2013-05-19

New for raya



Akhirnya aku decide not to produce lagi peplum beribbon. Cukup la tu.
Design tahun lepas kot. Penat aku dok produce design yang sama je.
Cukuplah 3 kali re-produce. Kang lama-lama aku yang muntah.
 
So now kita bagi preview new design.
Masih berkonsepkan peplum, tapi peplum dia potong cara lain seakan-akan kebaya gitu.
Kali ni aku pakai material seakan-akan songket bermotifkan paisley for kain and baju pulak material silky. Ada sesape nak jadi model? Hehe..



Sayu je hati dapat gamba ni from reader.
Rindunya nak pi sana lagi.
Dapat jugak telekung aku pi sana balik.
Thank you so much sebab pakai telekung akak kat sana ya.
 
Siap bawak anak lagi. Aku takleh bayangkan kalu hari tu aku bawak Rayyan datang Makkah. Mau tertanggal kain ihram bapak dia mengejar anak 24 jam.
Harap dapat sampai sini lagi.



Pemenang 1 kotak Ephyra, FOC. Akak akan inform awak bila kita pos ya?
 
 
Tang tumit kaki tu memang aku setuju sangat.
Sebab tumit kaki aku pun dulu jenis kering sampai menggelupas sendiri. Pastu siku aku pun jenis yang too dry sampai menggelupas. Tau-tau je kang time mandi rasa pedih je. Rupanya dah tersiat. Now memang takde dah kulit siku and tumit kering. Aku pulak memang malas pakai body krim. Beli memang rajin. Dari Vaseline, ke Baby Johnson, ke Bosyshop, ke Elizabeth Arden, semua aku beli. Tapi habis kat beli je la. Pakainya tak jugak. Ujung-ujung dapat kat mak aku, dapat kat bibik aku. Memang malas betul aku nak sapu-sapu krim ni sebab kang jap lagi nak ambik wuduk, pastu kang kejap lagi nak makan nak basuh tangan. Membazir dowh dah sapu-sapu pastu kena bilas ngan air. Kalau nak pakai malam pulak memang En Wan tak suka terpegang tangan aku rasa lembab-lembab. Aku pun tak suka sebenarnya. Rasa tak bernafas je kulit aku. Badan and muka aku haruslah bebas dari apa-apa krim before tido.
 
Memang dulu kulit aku kering sangat. Kalau kulit kat tepi-tepi kuku tangan and kaki mesti ada menggelupas. Nak kata tak makan sayur, aku memang makan sayur punya. Cuma takde la sampai kejap-kejap meratah salad. Minum air memang minum, cuma tak minum banyak air putih. Aku try minum 8 gelas sehari tapi aku end up muntah air. Series tak tipu. Aku takleh minum air putih banyak. Kadang-kadang makan nasik tak minum air lansung. Kalau rajin, before makan nasik, aku buat teh O siap-siap, so lepas makan nasik minum teh O. Dari zaman skolah dulu pun Mak Aji bekalkan aku air dalam tupperware besar gelas, punnnnnnnn tak habis aku minum.
 
Dulu aku suka kopek-kopek kulit tumit kaki, siat-siat kulit celah kuku sebab dia kering so macam best je kopek-kopek. Memang kalau tumit aku ni berceranggah rupa dia. Macam berlubang sana sini aku kejekan. Now aktiviti mengopek tu dah hampir takde sebab kulit siku, jari and tumit aku tak kering. Macam lembab je rasa. Kira benda ni bagus la untuk aku. Aku kan malas pakai krim. So kat situ dah jimat masa and duit aku. Lagipun Ephyra ni bukan semata-mata untuk kulit je, tapi lebih dari tu. Lagi satu, aku perasan kalau aku minum Ephyra lepas Subuh, sejam pastu mesti aku masuk jamban. Macam cirit tapi sekali tu je. Pastu takde dah. Aku rasa tindakbalas detox yang ada dalam Ephyra ni kot yang buat jadi macam tu.
 
Oh lagi satu, Best Buy Deal Ephyra with gift tu sampai 31 May.
So masih ada masa lagi untuk penjimatan berganda.
Form yang aku suruh isi tu akan masuk direct ke personal email and ofis email aku, so jangan expect bila kau dah isi form tu nanti dia Pliggggggg keluarkan banking details. Tidak ya anak-anak. Dia akan masuk email then kita akan respon.





Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here