2013-01-09

Petua ketumbit


Macam-macam petua aku dapat pasal ketumbit.
Tima kasih pada yang membagi petua.
Tapi ketahuilah aku adelah seorang yang suka men-torture diri sendiri. Orang bagi petua, aku dengar. Aku tak tolak punya. Tapi selalunya aku payah nak aplikasikan especially kalau penyakit tu bagi aku tak berapa heavy sangat, contohnya macam ketumbit ni la. Memang sakit tapi still boleh lagi ni. Actually ketumbit dalam mata ni memang galak dok tumbuh,  every 3 months mesti dia tersentil sekali. Tapi setakat ni blom penah kat luar, mesti kat dalam. Spesis pemalu agaknya ketumbit aku ni.

Ada yang ajar petua tenyeh kentang. Tapi kentang kena yang segar, yang banyak airnya. Sebab air tu yang nak bagi letak kat ketumbit.

Ada yang suruh tenyeh bawang putih.

Ada yang kata tenyeh je apa bangsa bawang pun janji bawang sebab yang penting air bawangnya. Tak boleh dibayangkan pedihnya. Cara-cara kupas seguni bawang pun dah merembes airmata. Tu baru kupas. Kalau tenyeh betul-betul atas mata?

Ada yang ajar letak sikit air susu badan kita.
Ok yang tak dapek nak tolong la. Tetek aku dah kering ni.
Nak pinjam mak mertua aku punya lagi la kan. So, abaikan. Cari petua lain.

Mak metua aku pulak cakap seletkan dengan air kencing budak.
Euwwwwwwwwwww.
Takpelah, aku rela tenyeh bawang.

Bibik aku lagi la taknak kalah. Dia kata air kencing kita sendiri lebih afdal. Sendiri punya ketumbit, guna sendiri punya air kencing la.
Ok yang ni mati hidup balik pun aku taknak buat. Macamkan takde option lain.


Ada yang kata tenyeh taik hidung pun jalan.
Ook dah. Dah. Dah. Stop!

Ni macam merepek-meraban la pulak.
Memula elok je ajar pakai sayur-sayuran.
Pastu air tetek, then air kencing, last-last taik hidung.
Kang ujung-ujung ada lak yang suggest guna najis mutawasitah yang lain-lain.

Air kencing tak cukup killer, suruh pakai taik hidung pulak. Choiiiiii.
Takpela, no thank you.

Biar aku pakai petua aku je sudah.
Eyemo.

Selalunya ketumbit ni aku titikkan dengan eyemo je. Tapi alahai...takat eyemo. Apa sangat la si eyemo ni boleh buat. Stok geli-geli je eyemo ni. Aku guna eyemo kalau aku rasa ketumbit tu tak menganggu perjalanan hidup aku. Tapi kalau urgent macam esok ada presentation ke apa, ada visitor nak datang ke, aku genyeh dengan air sabun terus. Blasah la Dettol ke, Protex ke, Lux ke, takde sabun kalu, colgate pun jalannn. Memang menggelepar ketumbit aku kena tenyeh ngan sabun. Dengan aku aku sekali terpekik kat dalam bilik air.

Sama macam kalau aku batuk, aku jarang minum baik Ekspektoran ke, baik ubat batuk cap ibu dan anak ke, Breacol pun aku tak layan. Ubat batuk aku adelah kunyah ais batu. Memang dari dulu itulah petua aku. Mula-mula tu memang dia akan batuk kaw-kaw tahap merekah anak tekak. Lama-lama dia ok dengan sendirinya. Series tak tipu. Cubalah.

Macam ulcer dalam mulut. Lagi ada ulcer, lagi aku berkumur dengan air limau. Tak cukup air limau, aku ganyang dengan garam. Memang bertempik la kejap. Kadang-kadamg sampai berdarah ulcer-ulcer tu aku lenjankan. Nasib kau la, sape suruh kau tumbuh. Kan dah kena.

Kalau aku tergigit lidah, aku akan gigit balik lidah tu again and again. Sometimes sampai berdarah lidah tu aku gigit. Biar dia rasa.

Kadang-kadang aku terpikir gak, aku ni gila ke apa.
Yang sakit pun aku gak akhirnya.

Sebenarnya aku nak buat gini.
Kalau tengok petua orang dulu, kalau kita nak sihat ke, nak cepat baik ke, apa ke, mesti dengan benda-benda yang tak sedap dan bertentangan. Like ikan haruan, peria, akar kayu, telur mentah ayam kampung, lobak putih, jering, pucuk betik, etc. Semua yang meng"euwwwww"kan. Tapi khasiat dia semua tau.

So aku pun cuba gunapakai kekdah yang sama tapi cara perlaksanaan dia berbeza. Tapi motif serupa iaitu mentorture diri sendiri. That's why kalau aku sakit, aku akan carik ubat yang menambahkan sakit tu lagi. Lama-lama sakit tu pun fedap terus stop.

Tapi cam klaka la pulak pakai air kencing boleh baikkan ketumbit. Aku tak nampak tang mana dia boleh baikkan ketumbit. Or adekah sebab urine kita ada inoganic salts maka tu yang dia mudah baik? Tak pun ketumbit kau serender sebab air kencing kau hancing pering sangat.