2013-05-20

Brader Burn


Asik-asik Abang Burn.
Balik-balik Abang Burn.
Mana tahan kan asik dengar je.
Abang Burn ni sapekahhh??

Lalu aku pun pi pekena Burger Bakor Abang Burn kat Seksyen 7, Shah Alam.
Menggagau jugak la nak mencarik kedainya kat mana.
Nak on GPS malas.
Alahaiiii rupanya senang sangat nak carik mana kedainya.
Kalau korang nak pi Jakel, lepas masuk simpang kiri tu Jakel akan ada belah kanan korang. Just go straight tapi takyah nak rempit sangat, slow-slow sudah. Perhatikan shop lot belah kiri. Nanti korang akan nampak kedai Burger Bakar Abang Burn ni, sederet dengan 7-11.



Aku ni mana penah makan burger bakar. Dengar-dengar tu ada la. So aku tak tau nak expect macamana. Tapi asik dengar orang dok cerita pasal kesedapan Burgen Bakar Abang Burn ni, mana leh tahan kan. Mesti la nak kena rasa jugak. Sok sok orang tanya takde la aku tercangak-bangak.

Masa aku sampai umangaiiiiiiiiii gila panjang manusia dok beratuq.
Aku macam "Wehh. Apekah yang terjadik kat dalam ni?"
Semua tu rupanya tunggu giliran untuk order burger!!
Gila ahhhh. McD kalau tengok ni sumpah nangis.
Kalau tengokkan ramainya manusia kat dalam kedai tu benda pertama yang muncul dalam kepala otak aku - DIJAMIN SEDAP.
Kalau tak, takde gilanya orang sangup beratuq berjujuk panjang semata-mata nak beli burger kan.
Ok takpe..takpe..
Kau ingat kau je sanggup beratur? Aku pun bolehhhhhhhh.



Orang kata meatball dia sedap. Aku pun dah lama tak pekena meatball. So memang aku order meatball.



Sementara order sampai takkan nak duduk sesaje kan.
Eh kata bloggerrrrrr.
Blogger dan kamera mana boleh dipisahkan.
Tapi aku perasan la aa 3-4 orang yang buat muka tempeyek bila nampak aku posing-posing. Mesti dia kata aku jakun tak penah masuk kedai makan.
Well, ada aku kesahhhhh.



Hah kauuuuu.
Masa order tu aku tak terfikir nak tanya meatball dia ni berapa ketul untuk satu plate.
Harga dia display pun just RM9.90 so aku bajet maybe dalam 5-6 ketul la ni.
Sekali datang 10!
Meatball dia umpama kalau mulut aku ni 4 kali gigit baru habis sebiji.

Tapi series, aku suka meatball dia. Gravy dia best. Pedas-pedas berangin gitu. Pedas lada hitam. Ni kalau orang tengah berpantang elok makan ni. Aku tak sempat nak rasa sebijik pun wedges tu, semua Redza balun. Redza ni memang payah sikit bab makan. Kalau sampai lichen dia kejekan maknanya memang sedap la wedges dia tu.



Redza suka tau buat muka kemik kalau aku baru nak merasa makanan.
Tapi pastu kau yang beria-ia membalun wedges aku. Aku nak ambik bau pun tak sempat.
 Meatball ni sampai je, aku tak pelawa sesape dah.
Bismillahhhhhhhh.



Nampak tu bekas gigitan manja I?

Patut la sedap meatball dia. Rupanya meatball dia pure meat! Tak pakai tepung walau 0.001g pun.
Cuma hmmm...aku muskil amacam dia tak pakai tepung tapi bentul ball dia cantik dah betebarai walaupun dibakor? Tanya gak dengan budak-budak Abang Burn tapi dia kata rahsia, takleh bagitau macamana dorang buat. Ni kang kalau aku geram aku carik jugak abang burn ni sampai dapat kang. Brader, boleh la brader...gwa nak resepi meatball you braderrrr.
Disebabkan aku pun order burger jugak, so meatball ni aku tak dapat habiskan kat sana. Bungkus hajat di hati tu nak makan lagi malam-malam kang. Aku kempen kat bibik ngan mak suruh rasa meatball ni. Ingatkan ada la balance dorang tinggal untuk aku. Rupanya dorang selesaikan sebab dorang pun cakap sedap.
Aku syak aku akan pergi balik kedai Abang Burn dalam masa terdekat ni untuk menapau meatball. Hmm, rasanya Selasa depan aku ada keje kat area Jakel (wah, keje apa kau ni kat Jakel??), besar harapan aku akan menyinggah.
Oh yes, kedai Burger Bakar Abang Burn ni bukak dari 12 tghri sampai 1230 malam.
Jadi jangan risau. Bekerjalah anda dengan tenang. Time lunch boleh pegi beli. Tak sempat waktu lunch, pegi waktu tea time. Tak sempat jugak, datang malam.



