2013-04-13

Does it ring a bell to you?




Bila tengok video ni rasa proud sangat aku hidup di zaman tu. Zaman sekolah rendah tahun 1984-1989.

1. Assembly.
Sememangnya takde manusia yang lagi pendek dari aku waktu sekolah rendah. Memang dari Darjah 1 Putih sampai ke 6 Putih aku je la yang duduk depan sekali. So aku memang tak merasa la tang 'angkat..jatuh...angkat..jatuh' tu. Aku just melanguk je kat depan. Tapi yang tak bestnya duduk depan sekali ni adelah kau takleh main-main. Terpaksa la aku berdiri tegak sepanjang waktu assembly. At least yang kat blakang-blakang tu boleh la kejap mencangkung ke apa ke. Kalau tak kerana Cikgu Nasir ngan Cikgu Khalid ada berdiri kat depan, memang dah lama aku bersila atas tanah. Tapi yang bestnya duduk depan ni boleh nampak apa yang berlaku, takyah terjenguk-jenguk. Nak pulak time Abang Iwan Adi Putra jadi Ketua Pengawas, pehhhh, puas aku tenung dia. Kahhhhhhh!

2. Bekal
Masa Darjah 1 aku gi sekolah bawak bekal. Setahun aku bawak bekal roti butter gi skolah. Dengar pun rasa nak muntah kan? Apetah lagi tekak aku yang mentekedarah roti sampai setahun. Hazab. tapi agak kagum jugak la camana aku leh hadap roti ngan butter je setahun. Tapi tu je la pun pilihan yang ada. Belanja sekolah tahun 1984 hanya 20sen. Dapat la beli nasik lemak kejung berlaukkan timun layu 2 hiris. Tapi aku tak belanja pun. Adelah lebih baik aku makan bekal aku and buat 20sen tu beli eskrim balik skolah nanti. Come to think of it dulu belanja sekolah 20sen pun bangga siallll. Janji dapat duit belanja. Walaupun 20sen. Cis. Apa punya cipan la belanja sekolah 20sen. Puii. Dulu semua bekal kena letak kat meja belakang darjah kan. Jadi manjang je la aku terlupa bawak balik bekal. Maka merempan lah naga di rumah sehingga mengeluarkan api dari mulutnya.

3. Buku autograf
Masa aku darjah 4, tahun 1987 budak-budak dah sibuk ngangkut buku autograf ke hulu-hilir. Budak-budak pompuan ni kreatif-kreatif. Ada yang tulis pakai magic pen kaler-kalerful, ada yang bakar tepi-tepi kertas nak nampak classic, ada yang taknak ikut turutan pages, nak tulis kat belakang sekali, tulis kat tengah-tengah, ada yang terlebih rajin sampai ambik 2 pages untuk tulis, ada yang lipat hujung kertas tulis caption "SECRET". Bila bukak lipatan tu "FRENS FOREVER!". Puiiiii. Secretlah sangattt. Selalunya yang di'invite' untuk tulis kat buku autograf tu adelah clan-clan dia jugak. Contoh kalau budak pandai, yang tulis dalam buku dia semua set-set yang pandai je. Mana anak orang kaya, yang tulis dalam buku dia pun set-set anak orang kaya je.
Kau kategori mana agak-agak, Diana??
Kau belanja sekolah pun masa ni baru 40 sen ada hati nak beli buku autograf.
Lempang mau??
Aku memang tak pernah ada buku autograf khas yang jenis kulit keras tu. Tapi aku pun taknakla kalah. Nak la jugak ada buku autograf. Lalu aku pegi lah ke ko-op beli buku latihan yang ada separuh garis merah biru lagi separuh blank. Selalu kita guna buku tu untuk prektis tulis abjad. Maka itulah buku autograf aku. Sukatila ko nak lipat hujung ke, ko nak bakor ke, ko nak tulis berjela ke, ko nak siat ke. Besar kan? Puas tulis kan? Kau nak tulis sangat kan. Ha, tulis!

4. Biodata
Walaupunnnnnnnn kebarangkalian orang nak mintak biodata kat aku adelah hampir takde, tapi aku tetap buat okehhh. 2-3 copy lagik. Simpan dalam poket beg sekolah. Standby kot ada budak-budak laki mintak nak berkenalan. Hahahha. Dasar keluar pi skolah tak pandang cermin macam ni la tebiat dia. Sampai naik lunyai la kertas biodata tu aku simpan sampai ke sudah nan adooooo.

