walk on wings, tread in air: Aku takde fotoshop <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Aku takde fotoshop
2013-01-08

Semalam kan aku mimpi dua orang lelaki yang sorang takde kena mengena dengan hidup aku, yang sorang pernah ada kena-mengena.
Dharma Harun Al-Rashid and exbf aku.
Sangat sangat puiii sekali!!

Macam dah takde laki lain aku nak mimpi, si jantan tu jugak. Ni mesti pesal semalam aku mengutuk dia kat blog. Terus seru dia sampai. Err...tapi yang si Dharma ni apehal??
Memang la aku minat Dharma tapi takde la sampai mesti nak termimpi. Mujur la jugak Dharma yang masuk mimpi semalam version Dharma muda. Kalau version tuek, konfem something wrong dengan aku.


 Sikit punya hensem apa.
Dulu la..
Sekarang smart jugak cuma aku tak berkenan dengan rambut dia.


Ni mesti sebab semalam aku membungkus barang dengan suatkhabar lama pastu terpandangkan artikel pasal filem Adik Manja version terbaru. Terkesima sangat kot nampak muka Dharma sekarang. I mean the rambut la. Kenapa la ko nak buat rambut camtu bang. Astaghapar kejap Abang Kus tengok. Rupanya filem Adik Manja Returns tu dah released last year. Ceh, tak tau pun. Tau-tau dah habis. Senyap sepi. Mesti tak best.

Filem Adik Manja 80s ni aku suka part dorang buat eksperimen tu. Scene makmal tu tunjukkan yang subjek kimia ni best sangat, boleh buat eksperimen buat krim muka bagai. Pastu siap pakai lab coat, dengan tabung uji yang bermacam-macam kaler, so aku pun mula bercita-cita la nak jadi ahli kimia. Berazam sok dah sekolah menengah nak masuk science stream. Barulah nampak bijak. Bila dah masuk kelas kimia, alahai ... hampeh semata. Tang mana yang bestnya kimia ni aku tak tau la. Puas aku nak memahamkan tindakbalas kimia. Nak bagi balance persamaan kimia tu pun makan setengah hari. Tak sure la aku yang bengap ke or cikgu tu yang tak best mengajar. Asal masuk makmal kimia je aku ada rasa macam nak togok chloroform. Biar pengsan sampai habis masa. Bila dah masuk U, baru lah terasa kimia ni best. Rasa macam pengiraan persamaan kimia tu sap sap soi. Pehhh blagak siall.

Masa tu aku rasa apesalla takde cikgu-cikgu muka macam Dharma ni kat sekolah aku? Aku perlukan cikgu-cikgu hensem untuk mengajar Kimia, Fizik and Addmaths. Yang lain tu kau bagi la cikgu apa pun, insyallah aku ok. Yang 3 subjek ni tolong lah bagi someone yang dapat menyuntik semangat nak blaja sikit. Series takde cikgu-cikgu hensem kat sekolah aku dulu. Until aku kat UNIMAS. Aku rasa the one and only tenaga pengajar aku katergori hensem - Dr Hasnain. Sekarang dah tak smart sangat, dah tua. Dulu zaman belum kawen gila hotttttt. Masuk lecture hall pakai tongkat pun still gojes. Lecturer-lecturer hensem macam ni kau bagilah lecture waktu tengahari pun konfem tak mengantuk. Lecture Hall....aku datang. Ada satu lecturer tu lecture dia bosan nak mampus. Subjek best tapi penyampaian out. Dah la asik bantai 2 masa kelas dia. Tengahari buta lak tu. Macam ubat tido okeh kelas dia. Masuk je pintu hall aku dah menguap 3-4 kali. Aku ingat aku sorang je terabak-rabak menguap. Rupanya member-member aku lagi sakai. Siap tapau nescafe dalam thermos lagi bawak masuk hall. Kalau minum sorang takpe lagi. Ni siap "Pas sebelah...pas sebelah" dok passing-passing nescafe, punyala semua mengantuk kat kelas dia. Siapalis perangai sekor-sekor. Aku pakkal tak minum nescafe, kalau tak aku pun sekali jemaah.

Tapi bab mimpi exbf tu aku takleh terima.
Sebab everytime aku mimpi dia, mesti dalam mimpi tu dia membelasah aku. Bahabi.
Semalam aku mimpi dia bawak moto laju nak mampos. Moto Pak Aji pulak tu. Tapi memang dulu kat UNIMAS dia pinjam moto bapak aku pun. Pak Aji hantar moto guna Pos Laju bagai. Macamkan hebat sangat la sampai naik katerbang. Yang Ducati pun naik kapal laut je. Aku yang Suzuki zaman 70an lelebih lak nak naik flight bagai.

Dalam mimpi semalam dia bawa moto, aku bonceng kat blakang. Tapi dia bawak gila laju sampai baju aku terkoyak. Pastu aku marah dia sebab baju aku koyak rabak. Aku pekik-pekik suruh dia stop moto. Dia stop moto pastu tempeleng kepala aku. Reasonnya dia kata telinga dia dah jadi tak dengar sebab aku pekik kuat sangat. Mujur la dalam mimpi tu aku bagi kau pekak je. Kalau in realiti aku gunting je terus telinga kau. Dia bengang telinga dia dah tak dengar apa-apa terus dia keluarkan pisau lipat kat dalam helmet (dalam helmet??????) and nak hiris badan aku. Terus terjaga.

Everytime aku mimpi dia, mesti akan ada pisau. Balik-balik pisau yang sama masa dia nak cut wrist aku dulu. Aku rasa macam dia tak puas hati tak dapat bunuh aku. Cilaka betul.



Seriesly dulu aku minat Zamarul. Tapi sebab muka dia (especially kalau pakai glass) macam muka exbf aku, terus aku tak minat. Last year, aku terserempak dengan Zamarul and Diana Rafar kat Parkson Subang Parade. Omigod, terus berdebar-debar macam nak pitam nampak dia kat kaunter. Sekali imbas memang macam si saiko tu. Tapi exbf aku dulu rabun cam aku gak. Cuma aku pakai contact lens, dia pakai glass.




Macam ni lebih kurang muka dia. Aku tolong lukiskan glass. Dia pakai glass ala-ala kotak macam ni cuma bingkai besi tapi aku tak reti nak buat. Kalau ada sesape terer photoshop cuba pakaikan glass besi, hilangkan janggut. Tu je. Rambut dia memang macam ni, misai dia pun memang macam ni.

Dem!!!
Aku tak percaya aku sanggup luangkan masa nak lukis spek kat gamba ni.
Puiiii.

Ok dah. Topik habis kat sini.
Menyampah pulak aku.
posted by aveo757 @ 4:42 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER