walk on wings, tread in air: Perlis <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Perlis
March 15, 2013

Walaupun paru goreng kat kedai nasik lemak Maz RnR Tapah tu mampu menyebabkan geraham kau patah, tapi balik-balik itu jugaklah port aku singgah everytime aku menghala ke Penang. Selasa lepas, aku tetap makan nasik lemak paru keras nak mampuih. Pak Aji dah tobat taknak sentuh paru tu dah. Kali ni awal-awal dia pesan aku orderkan nasik lemak sotong. Mak Aji pun sama, tak order dah paru goreng. Aku je yang tak serik-serik. Sesape yang agak-agak gigi tak berapa nak ketat, pastikan pakai polident tiga lapis ya. Tak pasal je gigi tercampak lam pinggan kang.

Aku pelik apesal paru dia boleh keras semacam.
Nak kata tebal, tak. Biasa je dia potong-potong.
Adekah sebab dia tak rebus dulu paru tu seblom goreng?

Perjalanan ke USM Penang smooth. Takde roadblock. Tapi kalau speed trap tak tau la kan. Kita tunggu je la surat cinta dari PDRM ujung bulan. Lepas settle kat island, pegi USM Bertam pulak. Then macam biasa zasssss pi Perlis. Aku ni dari Tapah lagi dok tahan kencing. Ingat nak masuk toilet kat USM Penang. Tapi dah busy merayap sana sini sekali lupa. Nak singgah toilet Secret Recipe Bertam tapi pak Aji kata takyah makan sini lah, kita makan kat RnR Gurun je. Pundi kencing aku pun belum bergoyang lagi, so aku tahan je la sampai Gurun. Sekali RnR Gurun under construction. Hambik kau. Sampai Sri Malaysia Kangaq baru dapat jumpa toilet. Hazab gila! Naik mabuk kepala aku tahan kencing.





Welkam drink katanya!
Kau konfem takde punya.
Aku adaaaaaaa.
Ni courtesy orang Perlis yang arrange-kan hotel booking and pastu siap ada teh tarik and eskrim bagai. Siap ada goreng pisang and keledek goreng. 
Tq..tq..tq.

Malam tu pekena sotong goreng la kan, apa lagi. Port biasa, LINDA jeti Kuala Perlis.
Sampai sekilo sotong aku mintak. Siap tapau sotong and sambung makan untuk breakfast esoknya. Breakfast kunyah sotong goreng tepung. Dah macam popcorn pulak.

Kat LINDA, terjumpa Su lagi sekali.
Dulu kan aku ada cakap masa aku check in kat T Hotel ada reader nama Su keje kat hotel tu?
Kali ni jumpa lagi lagi, tapi sama-sama tengah makan.
Masa kat entry yang lepas aku ada bagitau kalau sesape nak book T Hotel, mintak cakap dengan Su kan. Su kata lepas aku naikkan entry tu, ada reader book T Hotel nak cakap dengan Su seperti yang aku suruh. Hahahhaha. Suka-suka aku je suruh korang carik Su kalau nak booking hotel. Seb baik aku tak kata sebut nama aku boleh dapat half price. Kalau tak mampus aku kena rendam ngan air jeti.





Balik dari UniMAP, bawak Mak Aji ngan Pak Aji pekena Laksa Kak Su.
Ni menu wajib. Agenda laksa kak Su takleh takde dalam senarai lawatan ke Perlis.
Pergi around 1130am, kuah memang tengah pekat sesangatnya. Masa aku pegi last time dengan En Wan, dah pukul 3 lebih, kuah pun dah kena simbah air. Cair sikit tapi still sedap. Kalau pegi waktu awal-awal camni memang kaw gila kuah dia. Senyap je aku kalau dapat makan laksa kak su. Gila concentrate makan.

Aku tempah 2 kilo laksa untuk ambik esoknya, buat tapau balik rumah.
Semalam sampai rumah, semalam jugak sekilo tu selesai.
En Wan sampai-sampai rumah "Apa buah tangan dari Perlis?"
Aku "Laksa Kak Su"
Tetiba aku tak dengar dah suara dia. Senyap sepi.
Rupanya elok je membalun laksa kat dapur sampai 2 pinggan.

Dulu masa awal-awal aku perkenalkan laksa kak su ni kat dia, kemain lagi dia kondem tak sedap la, takleh celen laksa tganu la, apa la. Sekali dah rasa laksa kak su kat perlis hari tu, sujudddd.




Lepas pekena laksa, terus gi Padang Besaq.
Sian Mak Aji ngan Pak Aji, ikut aku jauh-jauh takkan nak lepak lam bilik je kan. Aku pun free, so moh le kita tengok apa ada kat sini. Best, sebab bukan musim cuti skolah. Kalau musim cuti skolah, dah la sesak, barang pun banyak yang takde.

