walk on wings, tread in air: Takde soalan lain ke? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Takde soalan lain ke?
2013-01-08

Perhatian!!

Minggu ni aku jadi model.
So kalau ada yang muntah darah tengok gamba aku kat blog, silakan. Lepas muntah pandai-pandai lap balik keyboard.

Ni pasal shawl aku tu.
Budak-budak ni ada yang request nak aku pakai setiap satu supaya nampak bagaimanakah bentuknya kalau dah dipakai. Ada 12 kaler semuanya, half aku dah pakai KAT SINI.
So korang boleh tengok apa rupanya bila dah dipakai. Yang selebihnya aku akan pakai selai setiap hari. So maknanya this week, pi opis tudung aku pesennya semua sama, kaler je lain.

Kepada yang mintak aku buat tutorial lilit shawl, aku blom berani lagi nak buat video. Silalah gugel kat YT, melambak ada. Macam-macam style. Aku punya style ni yang bodo-bodo je. Very basic. Takde la stylo mylo. Sesuaila taraf makcik-makcik. And lagi satu yang tanya panjang tudung belah belakang berapa labuh. Labuh shawl tu sebenarnya atas kita. Kalau kita nak labuhkan, kita lilit bagi labuh. Kalau nak singkatkan, lilit bagi singkat. Macam bahagian depan tu, aku sengaja labuhkan bagi tutup dada. Kalau ada yang taknak tutup, takyah tarik ke bawah, selimpang je terus kat bahu. Atas kita nak buat camne pun.


Wearing ORANGE shawl with ORANGE cardigan (coming soon) and WHITE skinny jeans.
Esok aku pakai kaler lain pulak ya. Hari ni orange dulu.


Nampak mata kanan aku bengkak?
Aku sakit mata last week sampai semalam. Hari ni dah baik cuma bengkak ada lagi sikit. Belasah je la, pi opis gak. Tak larat aku, sengkak kepala aku duduk rumah lama-lama. Kang terus jadi bangang.
Ada 2 bijik ketumbit dalam kelopak mata. Kalau tumbuh kat luar tahan lagi. Ni belah dalam. Gila bapak punya pedih, rasa taknak kelip mata lansung. Tiap kali kelip mata tiap kali tu aku menggetap-getap gigi sebab sakit sangat. And dokter suruh aku tanggalkan lens sampai mata betul-betul ok. Dah satu hal aku teraba-raba je kat rumah. Aku punya rabun ni bukan sikit-sikit punya rabun. Kau berdiri 300cm depan aku, aku nampak muka kau kosong. Sebijik mata pun aku takkan nampak. So bayangkanlah weekend aku tanpa contact lens how. Dah la aku tak buat spek. Ahad lepas aku tengok Bruce Almighty macam nak bercium dengan TV. Hari ni no wayyyyyyyyy. Aku nak pakai lens gak.
 


...and yes, shawl inilah yang aku nampak kat Ariani last month dengan harga RM95 (sale). Kalau tak sale harga dia RM159. Masa aku nampak harga dia aku rasa omigod, entah-entah selama ni aku dok beli 100% silk kat Ariani harga sebenarnya jauh lagi murah. Tipah tertipu bang. Tapi walaupun Tipah kena tipu, hari tu Tipah rembat jugak 2 helai.

Oh yes, aku ada satu baju baru dah siap. My latest design. Takde la design gempak sangat. Suam-suam je. Biasala kan orang kalau dah perasan designer ni buat kain lap tingkap pun nak tunjuk *wahhh matila kutuk diri sendiri*. Watevaaaaaa. Tapi nak la jugak eksyen sebab design sendiri katakan. Kah Kah Kah. 
Tapi aku belum letak kat FB Fleur lagi. Sebab tak sempat nak gayakan pun. 

So semalam aku try la pakai baju tu. Tapi tak berkenan pulak dengan ribbon dia. Masa baju ni dijahit, aku just lukiskan design je pastu bagi kat tailor aku. Ukuran semua pakai ukuran lama. Malas aku nak ambik-ambik new ukuran. Aku pun busy jadi takde la tanya progress sampai la baju tu dah siap. Try pun tak. Baru semalam nak test. Bila aku test, tali pinggang ribbon ni macam tak cantik pulak. So aku dok memikir apa cara aku nak alter ni. Masa tengah sibuk menyarung dan membega baju, En Wan masuk bilik. 


En Wan : Dah boleh pakai?

Aku : Belum lagi. Tapi Di ada idea!

En Wan : Ok, camne nak buat?

Aku : Di rasa kena gunting sikit.

En Wan : Gunting??? Nak gunting apa?

Aku : Ni, ribbon ni nak kena gunting sikit buat pesen lain.


Pastu dia gelak.
Aku blur. 
Apehal kau?


En Wan : Adoiiii. Sengal la bini aku ni.

Aku : Apa?

En Wan : Orang tanya dah boleh pakai ke belum tu bukan baju. Tu, yang kat bawah tu dah boleh pakai ke tak? Ada idea. Ada idea. Ingatkan idea apa. (sambung gelak lagi)


Takde pikir lain eh?
Asal nampak muka bini je ingat nak beromen.
Sabar okeh, aku period lagi ni. Pandai-pandai kau la nak buat camne.
Aku tengah test baju, tanya la soalan pasal baju hendaknya. Ni tak. Pantang nampak bini separuh bogel je, kepala takde idea takde lain. Kosser aku nak layan kau bang.


posted by aveo757 @ 10:30 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER