Tup tup kelmarin, naik pulak status Mufti Ismail Menk tu. Menambahkan lagi kesahihan bahawa bila kita banyak sangat 'audit' orang dan menjatuhkan dia, kita sebenarnya semakin menjadikan dia successful. Dan jangan buat-buat terperanjat la pulak bila makin kita umpat dia, semakin banyak benda bagus jadi pada yang kena umpat tadi. Hmm...baru aku tau. Tak jadiklah nak ngumpat camni. Haha.
Aku pun baca gak kadang-kadang blog orang.
Kalau bukak FB tu nak tak nak terbaca gak status-status orang lain.
Rasa-rasa tak berkenan aku remove.
Rasa-rasa meluat aku tak baca blog tu dah.
Simple.
Sebab bak kata Prof Muhaya, kita tak boleh ubah orang. Kita hanya boleh ubah diri kita supaya menjadi ikutan dan panduan orang. So, kalau rasa-rasa takleh nak layan, aku blah je. Aku kondem pun apa aku dapat? Dapat sakit hati je. Lagi sakit hati kalau orang yang kita beria-ia kondem tu buat dek. Terasa hangat dan hangit.
3-4 hari lepas aku terjumpa page sorang blogger (aku rasa blogger kot sebab dia create page FB and ramai follower lak tu. Eh ke artis??). Kat ruangan komen ada a few jugak yang hentam dia. Tapi dia cool je. Buat macam takde apa.
Apa yang dia buat tu sebenarnya betul. Sebab sememangnya kau takleh buat apa bila kau benci someone. Perasaan benci tu lahir pada diri kau, bukan diri orang yang kau benci tu. Jadi hanya kau je yang boleh atasi rasa benci tu. Kalau kau benci orang, dan kau tunjukkan rasa benci kau dengan memaki, mengutuk, mengumpat, keadaan dan situasi takkan berubah sebab yang 'berpenyakit' adelah kau, bukan dia. Jadi kau sebenarnya yang perlu 'dirawat'.
Betul sangat-sangatnya kata Mufti tu. Semakin kita cuba menjatuhkan orang, semakin orang yang kita plan nak jatuhkan tu akan terbang tinggi. Banyak sangat dah jadi macam ni. Yang selalu kita kutuk tu la yang makin success. Banyak dah contoh. Baik di kalangan celebriti, baik politician, baik di kalangan orang awam macam kita ni pun. Yang sedihnya, orang yang kita kutuk tu dah tinggi melangit, kita dok tang tu jugak tak gerak-gerak sampai ke sudah. Hiduplah kita dalam dunia hatred sampai ke mati. Kesian.
Memang kesian.
Sebab kita rasa kita sentiasa betul and asik suruh orang ikut cakap dan cara kita.
Cara orang semua salah. Cara kita je betul.
Masa Rayyan kena tahan kat NICU, ada 2-3 orang mak-mak yang tanya kenapa aku tak room-in jaga baby. Aku cuma datang pagi and baik petang. Sikit aku tak tido kat wad jaga anak. Aku just senyum je, malas nak respond sebab aku rasa aku lebih tau kot apa aku buat. Mustahil seorang mak nak biarkan je anak dia terkapai-kapai kat wad. Masa tu niat aku cuma nak be fair, siang aku jaga Rayyan, malam aku balik so Redza tak rasa left out sebab seblom bersalin aku dah stranded sebulan kat wad. Kesian Redza asik tanya bila aku nak tido rumah. Cukup la tu siang aku dah jaga. Malam, biarlah nurse tolong jaga pulak. Aku tawakal je. Lagipun, aku dah tanya dokter kat situ kalau aku jaga siang je and malam tak jaga takpe ke. Dokter tu cakap, takpe, janji susu badan kena replenish so that nurse boleh bagikan susu waktu malam. Ok good.
Tapi kita mana dapat nak explain kat semua orang. Masa tu memang sok sek sok sek la the mothers pandang aku semacam macam aku bukan mak yang baik. Aku jadi serba-salah. Bila berat badan Rayyan naik dengan cepat and boleh release awal daripada anak-anak orang lain, the mothers start questioning Dr "Apesal anak dia boleh keluar awal padahal dia tak room-in pun?"
Masa tu aku macam pelik. Apa kaitannya "mak tak room-in" dengan "anak boleh keluar awal"?
Equation yang takde kena-mengena lansung kot.
Dr bagitau kat the mothers "Jangan samakan anak orang dengan anak kita. Anak dia lain. Mak dia (aku) dulu HBP. Selalunya mak yang HBP, anak dia jadi kuat sebab mak terlalu banyak makan ubat. Lagipun, anak dia tak sakit. Anak dia kena lahir awal sebab mak dia yang sakit".
Pastu baru dorang faham.
Moral kat sini bukan aku galakkan korang hypertension time pregnant, tapi moralnya adelah kita tak tau apa berlaku pada orang lain so kita tak boleh simply kata judge dia and kata cara dia salah, cara kita betul.
Kebanyakkan kita-kita kat dunia internet ni terlalu banyak buat assumption sedangkan kita 'kenal' orang tu berdasarkan apa yang kita baca and tengok je. Tapi kita perasan kita kenal sangat dah.
Kita buat assumption dia kurang ajar dengan mak dia bila bahasakan diri "aku" time bercakap dengan mak. Tapi kita tak tau mungkin adik-beradik dia, saudara-mara dia, even nenek atuk dia dulu pun semuanya bahasakan "aku" bila bercakap dengan makbapak dorang. Jangan kerana kita tak buat, maka apa yang orang buat semuanya salah. Kalau mak dia pun tak kisah, apesal kita yang terlebih concern nak jadikan benda tu satu issue?
Suami isteri yang biasa bergurau kasar.
Hanya kerana kita tak panggil laki kita "Encik Boroi", maka isteri yang panggil suami dia "Encik Boroi" adalah biadap, macam tu ke?
Aku penah ada kawan laki yang letak contact number kat henfon "Perempuan Gila".
Aku ingat ex dia, rupanya bini dia.
Bila aku tanya nape? Dia cakap sebab bini dia letak nama dia kat henfon "Lelaki ......" (lupa apa dia letak tapi gila klakar).
Kalau suami isteri masing-masing redho, sape kita orang luar ni nak jadikan benda ni satu issue?
Laki dia tak kisah pun. Bini dia pun rilek je. Jangan kerana kita tak pernah bergurau kasar dengan suami/isteri kita maka kita rasa kita solehah/soleh. Dorang lebih kenal hati budi pasangan masing-masing. Bak lagu Fynn Jamal 150 juta - "aku lebih kenal dia". (tak penah dengar kalu, sila gugel kat YT)
Tapi tu lah kita.
Mudah sangat bagi 'tunjuk-ajar' tanpa mengkaji sebab-musabab satu-satu benda tu jadi.
Lain kalau dia mintak khidmat kaunseling kau.
Kita sebenarnya tak kenal pun orang tu kalau setakat baca kat blog.
Jangan pernah mengaku kita kenal sangat kalau setakat follow kat FB/Twitter.
Sebenarnya payah nak ubah orang. Kalau kita ubah diri kita lagi senang kot.
Apakata kalau tak suka tengok orang tu smoking, kau jauhkan diri.
Apakata kalau tak suka baca status-status orang tu, kau unfren dia.
Apakata kalau tak suka baca blog dia, kau tutup je.
Bukan ke kita ada pilihan yang lagi mudah?
Kenapa nak susah payah?
Aku rasa Prof Muhaya hari-hari dok pesan stop la audit orang.
Aku pun rasa toksah gigih sangat la 'audit' orang lain.
Cuba toleh belakang tengok keluarga kita sendiri.
Anak kita. Suami kita. Isteri kita. Adik kita. Abang kita. Kakak kita. Ipar kita. Anak sedara kita. Check dulu dorang dah ok ke belum.
Memang betul kita perlu saling ingat-mengingati, pesan-berpesan, nasihat-menasihati. Tapi nak kena tengok balik, betul ke pendekatan kita?
Berhemah ke kita dalam menegur?
Kalau teguran kita betul, pasti Allah bukakan pintu hati orang tu untuk terima. Tapi kalau tak, jangan mudah kata orang tu keras hati taknak terima nasihat, tapi mungkin pendekatan kita yang tak betul.
Kau adelah kau.
Aku adelah aku.
Dia adelah dia.
Kita tak sama.
Kalau kau benci dia dan taknak jadi macam dia, bagus.
Sebab dia pun tak pernah ada rasa nak jadi macam kau.