5. Game
Permainan zaman dulu-dulu murah je. Takyah guna duit. Semua pakai apa yang sempat.
Agak-agak nak menguji IQ kita koyak buku latihan kita main game Nama Negara Buah Binatang Benda. Agak-agak nak main bom-bom tanpa mengeluarkan sebarang bom, kita main bom tekap. Pernah main ni? Yang pakai buku latihan matermatik tu. Ko bajet kat mana askar lawan ko pastu ko buat titik besar hitamkan kaw-kaw titik tu pastu ko tekapkan pada 'askar' kawan ko tadi. Kena ke tak. kalau kena maknanya ko terer. Agak-agak terasa nak jadi monyet kita main sep tiang. Agak-agak nak main seremban, kutip je batu kat tepi longkang banyak. Agak-agak pastu nak bergaduh, hayun je batu seremban tu kat kepala member kau.

6. Denda
Baru-baru ni aku tanya Pak Aji kenapa murid-murid skarang cikgu tak dibenarkan denda kalau dorang buat salah. Pak Aji kata dalam undang-undang sejak dari dulu pun murid-murid tak dibenarkan didenda macam berdiri luar kelas, berdiri atas kerusi, ketuk ketampi, etc. Tapi Pak Aji kata bezanya murid dulu dan sekarang adelah murid dulu dia sedar dia dah buat salah dan dia terima apabila dihukum. Murid-murid sekarang lain. Tak tau la apesal. Dulu bukan tak takut kena denda. Kita takut. Tapi kita lagi takut nak mengadu kat mak bapak. Sebab tu aku lagi tahan kena denda ngan cikgu dari kena balun ngan Mak Aji. Mak Aji kalau bantai tak agak-agak ok. Apa yang dapat dia sauk. Tapi kita pun, takat kena berdiri atas kerusi pun nak balik ngadu kat makbapak ke. Apelah sangat. Baru berdiri atas kerusi, belum atas meja. Baru kena berdiri luar kelas, belum kena berdiri depan perhimpunan. Eh tapi malu wehh kena berdiri kat perhimpunan. Rasa macam nak menyorok dalam spender pengetua.

7. Alat tulis
Zaman kita dulu pakai pensil biasa 2B. Budak-budak sekarang kalau ajak beli pensil, tunjuk pensil tekan-tekan je. Time nak asah pensil pegi ke bakul sampah belakang kelas. Mencangkung ramai-ramai asah pensil masing-masing. Ada pakai sharpener, ada pakai pisau lipat. Budak sekarang sharpener taknak yang biasa, malas nak sharp. Nak pakai yang masukkan pensil terus benda tu autosharp sendiri. Gila pemalas.  Dulu kalau dapat pakai pensil kaler 24 batang tu kira dah habis anak orang kaya dah. Sekarang kita offer pensil kaler 24 batang tak pandang dah. Nak beli terus yang set kaler macam briefcase tu. Siap ada magic color, crayon, watercolor, marker, ntah apa menatang lagi ntah semua lengkap satu bag. Dulu kalau kena time jadual waktu padat, tak cukup beg sekolah, ikat pulak buku teks guna tali ikat buku. Kendonglah buku tu dengan tangan. Budak skarang kalau beg berat terus taknak pi skolah. Taknak sandang beg. Tak larat. Dah satu hal pulak aku kena beli beg tarik. Haihhh.

8. Kantin
Kantin sekolah rendah aku dulu takde pilihan sangat. Balik-balik nasik lemak kejung dengan mee goreng kejung. Tapi gila selera budak-budak ni makan. Makan pun tak main la kat meja kantin. Makan kat tepi longkang gak best. Tak pun bawah pokok duduk ramai-ramai. Masa tu sikit tak kisah kot rumput tu ada telur cacing ke, semut api ke, tak kesah bontot baju kotor ke apa ke. Aim cuma nak makan ngan kawan-kawan. Minuman pun sama, tak banyak choice. Sirap tu aku syak dah jadi minuman mesti ada dalam setiap kantin skolah kat Malaysia ni. Tak tau la kantin skolah anak aku skarang ada sirap ke tak. Maybe dia up sikit jadi sirap bandung with soda. Tak pun sirap laici. Tapi yang paling aku kagum adelah tahap konfiden brader yang buat sirap kat kantin aku dulu. Gila selamba tapir dia tadah air paip dalam jug sirap pastu depan-depan kitorang dia tuang air tu dalam gelas. Yang si bangang-bangang ni sanggup pulak pi minum. Aku la tu.