2013-05-20

Selamat Hari Guru - baru ompek hari lambat wish. Takpe kot kan?


Sejak Sabtu petang ramai email tanya aku apesal akaun Hamizan takleh terima duit.
Actually Sabtu petang, aku ada call mak Hamizan bagitau pasal ni. Dia pun tak tau menahu pasal pungutan derma ni. So bila aku bagitau bank anak dia kena block, dia macam blur kejap. Aku pun tak tau nak explain camana so aku cakap je la aku kawan anak dia. Makcik ni mula-mula tak tau nak buat camana. Aku pun bukan pandai sangat bab-bab bank ni so aku mintak dia call maybank.

Tapi pastu aku cam kesian pulak nak susahkan makcik ni tak pepasal dia nak buat satu keje lagi padahal dia nak jaga anak dia, so aku call Maybank. Tapi macam yang dijangka, MBB mintak Hamizan sendiri yang datang ke sana. Aku pun auta la cakap Hamizan ni warded takleh bangun so camana nak ke bank. Dengan harapan dia boleh la bukakkan sekatan tu. Pastu dia cakap kalau takleh ke bank, kena mintak wakil datang tapi kena ada surat dokter.




Hari ni makcik ni sms bagitau yang bank kata akaun tu takleh unblock sebab itu akaun simpanan. Eh ye ke? Dulu pun akaun aku yang kena block tu akaun simpanan jugak tapi lepas pi bank ok je pastu bukak balik. Tapi kes Hamizan ni bank mintak datang bukak akaun semasa. Hmm...maybe prosedur baru?

Tapi kesian la kan sampai nak kena mengangkut budak ni, tunggu kebenaran dokter semua.
Ada tak sesape dari MBB yang boleh tolong dalam kes ni. Tu nombor makcik tu, sila la call.
And aku nak say thank you pada yang email aku tanya pasal is bank ni sebab korang memang sangat perihatin. Nanti kalau makcik ni sms aku nombor akaun anak dia, aku update sini. Sabar ya.



Lupa aku nak wish Selamat Hari Guru last week. Bukan tak ingat Hari Guru, cuma lupa nak wish.
Semalam balutkan hadiah untuk cikgu-cikgu Redza baru teringat nak wish korang cikgu-cikgu. Selamat Hari Guru ya :)

Redza kata cikgu dia dapat banyak hadiah.
Wah kemain cikgu, dah macam Santa Claus bawak banyak hadiah.
Dulu zaman-zaman Pak Aji jadi cikgu takde pulak aku tengok dia bawak balik hadiah. Oh, mungkin dia cikgu yang garang. Semua tak suka dia. Mih mih mih.

Cikgu aku pun dulu tak banyak dapat hadiah.
Kalau ada pun 3-4 je, tapi takde la sampai anak murid terpaksa tolong bawakkan hadiah masuk kereta. Aku rasa makbapak skarang semua excited lebih dari anak kalau sampai bab-bab Hari Ibu, Hari Ayah, Hari Guru, Hari Kanak-Kanak, etc. Rasa seronok bila kita dapat jadi a part of it. Macam Hari Guru ni, Redza tak mintak pun apa-apa. Tapi aku ngan En Wan yang beria "Eh, lusa Hari Guru la, nak belikan cikgu Redza apa?" Padahal cikgu kelas dia pun aku tak kenal. Tapi aku tau kestressan cikgu-cikgu tu mengajor anak aku cemana. And thank you so much pada cikgu-cikgu ni sebab bersabar mendidik anak aku. Kalau aku yang mengajar memang dah lama aku kena reman ngan polis. Berlepak lepuk anak orang nanti aku kejekan.



 
Sorry, aku tak dapat nak tunjukkan baju beribbon di bahu, sebab tu aku preview gamba ribbon je dulu. Tunggu sampai dah siap, aku shoot and publish ya. Tapi ni aku letak lukisan yang aku conteng-conteng masa design hari tu. Kain corak songket paisley, baju plain ada ribbon di bahu, pastu pinggang ada pearls gabungan 2 warna kain. Ada 3 set warna aku buat. So just tunggu je la ya.
 
And sorry juga, designer amatur la katakan.
Lukis pun model size XL.
 
Wed developer aku ni kemain busy nau. Aku plan nak angkat slide untuk peplum yang aku shoot hari tu. Sampai peplum semua dah habis jual slidenya tak naik-naik lagi. Cis bedebah.
 
Lagi satu nak cakap pasal kukis raya.
Agen belum officially berfungsi now, tapi ada yang dah confirm cuma kebanyakkannya nak ambik bila dah start puasa nanti. So kalau yang nak makan now, beli direct dari aku. Dah start puasa esok baru aku publish nama-nama agen. Kalau sesape nak jadi agen, masih dibuka.
 
 
 
Cuma ada 2 agen yang ambik awal sebab dah ada permintaan. Sorang agen Perlis, sorang lagi agen Kajang tapi boleh cover area Cheras sekali. Yang duduk Perlis, kalau sesape dari sana nak kukis, email aku. Nanti aku bagi contact agen sana, Untuk sekitar Kajang/Cheras boleh terus call nombor kat flyer tu. Kemain lagi agen Kajang ni siap pakai flyer kauu.




Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here