2013-03-11

Powder bergetah


Sabtu lepas menghabiskan masa kat rumah je waktu siang sebab aku now dah terasa-rasa macam malas nak keluar shopping sejak dah pandai prektikkan tagline "segalanya di hujung jari". Memang bagus betul la online shopping ni. Jimat masa aku. Nak pi jalan tu memang la rajin tapi bila membayangkan nak kena bersiap seblom nak pegi, nak bersesak kat jalan, nak berpusing carik parking, nak kuar masuk kuar masuk kedai pilih barang, nak beratur kat kaunter.....bla bla bla...terus mati semangat aku.
Lagipun sejak pandai membeli-belah di hujung jari, aku sangat BEBAS (capital letter font size 124 please, ni tak cukup besar) beli barang. Ada reader penah tanya aku kat FB, En Wan dah tak pegang duit Kak Di lagi ke skarang. Ni mesti avid reader ni sampai boleh ingat zaman-zaman duit kena aku catu dek En Wan. Ha'ah sejak 2 tahun lepas, aku dah boleh pegang duit aku sendiri. No more mimpi ngeri RM50 seminggu. Mungkin aku dah sampai umur matang untuk pegang duit sendiri kot.Tapi bila dah start pegang duit sendiri datangla pulak penyakit segalanya di hujung jari.

Tapi sebenarnya best online shopping ni.
Masa ko jimat and yang paling best aku tak payah dah nak kuar masuk kedai nak compare price, nak compare product, nak test sana sini. Takyah la kot test-test sebab selalunya bila aku test, ujung-ujung aku tak beli. Hari tu aku dah cerita buat pertama kalinya aku guna khidmat bestbuyworld, aku rasa boleh la aku stick with this one kalau nak beli skin care cumanya limited sangat. Aku cari mosturiser Clinique yang aku biasa pakai pun takde kat situ. Pastu aku nak beli powder yang aku biasa pakai pun takde jual kat situ.

So one day tu aku try purchase kat strawberry.net.
Lama dah aku usha website ni tapi takat usha je, beli tak penah lagi sebab masa tu aku tengah rajin berjalan. Puncanya aku beli adelah sebab powder aku dah barai semenjak before aku gi umrah lagi tapi sebab masa tu quite pack schedule aku so bertangguh-bertangguh sampai la kelmarin baru beli tu pun sebab dah nazak sangat sampai ikat dengan getah kauuuu. Gila kedana. En Wan kata "Henbeg kemain. Nak touchup muka pakai bedak berlilit getah. Dah la pakai getah rambut"

Eleh, banyak lak bunyik.
Dah bagus aku pakai getah rambut.
Kalau aku pakai getah spender kau?
Aku boleh je takat nak buat muka kering bawak keluar powder berlilit getah spender cap Hush Puppies.


 Aku pun tak tau camana aku pakai bedak sampai boleh jadi berkecai macam ni.
Walaubagaimanapun akan ku kikis serbuk ni hingga ke titisan terakhir.


Sebab dah nazak sangat, maka aku pun beli la kat strawberry.net.
Satu lagi kelemahan online shopping untuk manusia-manusia yang lemah seperti aku ni adelah hajat nak beli lain, tapi akhirnya beli lain. Sebab bila dah terlampau banyak sangat pilihan, jadi rambang mata. Selalunya aku akan terbabas beli benda yang ntah hapa-hapa. 

Hilangkan nak cari Shu Uemura, hari tu aku beli Dior.
Belasah je la agak-agak kaler powder tu apa. 
Aku siap pilih express pos, kena bayar extra RM48, tapi tak express mana pun. Rupanya strawberry.net nak mintak pengesahan alamat. Ntah apa-apa je, nak mintak aku provide bil letrik, air segala. Dalam rumah ni memang semua bil atas nama En Wan sebab dia yang register semua benda. Nama aku cuma henfon ngan broadband je. Selebihnya atas nama company. Bila aku dah email dia explain masalah aku, baru dia release barang. Lembs.

Sabtu lepas still tak sampai-sampai lagi barang aku.
Esok aku dah nak outstation. Malas la pulak kan nak angkut powder aku yang gila klasik ni.


Kau ada macam ni? Takde kan?
Aku adaaaaa....




So malam Sabtu tu aku beli la yang baru.
Tak pepasal je beli 2 kali.
Tapi ni la satu benda yang aku menyampah kalau beli kat fizikal shop.
Kita dah jauh-jauh berjalan, bersiap bagai, bila sampai kedai, apa yang kita nak takde. Terpaksa la ambik yang ada. Dalam kes aku ni, casing hitam takde. Yang ada putih. Sebab nak pakai jugak, maka setuju je la ambik yang putih.

Tapi yang bestnya pulak beli kat fizikal shop ni sebab selalunya ada voucher. Macam kat Parkson. Tu yang best. Tapi tak bestnya pulak bila voucher tu akhirnya dapat kat En Wan, bukan kat aku. Malam tu dia selesaikan voucher aku beli spender. Tu pun aku yang suggest. Hazab benar aku tengok spender dia. Dah satu hal pulak aku nak kena berhati-hati angkat spender dia kat ampaian. Tersilap rentap terus rabak. Dah naik nipis sangat! Kang tak pasal je tetas.


Pagi ni trace kat pos laju, laaaa...dah sampai PPL Puchong rupanya pukul 8am. 
Apesalla si poslaju ni taknak hantar padahal pukul 3pm dia pickup barang kat rumah. Dasarrrr.
Kalau pakej ni sampai awal, takyah aku bazir duit beli lagi bedak baru. Puii.
Tapi takpe, kita tunggu Dior ni sampai, tengok ok tak dengan kulit aku. Kalau tak ok, aku jual korang beli eh? Heheh.



Lepas beli barang, En Wan bawak aku gi makan kat uptown Shah Alam. Aku memang tak penah pegi mana-mana uptown. Dengar je, pegi tak penah. So En Wan bawak la aku pegi. Baru aku tau kenapa ramai orang suka lepas uptown sebab barang-barang dia best and murah-murah. Tapi aku cuma nak makan je sebab kelaporang.

Lama betul tak makan kat medan-medan selera macam ni.
Rasa best je sambil makan sambil tengok bola. Dah la Selangor kenduri gol malam tu kan. Kemain selera lagi aku makan. Hahah.

 
 Aku ni simple je, kalau bawak pi makan seafood, lauk aku mesti sepesen. Ikan bakor, tomyam.
Sotong takyah. Kita save the perut for sotong Linda Kola Perghlih malam esok. Ngeheheh.


 
 Sebab happy gila Selangor kenduri gol, maka aku celebrate dengan membelasah satey pulak lepas tu.


 

Seblom balik, gi carik beras nak buat nasik dagang besoknya. Selalunya pakai beras biasa je tapi rumah aku tak makan beras biasa. Menjak aku pregnant Rayyan kan aku ada macam-macam penyakit, so since that time kitorang dah start makan beras Faiza tu, so kalau nak buat nasik dagang tak best pakai beras Faiza, kena pakai beras biasa.

Masa dok carik tempat beras, En Wan terpandangkan ni - Beras Nasi Dagang Faiza.

Eh??
Ada beras nasik dagang??
Terus beli.


Tapi nasik dagang dia jadi camni.
Kukus sampai 3 kali beras merah tak lembut-lembut. Beras putih dia dah naik kembang.
Sape tau kenapa jadik macam ni?
Beras merah tu masak, cuma dia keras. Tapi bukan jelatah. Apesal eh? Padahal dah rendam bagai.
Tapi makan tetap makannnnnn.



Lauk ikan tongkol and acar timun


Aku takleh makan ikan tongkol, kang seminggu resdung tak hilang, so bibik gorengkan ayam untuk aku. Gila tak feel.


Kau ada operator telefon kat rumah?
Takde kan?
Aku adaaaaaa.
Disebabkan asal telifon bunyik je dia menjerit nak angkat, so aku terpaksa bawak balik beberapa telifon kat opis untuk bagi dia 'jawab' everytime ada call masuk.



Ni aktiviti mandor dan pekerja.
Mandor yang kecik. Yang besar tu pekerja.
Orang bawak tangga, dia pun nak usung tangga.
Orang bawak measuring tape, dia pun nak satu.



Semalam genap sebulan aku balik dari umrah.
Sayu betul semalam. Asik-asik aku tengok jam "Bang, masa ni kita kat airport"
"Bang, masa ni kita dah sampai Madinah"
"Bang, masa ni kita dah nampak tiang Nabawi"

Kebetulan semalam 10hb Mac, Ahad. Aku pergi last month pun 10hb Feb, Ahad.
Tengah-tengah rindu Makkah, En bawak balik frame ni. Dah siap rupanya.
Ya Allah, kejap-kejap aku duduk depan frame ni semalam. Aku beli kain ni kat Museum Store, Makkah. Balik sini tempah frame.

Kalau sesiapa gi Makkah, try carik Museum Store kat Abraj Al Bait Towers, berdepan dengan Al-Haram je. Barang-barang dia semua authentic. Barang-barang kat sini price dia boleh tahan, tapi kalau pergi musim Ramadhan/Haji dorang kata jauh lebih mahal. So baik beli time-time sekarang ni. Sampai skarang aku dok terbayang-bayang sejadah yang aku tengok dalam kedai tu. Ada satu sejadah tu aku pegang lepas pegang lepas pegang lepas akhirnya lepas sebab harga dia SR250.




Pengubat rindu...