Aku kalau pi sini takde lain, memang borong brooch.
Kalau yang belum sampai sini, meh aku nak bagitau, kat Padang Besaq ni, barang-barang dia ikut trend. Kalau kau pegi bulan ni, jangan expect bulan depan kedai tu jual barang yang sama. Kalau bulan lepas kedai tu jual jeans, jangan selamba pesan kat member "Beli kat kedai jeans sebelah kedai jersi". Besar harapan takkan jumpa dua-dua kedai tu sekaligus. Bukan kedainya yang hilang, tapi barang-barang dia dah bertukar. Dulu masa first time aku sampai sini, banyak gila kedai jual jersi. Kelmarin aku pegi, cuma satu kedai je jual jersi, tu pun tak banyak. Dulu tingkat atas tu ada 2-3 kedai jual jeans. Kelmarin pergi, satu kedai je ada jual jeans.

Sebab tu kalau sesekali datang Perlis, aku mesti nak singgah Padang Besaq. Sebab barang-barang jualan dia tak sama. Dorang ikut trend. Kita pun seronok tengok sebab barang dia sentiasa berubah-ubah. Macam kali ni aku tengok ramai gila jual cardigan and peplum.Aku pun ambik peluang la meraba-raba material cardigan dia. Ada yang murah, ada yang mahal. Yang mahal tu memang kain jenis sedap. Yang murah tu kain dia memang out sikit tapi boleh la takat nak buat basahan pakai kat rumah.

Ada satu kedai tu, dah 2 kali aku beli barang dengan dia. Dia susah nak bagi kurang kalau kau mintak tawar. Kalau kurang pun takat RM1-2. Baik takyah mintak la. Tapi, dia sentiasa bagi kita alternative untuk kualiti produk. Yang dia display kebanyakkannya yang mahal-mahal and kualiti ok. Bila aku mintak kurang, nanti dia akan kata "Kalau akak nak yang murah, ada". Dia takkan kurangkan harga yang kau mintak tu, tapi dia akan offer design sama tapi material lain. And bila kau comparekan antara 2 material tu, ko boleh tau kenapa harga berbeza. Aku suka pegi kedai ni sebab dia tunjuk kenapa harga ni murah, harga tu mahal. So takde la customer asik nak mintak kurang je kan. Sometimes customer manjang je nak mintak kurang tapi nak barang kualiti.
Jangan tanya aku kedai mana satu, aku tak tengok nama kedai.





Malamnya, kitorang pegi pasar malam kat area stadium.
Wahh dah macam orang Perlis dah cara aku bercerita. Macam ye ye je.

Kebetulan aku pakai flipflop.
Sekali banyak gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa FITFLOP kat sini. Tak tentu arah aku nak labuhkan kain kasik tutup selipar. Hahaha. Poyo.



Fit Flop.

Tapi design lebih kurang sandal aku.
Gila terer la copy.
Cantik-cantik pulak tu.




Kali kedua aku lepak makan kat sini.
Dulu pekan bihun sup, kali ni nasik ayam.
Padahal masa ni baru kul 9 lebih, tapi nasik ayam dah habis. Aku rasa aku ngan Pak Aji punya nasik ayam tu antara nasik ayam terakhir.

Tapi service out sikit.
Maybe terlampau ramai orang yang beli sini sampai kena tunggu lama. Tapi takpe, sebab dia ada meja makan sekali kat belakang so boleh lepak-lepa tunggu sambil minum air.
Air dah separuh baru nasik aku sampai.
Seb baik sedap.

Kalau la semua pasar malam nak-nak lagi pasar malam PH ni ada gerai-gerai boleh lepak macam ni, dah lama aku jadi hantu pasar malam. Macam ni la baru best, takyah tapau-tapau. Terus makan kat situ. Settle.



Mak Aji minum ABC ni sorang, lichennnn.
Dia kata sedap sangat ABC ni.


Gerak dari Kangaq semalam 1030am, sampai rumah 5pm.
Singgah lepak kat Tapah sat, nampak ramai abang-abang askar. Rasa cam nak mintak autograf sorang-sorang.

Masuk je bilik nampak barang aku dah sampaiiii.
Ingatkan nak sorok dari En Wan tapi terkantoi pulak barang sampai masa aku takde.
Aku nampak kotak atas meja "Fuh lega dia tak bukak kotak ni"
Sekali tengok kat consignment note si Shah tulis "FRAGRANCE".
Ok, konfem kantoi besar-besaran.



Hehe..



Kenzo, Jlo, Carolina Herera, Lancome, Salvatore.




Tresor in Love tu dah masuk botol kedua dah aku pakai.
Kenzo selama ni miniature je, baru ni nak beli botol betul.
Jlo, Signorina and 212 VIP first time bau.
Antara 3 tu, Signorina paling besttttttttttttttt.
Patut la Shah kata tinggal tester je kat dia. Aku order 50ml je, tapi dia kata dah habis, so dia bagi aku tester 100ml dengan harga 50ml :)

Jlo punya bau macam fresh sangat.
Bau macam kau lepas mandi. Fresh.

Silakan beli.
Shah kata Fb dia dah full tapi boleh follow je.
Search FB : SHAH FRAGRANCE.
Sebut nama aku..hahaha.


posted by green apple @ 10:12 AM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES
ADS
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
 
TRAFFIC
MY PREVIOUS POST
OLDER POSTS
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER