2013-03-09

Sangat menguji keimanan

Aku rasa aku perlukan seorang penasihat IT personal yang available 24 hours supaya senang untuk aku tanya apa-apa sangkut-paut melibatkan internet dan laptop.

Walaupun aku kategori buta IT, tapi percayalah bahawa dalam rumah ni aku lah yang paling terer bab-bab komputer dan IT. En Wan memang totally out la bab-bab internet ni. Email dia, FB dia, nak setup wifi untuk laptop dia pun aku yang buatkan. Nak setup printer pun dia tak tau. Ceh, apa punya kategori engineer la.

And bila TM call aku berkali-kali offer tukar Streamyx ke Unifi, aku jadi tak tau nak buat keputusan sebab aku bukan paham sangat pun bab-bab internet ni. Disebabkan dah terbiasa apa-apa benda mesti rujuk En Wan dulu walaupun dalam kes ni aku rasa baik TM tu discuss dengan aku je, tapi aku tetap suruh Unifi tu call En Wan. And today, orang Unifi datang untuk pasang and ketul cable apa ntah aku malas ambik tau.

Tetiba En Wan naik atas "La, Di. Ada charge la RM450".

Aku pandangggggg je muka dia.

Yang ko panggil mamat tu datang pasang aku ingatkan ko dah bincang semua benda. Now baru nak terperanjat ada charge? Apa benda yang ko bincang selama ni? Ye ye je set appointment ngan kontraktor bagai. Masa set appointment tu tak tanya ke kena bayar ke tak? *tepuk dahi sampai melecet*

Inilah point besar yang aku perasan lama dah kenapa aku ngan En Wan jadi lakibini. Dulu masa awal-awal kawen banyak benda betul yang aku rasa "lari". Memang takde lansung yang serasi. Ntah camana leh kawen pun tak tau la.

Aku ni memang jenis malas nak ambik tau.
Tapi bila aku perlu ambil tau, aku tak segan nak tanya. Pedulik apa aku kalau orang kata aku bangang sebab banyak sangat bertanya, janji aku pahamkan sebaik mungkin. En Wan pulak bangsa yang malas nak ambik tau tapi bila dia perlu ambik tau, dia akan buat searching and reading. Nama dia nak tanya orang memang tak la. So dalam kes Unifi ni agaknya dia tak come across apa-apa artikel pasal charge contractor, sekali bila contractor tu mintak duit, dia gabra. Kalau gabra je takpe gak. Ni gabra dan bengang. Bengang sebab kena bayar. Padahal kau yang tak tanya. RM450 je pun, bukan RM4500. Tapi En Wan ni dia tak suka kalau dia terlepas pandang benda yang sepatutnya dia tau. Dia macam kecewa dengan diri sendiri sebab gagal tau semua benda. Scary kan? Ntah apa-apa je semua benda ko mesti nak tau. Ce tengok aku, rilek je. Sema benda aku malas ambik tau. Lantak la. Hahahha.

Aku pulak jenis yang bila tak tau, aku tanya orang sebab aku malas baca buku. Tanya orang lagi cepat paham. And boleh dapat mix komen. Sometimes aku akan carik orang yang relevan dengan issue, contohnya pasal law, aku leh tanya anak sedara En Wan yang lawyer. Masa aku kat Madinah dorang suruh makan ubat stop period, aku sms aunty aku dokter tanya pendapat. Masa nak setup tailoring dulu aku tanya kawan aku engineer electrical untuk bagi estimation how aku nak calculate letrik consumption, etc....

Aku rasa aku lebih berani ke depan banding ngan En Wan. Kalau bab-bab tanya ni, aku memang muka sardin sikit. Aku memang tak malu kalau nak bertanya-tanya ni. Kalau En Wan mati hidup balik dia takkan tanya. Kala sesat nak pi carik rumah orang kawen, sampai lebam la kau dalam keta 2 jam terpusing-pusing, nama dia nak benti keta tanya orang memang tak. Tahan dia membengkak dalam keta berjam-jam dari stop bertanya arah. Camana tak banyak buat dosa aku ni? Menyumpah dalam hati je la keje aku.

Ni hujung bulan ingat nak pi jalan-jalan. Aku suruh dia call hotel. Memang dia call tapi bila orang sana angkat dia pass phone kat aku. Aku jugak yang kena cakap. Kalau takat tolong dail, takyah la aku nak tunggu kau balik keje okeh. Adoiiii..menggelegak je darah aku ni.


P/s : Ephyra 30 set dah habis! Promo Ephyra selesai.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone