.
Aku ajak En Wan pegi balik Sogo nak tengok kot-kot la model ni ada lagi kan.
Kalau ada lagi mesti lagi murah sebab dah 2 kali raya.
Alhamdulillah, memang ada lagi!
Harga pun dah turun RM38/pc.
Rembatttttttttttttttttttttttttttt.
5 bijik terus. Settle.

Tapi penyudahnya aku tak berapa pakai pun.
Sebab bekas ni tak kedap udara. So kalau ada orang datang baru aku susun kuih dalam bekas ni. Bila orang balik, aku kena masukkan balik kuih dalam balang. Aku ni kalau rajin sangat nak kejap keluar kejap masuk tu takpelah jugak kan. Aku ni pemalas okeh. Last-last aku simpan je la kat kabinet, atas sekali. Duduk la ko kat atas tu dendiam.

 

Bekas kuih macam ni beli lagi berbaloi.
Senang. Sekali susun je kuih dalam ni pastu done.
Sebab penutup dia kedap udara. So ko takyah risau kuih kau masuk angin ke tak.
Now pun bekas-bekas macam ni dah cantik-cantik.



 
Yang ni jugak la yang ramai orang carik now.
Especially dah nak raya ni kan.
Senang nak hidang dalam ni, tak makan banyak space.
Nampak neat je meja makan.

Dulu time raya kalau part nak menghidang tu satu masalah.
Nak kena carik set yang sama.
Dah jumpa set yang sama sekali tak cukup besar pulak nak masukkan rendang.
Pastu set pinggan mongkong tempat letak ketupat pulak takde penutup.
Dah raya tu setahun sekali biarla yang cantik selera sikit nak makan, so kalau boleh nak la nampam seragam je atas meja.

Lepas  Mak Aji beli set hidang macam ni settle terus.
Takyah huru-hara pagi raya nak memunggah pyrex segala.



 Ok aku first time nampak bekas air berkaca ni.
Aku punya pakai yang plastic beli kat kedai Thailand je.
Yang ni nampak cantik la sikit kan nak hidang time open house.
 


Last year kot menggila orang beli ni kat kedai Hj Ismail, Langkawi.
Termasuklah Mak Aji.
Senang panggang dalam ni sebab ko boleh terbalik-terbalikan je terus bekas pemanggang ni.
Takyah susah-susah nak balut ngan aluminium foil ke apa.

Senang dah, takyah nak ke Langkawi semata-mata nak beli Corelle, Luminarc, Arcopal, Vantage, bla bla bla....
Ada agen dia kat sini.
Kalau sesape rasa nak beli set-set ni boleh email : hamli6067@gmail.com
Tak pun, boleh usha blog dia : KLIK HERE atau FB dia KLIK HERE
Takde masalah, agak-agak yang mencecah harga tinggi tu boleh ansuran :)

posted by green apple @ 1:58 PM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES

ADS
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
 
TRAFFIC
MY PREVIOUS POST
OLDER POSTS
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER