2012-12-12

Sudah sampei




Cardigan yang 182pcs dah selamat sampai.
Belum sempat pos je lagi.

Aku sampai tak boleh nak buat satu keje pun today kat opis gabra punya pasal tunggu shipment kit-kit aku. Aku takut ais cair kat dalam sebab semalam kan cuti. Tapi seb baik partner aku letak dry ice gila banyak. Tadi aku bukak styrofoam box asap berkepul-kepul naik. Masih banyak lagi dry ice kat dalam tu. Terus lega lantas balik rumah. Penat rasanya gelabah tunggu shipment. Jap lagi eskrim Mat Kool lalu aku nak offer dia nak tak dry ice melambak-lambak ni.

Seperti yang aku cakap, shipment kali ni cuma ada kaler pink, kuning, putih, hitam and skyblue.




Tapi jangan risau, insyallah shipment kedua yang ada balance 146pcs lagi akan sampai Friday, kalau kastam baik hati, esok petang boleh dapat kot sebab shipment kedua dah sampai KLIA pagi tadi. Tapi estimated delivery dia letak 14th which is Jemahat. Kalau katakan sampai esok, aku akan cuba deliver semua esok jugak, kalau tak, aku harap semua faham la ye, aku akan pos Isnin. Aku pun cuak ni sebab dalam tu ada equipment, mesti kastam nak belek-belek lama sikit. Mesti kastam tu konfius, company ni jual apa, siap ada baju bagai dalam shipment equipment.

Actually kalau nak cepat boleh je aku mintak partner aku pos asing tapi kita terpaksa share the freight bersama-sama la, Harga pun maybe tak dapat macam harga aku offer hari tu. But see how, kalau korang rasa follow shipment aku lambat maybe next time aku mintak partner aku pos asing. Memandangkan masih ada yang request cardigan and skinny jeans, nanti aku pikir apa cara nak masukkan dalam shipment sebab barang aku yang last tahun ni adelah shipment yang dah ada kat KLIA tu. Tu last untuk tahun ni. Tapi takpe, nanti aku pikir apa gaya nak bawak masuk.

Ok, entry ni nak bagi update je sebab taknak korang risau pasal order korang.
Kasik aku bertenang-tenangkan diri dulu, makan, pastu aku akan start readykan consigment note for cardigan.

Adios.




KLIK HERE : PROMO EPHYRA DECEMBER 2012