Kalau tak kerana sub-station TNB depan rumah aku ni, dah lama aku gebang rumah aku kat Switzerland.
Hari ni aku dah mula rasa sakit tekak and pening-pening.
Makcik aku yang from Singapore datang KL Ahad lepas siap dah muntah belahak sebab suffocated sangat dengan jerebu kot. Dek kerana jerebu ni, aku yang paling liat nak minum air putih dah jadi macam ketagih air putih. Kejap-kejap aku refill botol air aku dengan air masak. Dan kejap-kejap jugak la aku terkencing. Seb baik jamban duduk tau. Kalau jamban cangkung mau terkehel dah lutut aku kejap-kejap nak kena mencangkung.
Tak tau la apa hikmah disebalik jerebu ni.
To us, rasa macam seksa.
To some, masa ni la nak buat bisnes jual 3-ply mask and masa ni la masa terbaik nak promote air purifier.
Tuhan je la yang lebih tau.
Ni rasanya jerebu kedua yang teruk after year 1998.
Masa 1998, aku kat UNIMAS.
Kebetulan masa jerebu tengah teruk tu time semua nak balik bercuti. Tak tau la cuti sebab apa. Nak balik raya kot. Eh, entah la.
Yang aku ingat, malam tu bas UNIMAS dah standby depan bilik MPP untuk ambik those yang dijadualkan balik malam tu. Antaranya aku and encik saiko. Masa tu Kuching dah diistihar darurat tapi sebab tiket dah beli so masing-masing ganble je la tunggu kat airport. Malam tu kitorang semua melepak memenuhkan ruang airport. Melepak means MELEPAK DUDUK ATAS LANTAI okeh? Bukan melepak jenis bersidai kat mall tu.
Yang set-set sopan tu duduk bersila. Yang set-set takde tatasusila macam aku ni terkangkang melunjur kaki bagai atas lantai tu. Siap terlentang berbantalkan beg baju punyalah nak tunggu gate bukak. Esoknya dalam pukul 4.30am macam tu tengok the staffs dah busy siap-siap macam nak bukak kaunter. Excited semorang. Ni mesti dah boleh fly dah katerbang ni. Masing-masing dah pegang troli siap-siap tinggal tunggu nak pecut je ni. The moment kaunter bukak je, seranggggggggggggggggggggggg. Memang masa tu semua berdoa supaya dapat balik KL. Tiket dah invalid, cuma harap kat waiting list je. Tu pasal semua pakat merempit troli masing-masing ke kaunter, nak dapatkan seat punya pasal.
Time tengah kalut nak kejarkan kaunter ni la si saiko tu sempat kelepet purse aku. Pastu buat muka toye. Lempang sekali mau terkancing gigi kau. Dah satu keje pulak pastu member-member punggah satu airport nak mencarik purse aku. Dalam tu ada RM300 ke RM600 kalau aku tak salah. Dah la duit MARA. Kalau duit aku sendiri takpelah jugak kan. Seb baik duit MARA takyah bayar balik. Kalau tak, dah jadi keje aku nak membayor duit yang aku tak guna. Puiii.
Tapi gila drama la budak-budak ni kat airport. Macam tak jejak Malaysia 30 tahun.
Bila boarding je, masing-masing berpeluk-peluk antara satu sama lain. Gila syahdu la konon akhirnya dapat jugak keluar dari Kuching. Macam terlepas dari tahanan je masing-masing. Padahal jerebu je pun. Elok je cecah rumah, malam tu berita cakap Kuching darurat balik semula. Masa tu rasa cam lantaklah ko nak IPU 2000 pun, janji aku dah sampai rumah. Hahah. Keji gila.
Dulu mentang-mentang budak lab, time jerebu rembat je mask kat lab.
Now, rembat je mask kat store.
Kalau rasa-rasa nak mask free, meh la datang rumah aku. Al-maklom lah, company pun ada jual mask lah katakan. Main angkut je la dari opis ke rumah. Eh terbelagak pulak tetiba. Hahha.
Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here