walk on wings, tread in air: Buli <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Buli
2013-05-21



Lama dah email ni dalam inbox aku, tak berkesempatan nak bagi respon.
Respon kat sini je la ya.

Kes buli kat skolah ni memang berlaku dari zaman aku skolah lagi.
Cumanya kalau kat skolah harian tu kes tak se-heavy skolah berasrama.
Kalau kat skolah aku dulu kalau buli pun takat ejek-ejek nama. Padahal nama kau Norliza binti Malik tapi dia bantai panggil kau "Hoi Malik!"
Yang aku pelik tu kau menyahut pulak.

Kalau gelar-gelarkan orang tu memang dah biasa.
Bukan takat kat skolah, kat mana-mana pun sama.
"Hassan? Hassan yang mana tu?"
"Ala..Hassan kambing tu"
Maka melekatkan tujuhblas keturunan nama Hassan Kambing.

"Kau ni anak sapo?"
"Anak Hassan"
"Hassan mano satu? Tompek ni ado dio tigo namo Hassan. Kau anak Hassan Beca?"
"Tak. Hassan Kambing"

In a way mempermudahkan jugak la. So orang senang nak spot kau mana satu.
Tapi selalunya kalau kat skolah-skolah ni budak-budak tend to ekzejeret.
Padahal ko sorang je dalam skolah tu nama Diana.
Tapi nak jugak gelarkan kau Diana Itam.
Saje seronok-seronok katanya.
Memang lah seronok kan sebab tak kena kat kau.
Cuba kalau kena kat kau.  

Redza pun sama.
Dulu dia pernah balik skolah salahkan kitorang sebab kitorang pendek maka dia pun pendek. Dia kata kawan-kawan dia semua ejek dia pendek. Sebagai mak yang gojes (tetiba je), memang la aku sedih orang ejek-ejek anak aku pendek kan. Tapi bila pikir-pikir balik, yang mengejek tu pun budak-budak juga. Pikiran budak-budak Darjah 1-2 ni tinggi mana nau la. Lain la kalau yang mengejek tu cikgu, memang aku bagi backhand.

Bak kata Pak Aji, kes-kes ejek, gelar-gelar nama, tolak-tolak, kutuk-kutuk ni kes-kes biasa berlaku kat sekolah. Kalau sampai ke pengetahuan guru, selalunya guru akan ambil tindakan. Tapi tak boleh nak expect guru akan ambil tindakan yang drastik. Selalunya kes-kes macam ni, guru lebih kepada beri nasihat (ini ikut pengalaman Pak Aji sebagai guru dulu). Lain kalau kes bertumbuk terajang segala. Tu dah memang tahap cilakabanat sangat.

Mungkin kes reader ni tak sampai ke pengetahuan guru. Jadi, guru tak tahu.
Aku rasa kes reader ni sama macam kes kalau kita jadi second intake kat skolah asrama. Selalunya budak-budak second intake ni akan dipulau untuk beberapa ketika oleh first intake. Dorang selalunya tak berapa suka dengan second intake sebab kehadiran dorang ni seolah-olah macam "menggugat" keharmonian first intake tadi. Tapi tak lama. Lama-lama nanti ok.

Biasa la tu kalau kat tempat keje pun tetiba ada staff baru masuk, mesti yang staff lama ni busy nak tunjuk hebat, nak tunjuk pandai, nak tunjuk lagak, etc. So aku rasa situasi yang sama pun boleh berlaku kat sekolah. Ejek-ejek, gelar-gelar, kutuk-kutuk tu kita anggap sebagai satu proses nak berkawan. Mungkin ada sesuatu yang istimewa pada anak reader ni yang menyebabkan orang lain tak suka. Tak suka bukan bermakna benci. Tak suka tu bermaksud ada benda pada anak reader ni yang dorang suka dan nak, tapi tak dapat. Maybe sebab anak reader ni teror speaking sebab duduk overseas lama. Yang lain berasa kagum, masing-masing nak gak pandai cakap omputih, masing-masing nak merasa skolah kat negara omputih tapi tak dapat so ujung-ujung kita kutuk je lah. Kutuk la apa pun asalkan fokus orang ramai terhadap ke-terror-an speaking tu beralih kepada isu-isu remeh.

Pernah tak dengar orang yang jeles nampak orang lain pakai keta sport, nanti dia kata "Eleh, beli keta sport bukan boleh bawak laju-laju pun. Kat Malaysia ni speed limit 110 je"

"Beli motor sampai 40 ribu time hujan duduk bawah jambatan gak"

"Pakai beg Chanel jalan raya kat kampung bukan orang kampung tau pun beg kau harga berapa"

Sama la kes dengan kita skarang.
Umur-umur kita ni ingat takde lagi ke yang berperangai macam budak-budak?
Adaaaaa.
Hampir setiap kes kutuk-mengutuk yang berlaku berpunca dari dengki.
Disebabkan orang tu ada apa yang kita nak, maka orang tu kita kutuk supaya kelebihan yang ada pada orang tu dikaburkan. Kita highlite yang buruk-buruk je. Malangnya everytime kita highlite keburukan orang ia sikit pun tak menambahkan kelebihan kita. Selalunya orang tak perasan lansung pun kelebihan yang kita ada.
Ke kita memang takde kelebihan? Eh.

So to this reader, aku nak bagi nasihat pasal ni rasanya aku tak layak.
Tapi menggunakan kapasiti sebagai seorang pompuan yang ada pengalaman kena ejek itam masa skolah, dan juga ibu kepada anak yang diejek pendek, apa yang aku boleh bagi nasihat :

1. Gunakan kelebihan kita sebagai ibubapa untuk brainwash anak kita supaya dia tak memikirkan sangat ejekan-ejekan orang. Age macam budak sekolah rendah ni, dorang masih beranggapan kita pelindung paling kuat. Jadi kalau kita bagi semangat untuk dia jadi kuat, insyallah dia akan kuat.

2. Gunakan kekdah teladan. Aku selalu gunakan gambar aku time sememeh dulu comparekan dengan gamba aku skarang untuk tunjuk kat Redza "Mama dulu pun hitam. Skarang dah putih" *lalalalala*
Budak-budak age macam Redza ni kadang-kadang susah nak digest kata-kata nasihat. Dia perlukan bukti kerana dia percaya pada apa yang dia lihat.

3. Aku gunakan gamba Acu (Ibal) dia "Acu dulu pun pendek. Now Acu dah tinggi sebab dia banyak makan nasik campur sayur".

4. Kalau kes tolak-tolak masih berlaku dan menjadi semakin teruk, wajib report pada guru. Kadang-kadang guru tak tau.


Kalau guru-guru Malaysia nak bagi pandangan, sila email aku ya. Kita kongsi.





Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here
posted by aveo757 @ 10:15 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER