2013-05-19

Kenapa kepala dia besar


Period aku kalau dah nak sampai memang macam-macam badan aku mintak, especially tekak.
Asik nak mentekedarah satu hal. Satu hal lagi mintak makanan merepek-repek.
Semalam aku terasa nak makan Nachos.
Terpaksa la En Wan melayan tekak aku ni ke IOI Mall. Beli tapau je.
Lepas tu masuk AEON nampak sushi ambik sushi pulak.
Before balik lalu depan kedai roti turun beli roti pulak.
Tapi bila sampai rumah, semua benda aku makan secuit-secuit je.
Ujung-ujung cedok jugak nasik makan ngan sambal telo.
Berbulu je En Wan ngan aku malam tadi. Member balik keje penat-penat aku mintak bawak aku pi beli Nachos. Selagi dia tak bawak selagi tu aku bersenggayut kat dia. Dah dibawak, aku tak makan pulak.


Fajita Nachos TGIF

Ebi sushi AEON. Tanpa wasabi. Tanpa sos. Enak dimakan begitu sajaaaaa.

Enam-enam ketul aku punya. Tamak. Last-last tak habis.


Seb baik ada tukang habiskan


Makan sushi memang tanpa wasabi.
En Wan pun macam tu. En Wan yang tahan pedas pun boleh tolak wasabi. Aku ni lagi la kan. Makan sos tomato pun boleh togok air bergelas-gelas. Ada sekali tu makan kat Sushi King The Summit, aku main ambik je la pinggan sushi tu, sikit tak selak bawah tu ada wasabi ke tak. Kebulur la katakan. Terus ngappp. Sekali berdesinggggggggg telinga aku tahan pedas. Tapi sebab aku makan kat kaunter, and kaunter tu keliling penuh orang, so aku terpaksa le menyeringai as if takde apa berlaku. Dah la banyak gila chef tu selet wasabi. Neraka dunia okeh!

Ni semua petanda nak period. Dulu tak pulak macam ni. Sejak-menjak nak menghampiri menopos ni tebiat dia lain macam pulak. Makan je keje. Dulu kalau nak period mesti tetek aku sakit, pastu sakit pinggang and sakit bawah perut. Tapi paling sakit kat tetek la. Sampai takleh sentuh lansung. Sakit dia macam tak dapat dikenalpasti area mana, tapi rasa sakit. Kalau terpicit kat nipple pun sakit, kalau tersentuh kat area tepi ketiak pun sakit. Rasa macam sakit semua bahagian. Selalunya 2 minggu before period tetek aku akan sakit. Mesti hazab gila En Wan. Nasib kau la bang. Pandang je la dari jauh. Kalau time sabun badan tu aku slow-slow je sapu kat tetek, kadang-kadang tepuk-tepuk manja gitu cukupkan syarat biar bau sabun. Kadang-kadang aku tak sabun lansung. Bior je. *mati la 2 minggu tak sabun tetek*

Mula-mula tu aku syak petanda awal breast cancer ke apa ni.
Sebab macam pelik benar 2 minggu sakit tak hilang-hilang. Tapi time period and after takde pulak sakit. Ohh rupanya semua pompuan pun alami benda ni. Tinggal lagi kau sakit mild atau extreme sakit.

Now dah takde dah sakit-sakit perut tetek segala kalau nak period. Dia nak datang dia datang macam tu je. Takde bagi hint takde bagi hon pun. Aku pulak bangsa pelupa bila tarikh period. Bila dah takde lagi sakit-sakit ni aku takleh nak bajet bila period nak datang. Jadi memang selalunya terbabas. Tapi, lama-lama aku dah boleh spot bila period aku nak datang. Now, everytime datang selera makan macam bela jin, ok tu tandanya period nak datang. Boleh lah bagitau siap-siap kat En Wan yang anda hanya ada masa 3-4 hari saje lagi. Hari-hari seterusnya, sila self service.

Oh yes, tadi aku mosaickan gamba-gamba Gold Coast.
Ada satu gamba tu macam memberi jawapan kenapa kepala Rayyan besar.
Aku penah bagitau yang Rayyan ni sekali imbas macam Tweety Bird sebab kepala besar.



Tadi aku nampak gamba ni aku macam DANGGGGGGG selepuk kat kepala.
Mungkin aku terkenan si Tweety Bird ni kot sebab masa kat GC dulu the moment aku nampak Tweety Bird ni memang aku yang berlari dulu. Tak sedar perut tengah mengandung.
Aku cepat-cepat bagitau En Wan.
En Wan kata maybe kebetulan je kot.
Tapi hati aku macam rasa maybe ada sikit-sikit terkenan jugak kot.
Tapi nasib baik dia kenan kat kepala Tweety Bird tu. Kalau dia terkenan sekali kat kaler bendalah sebelah En Wan tu?

Seb baik aku tak beria-ia melompat masa nampak Shrek.
Kalau takkkkkkkkkkkkkkk.



Budak kepala besor


Ok ni, aku dah bukak balik entry Gold Coast :
 
 











Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here