Cara aku makan meatball ni - cucuk meatball, lenyek-lenyekkan kat cheese pastu rendamkan dalam gravy, then NGAPPPPP.
Pehhhhhhhh. Orgasma berganda! Tahap gigil.
Another selling point kat sini selain dari meatball yang mahvelles, adelah minuman yang boleh di-refill. Konsep macam Merrybrown kan? Eh ke, Grandy's? Dulu time skolah aku ngan kawan-kawan aku suka melepak kat antar dua fast food ni, order fries large 4 pack pastu masing-masing tak reti nak balik. Duduk situ 3-4 jam. Tapi tak lama pastu fast food tu pun gone. Aku rasa kitorang lah punca kedai tu bakrupt. Tapi memang patut bungkus pun sebab makanan tak sedap lansung.
Tapi Burger Bakar Abang Burn ni memang sesuai sangat guna konsep refill minuman ni sebab konfem orang lepak sini lama-lama and order meatball berkali-kali.



Self service :)


Lagi satu yang buat aku kagum dengan Kedai Burger Bajar Abang Burn ni sebab memang obvious sangat tokey dia titikberatkan penampilan and kebersihan. MekDi pun sujud kalau tengok staff-staff Abang Burn. Well, memang la dorang tak berpakaian kemeja butang sengkak sampai ke leher segala tapi konsep pakaian staff ni selari dengan nama kedai tu - BURGER BAKAR ABANG BURN.
Aku syak Abang Burn ni jenis brader-brader yang pakai moto Harley, jaket kulit tepek-tepek logo, rambut panjang ikat kemas, pakai key, badan tegap, muka ganas tapi berhati mulia, sempoi, menghormati nenek tua yang selalu keluar masuk kedai jual kerepek, nampak macam pailang tapi apabila dia membuka helmet dan spek itamnya maka terserlah wajah seorang lelaki yang........

...tetiba terimagine muka Awie.
Oh kensel...kensel...





Cuba tengok staff-staff Abang Burn.
Suka la tengok konsep pakaian dorang. Macam geng-geng mat moto yang berwawasan.
Sempoi with T Shirt and red key.
Tangan tetappppppp berglove okkkk.
Kebersihan didahulukan kelazatan diutamakan.


 Burger Ayam
Selain dari meatball, kitorang order burger jugak.
Abis tu kata nama kedai Burger Bakar Abang Burn kan. Takkan taknak rasa burgernya kot.
 Kat sini ada 3 jenis burger - ayam, lembu and kambing.
Cuma ayam je fried.
Yang lain semua dibakor. But soon dorang akan release burger ayam bakor jugak.


 Burger Kambing.
Cuba teka sape punya?
*kelip-kelip mata*


Beef burger



Tuan punya beef burger sedang menikmati kelazatan sampai pejam-pejam maka makan. Ntah imagine gigit apa la tu.
Abang Burn ni memang jaga betul kualiti patty dia.
Setiap patty berat semua sama 175gram.
Kau tak caya, datang kedai ni esok bawak penimbang siap-siap.




Sekata je tebal kan?
Tengok daging burger berderet macam ni tetiba aku pun rasa nak tukar profession jual burger pulak.

Jangan risau, bukan kat Shah Alam je outlet dia.
Ada 14 jajahan, Johor ada, Melaka ada, Kedah ada, Selangor ni bersepah jajahan Abang Burn.
Kalau nak check mana outlet terhampir untuk korang terjah, boleh ke FB : Abang Burn (klik here)
Boleh jugak ke website : www.abangburn.com

Pada yang blom penah try burger bakar Abang Burn, try la selagi masih sempat ni.
Kot tak sempat sok, mati mata terbukak. Sian kau nanti.