Hello adik manis...
Kalau barang dah habis dijual, takkan aku jugak yang kena announce kat blog? Kan ke tu customer kau. Kalau dorang email kau, kau la yang bagitau dorang barang dah habis. Takkan aku jugak nak kena buat segala benda. Kadang-kadang heran gak aku ni pehal style berbisnes semua harap kat orang ni? Kalau setakat nak tolong iklankan tu takpe. Ni sampai segala benda aku nak kena buat. Dah tau kau nak iklankan produk, kau siapkan la segala tok nenek material biar aku tinggal tepekkan je kat blog. Aku ni kalau full time blogger takpe bai. Ni aku ada benda lain nak kejekan. Blogging ni aktiviti senggang aku. So pepaham la kan. Kalau aku ada masa aku update, kalau tak takde.
Tapi, memandangkan kadang-kadang aku takde benda nak update, jadi iklan-iklan ni membantu jugak. Takde la kejap-kejap aku nak cerita pasal aku je kan. So sesekali buat iklan best jugak. Aku dapat info, readers dapat info. Blog aku pun takde la bersawang. Bagus sebenarnya iklan ni. Sebab tu aku tak kisah buat free advert untuk readers. Itu sebagai tanda terima kasih sebab bagi kepercayaan pada blog aku.
But, ada juga yang ambik kesempatan. Rasanya dulu aku penah cerita pasal 'silent reader' yang nak aku promote skin care dia tapi nama aku pun tak tau. Macamana dia leh terpikir nak iklankan produk kat blog aku pun aku tak paham. Main gamble je nak letak kat blog green apple. Yang heran tu camana dia leh trust aku nak promotekan produk dia kalau aku pun dia tak kenal? Ko tak takut ke aku pedajal produk kau? Haihhh..
Perangai suka ambik kesempatan atas orang lain untuk kepentingan diri sendiri ni yang aku cukup tak berkenan. Sepatutnya kalau kita dah tau kita nak berniaga, benda pertama perlu ada is modal. Ni termasuklah modal untuk buat marketing. Kalau rasa ada duit, boleh bayar pada orang untuk buat iklan. Tapi kalau takde pun takpe, masih ada orang yang boleh tolong iklankan kalau kena caranya. Ni tak. Kau nak berniaga. Taknak kuar modal untuk iklan (or maybe modal tak cukup). Itu takpe. Tapi bab menipu tu yang aku tak tahan. Mengaku baca blog aku, tapi sebenarnya tak. Just nak gunakan medium blog aku untuk marketkan produk. Aku pun sebenarnya tak kisah pun orang tak kenal aku. Tapi please jangan menipu kau reader semata-mata nak bagi aku terbuka hati untuk buat iklan. Tak payah susah-payah nak jek-jek aku ya. Aku spesis tak makan dek jek.
Reason utama yang buatkan aku letak charge adelah sebab ada certain orang yang tak faham konsep 'mintak tolong'. Aku bukan taknak tolong. Aku memang suka buat marketing. Aku enjoy buat benda ni sebab memang ini la pun keje aku hari-hari. And buat marketing kat blog ni lebih mudah apetah lagi produknya tak terlalu teknikal berbanding produk-produk company aku. So aku rasa 'lega' bila buat iklan kat blog. Rasa cam sempoi je. Tapi bila ada orang yang tak faham konsep MINTAK TOLONG, aku rasa aku perlu buat sesuatu. Dan terbukti, kalau dulu sehari 5-10 request masuk, now 5-10 hari baru ada request. Hahha.
Yang mintak diskaun pun, boleh.
Aku sentiasa terbuka untuk apa-apa perbincangan. Memang ni la pun aku hadap hari-hari. Customer selalu mintak diskaun. Tapi, mesti kena ada win-win situation. Ada orang sometimes tak faham kenapa kita letak harga, kenapa kita bagi diskaun, kenapa kita bagi limitations, kenapa kita takleh promote barang dia, etc. Kalau produk tu tak menampakkan kesan bila aku guna, macamana aku nak promote?
Aku mintak maaf la kalau ada yang terasa. And aku mintak maaf kalau ada yang rasa pakej yang aku offer tak masuk akal. Ada sebab kenapa aku buat macam ni. Tapi insyallah, aku boleh negotiate.
Oh btw, ni aku nak bukak offer untuk semua yang nak promote kuih raya. Bukan sekarang. Tapi boleh la siapkan material kalau nak aku promotekan nanti. Ini FOC :)
Ok, nak makan nasik ayam jap.
Penat aku membebel ni.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone